Fundraising 2010/Abbas Appeal/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki

Abbas[edit]

  • Sila baca:
  • Rayuan
  • daripada Abbas, penulis Wikipedia
  • Mesej daripada penulis Wikipedia Abbas

Saya menyumbang dalam Wikipedia sekerap yang mungkin dengan menyunting artikel dalam Bahasa Inggeris dan Swahili. Saya amat kagum kerana merupakan sebahagian daripada komuniti sedunia yang bekerjasama untuk berkongsi dan menyebarkan pengetahuan di Wikipedia, walaupun berada di Kenya. Saya berharap anda memberi sumbangan kepada Wikipedia melalui derma - walaupun anda hanya mungkin berupaya memberi beberapa dolar. Inilah sebabnya: Anda merupakan sebahagian daripada komuniti ini, seperti saya dan usaha yang kami sedang lakukan ini amat penting.

Ilmu pengetahuan merupakan kuasa, apabila dikongsi bersama. Orang muda di Kenya sedar bahawa pelajaran merupakan kunci untuk bebas daripada belenggu kemiskinan. Dunia informasi sememangnya ada, akan tetapi ramai yang masih tidak mampu memperolehnya.

Ramai yang tidak mampu menghadiri sekolah di negara yang membangun. Informasi buku teks tidak terkini dan ramai tidak mampu membeli yang baru. Mereka ingin menjadi sebahagian daripada komuniti sedunia - dan itulah caranya Wikipedia melakukannya.

Pengetahuan sentiasa dikongsi secara bebas kepada semua. Informasinya terkini dan tepat. Itulah jaringan antara anda dan saya serta mereka yang ingin berkongsi pengetahuan.

Bayangkanlah, perubahan yang berlaku sekiranya pelajar sekolah di Kenya mampu melayari Wikipedia. Begitulah cara sebahagian daripada derma anda digunakan apabila anda menyumbang kepada Yayasan Wikimedia.

Kami merupakan sebahagian daripada komuniti ini dan setiap orang mempunyai tujuan yang tersendiri untuk memastikan kelangsungan Wikipedia. Tidak kira apa tujuan anda, saya berharap anda akan turut serta dalam pungutan tahunan ini dengan derma $20, €30, ¥4,000, atau jumlah yang lain untuk memastikan Wikipedia terus bebas dan berkecuali.

Ini sememangnya penting dan mampu membawa perubahan. Terima kasih kerana sudi menyumbang dalam apa jua cara yang anda mampu lakukan.

Yang benar,

Abbas Mahmood

Mombasa, Kenya