Fundraising 2010/Lilaroja Appeal/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki

Lilaroja[edit]

  • Sila baca:
  • Rayuan
  • daripada Lilaroja, penulis Wikipedia

Satu dolar, satu surat cinta dengan hati keberatan

Sebagai seorang sukarelawn di Yayasan Wikimedia, San Francisco, saya membaca banyak e-mel dan surat yang ditulis oleh masyarakat semasa kami mula melancarkan kempen tahunan ini untuk sokongan anda.

Sememangnya mereka yang menderma, bukan sahaja memberi bantuan kewangan, tetapi juga memberikan cinta dan kasih sayang merka. Seorang budak menderma satu dolar daripada wang sakunya. Satu cek dengan nota, AKU CINTA WIKIPEDIAAAAA!!! Namun begitu, mesej yang disampaikan mempunyai isi tersirat.

Saya tidak akan lupa kisah seorang ibu dan ayah yang anaknya meninggal dunia setelah mendapat penyakit yang jarang. Mereka bersyukur kerana Wikipedia mempunyai satu artikel tentangnya untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang penyakit yang telah mengambil nyawa anak mereka.

Wikipedia amat bermakna kepada mereka yang menggunakannya. Tidak kira status atau keperibadian, anda merupakan sebahagian daripada komuniti unik ini. Lebih daripada 400 juta orang yang menggunakan Wikipedia dan projek-projek berkembarnya setiap bulan -- hampir satu pertiga daripada masyarakat sedunia yang mempunyai jaringan Internet.

Inilah masanya setiap tahun, masyarakat dari seluruh komuniti Wikipedia bekerjasama untuk memastikan kelangsungan dan kewujudan Wikipedia dengan derma $20, €30, ¥4,000, atau jumlah yang lain agar Wikipedia bebas dan berkecuali.

Itulah cara kami membangunkan Wikipedia, satu demi satu patah perkataan. Kami akan memastikannya sentiasa wujud dengan derma anda.

Saya berharap anda akan mengambil peluang ini untuk memberikan derma dengan iklhas kepada Wikipedia.

Terima kasih,

Lilaroja Oliva, Spain