Wikimedia Foundation elections/Board elections/2011/Vote interface/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Proses pemilihan telah tamat pada 12 Jun 2011. Undian baru tidak akan diterima lagi.
Keputusan telah diumumkan pada 17 Jun 2011.
Pemilihan Lembaga 2011
Pentadbiran

Title[edit]

Pemilihan Lembaga Pemegang Amanah Wikimedia 2011

Jump text[edit]

Undian ini akan dijalankan menerusi pelayan yang dikendalikan SPI. Tekan butang di bawah untuk ke pelayan undi.

Introduction[edit]

Selamat datang ke pilihan raya bagi Lembaga Pemegang Amanah Wikimedia 2011. Kami sedang memilih tiga orang sebagai wakil masyarakat pengguna dalam pelbagai projek Wikimedia. Mereka akan membantu menentukan masa depan projek-projek Wikimedia, secara individu dan berkumpulan, dan menyuarakan minat dan kepentingan anda kepada Lembaga Pemegang Amanah. Mereka akan menentukan rancangan untuk mencari dana dan mengagihkan wang yang berjaya dikumpul.

Sila baca kenyataan para calon dan jawapan mereka terhadap pertanyaan dengan teliti sebelum mengundi. Setiap calon adalah pengguna yang berjasa, yang telah mengorbankan masa dan tenaga demi menjadikan projek-projek ini suatu persekitaran yang sesuai untuk mengejar dan menyebarkan pengetahuan manusia.

Sila senaraikan calon mengikut tertib pilihan anda dengan mengisi nombor di sebelah petak yang disediakan (1 = calon pilihan pertama, 2 = calon pilihan kedua, dan seterusnya). Anda boleh memberi taraf pilihan yang sama kepada lebih daripada seorang calon dan juga boleh membiarkan mana-mana calon tidak bernombor. Anda dianggap lebih sukakan calon yang dinomborkan berbanding calon yang dibiarkan dan tidak ambil kisah antara semua calon yang tidak dinomborkan.

Pemenang akan ditentukan melalui kaedah Schulze. Untuk maklumat lanjut, sila lihat laman rasmi pilihan raya.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat: