Kutipan Derma 2012/Terjemahan/Rayuan Peribadi daripada Jimmy Wales

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Fundraising 2012/Translation/Jimmy Appeal and the translation is 100% complete.


NOTE TO TRANSLATORS

This letter is a new translation request, but re-uses large parts of the 2011 Jimmy Appeal, with slight modifications in the second version.

https://meta.wikimedia.org/wiki/Fundraising_2011/Jimmy_Letter_002/en

If the 2011 Jimmy Letter has been translated into your language, you can probably re-use much of it for this translation. :-) Jseddon (WMF) (talk) 18:37, 27 September 2012 (UTC) [reply]

Version 1 (Millions)

Google mempunyai hampir sejuta pelayan. Yahoo mempunyai lebih daripada 12,000 pekerja. Kami hanya mempunyai 800 pelayan dan 150 pekerja.

Wikipedia merupakan laman web ke-5 yang paling dikunjungi dengan lebih daripada 450 juta pengguna setiap bulan - jumlah kunjungan laman melebihi bilion.

Perniagaan sememangnya baik. Pengiklanan bukanlah seburuk yang disangkakan. Akan tetapi kesemuanya tidak tertakluk di sini. Bukannya di Wikipedia.

Wikipedia merupakan sesuatu yang berbeza. Wikipedia seakan-akan sebuah perpustakaan atau taman awam. Ia merupakan khazanah pengetahuan yang membolehkan kita menerokai, mempelajari dan berkongsi maklumat bersama.

Mengimbas kembali ketika saya mengasaskan Wikipedia, tapak ini mungkin boleh dibangunkan untuk memperoleh keuntungan melalui pengiklanan; akan tetapi, saya memutuskan untuk menjadikannya sesuatu yang berlainan. Kami telah berusaha keras selama ini untuk memastikan matlamat kami tercapai tanpa sebarang halangan.

Seandainya semua orang yang membaca mesej ini menyumbang $, kami hanya perlu mengadakan pungutan derma ini selama sehari setiap tahun. Tetapi bukan semua orang mampu atau akan memberi derma. Kami tetap memahaminya.

Tahun ini, bantulah kami dengan memberikan sumbangan sebanyak $5, $20, $50 mengikut kemampuan anda untuk melindungi dan memastikan kemandirian Wikipedia berkekalan.

Terima kasih,

Jimmy Wales
Pengasas Wikipedia

Version 2 (Thousands)

Google dan Yahoo mempunyai ribuan pelayan dan pekerja. Kami hanya mempunyai 800 pelayan dan 150 pekerja.

Wikipedia merupakan laman web ke-5 yang paling dikunjungi dengan lebih daripada 450 juta pengguna setiap bulan - jumlah kunjungan laman melebihi bilion.

Perniagaan sememangnya baik. Pengiklanan bukanlah seburuk yang disangkakan. Akan tetapi kesemuanya tidak tertakluk di sini. Bukannya di Wikipedia.

Wikipedia merupakan sesuatu yang berbeza. Wikipedia seakan-akan sebuah perpustakaan atau taman awam. Ia merupakan khazanah pengetahuan yang membolehkan kita menerokai, mempelajari dan berkongsi maklumat.

Mengimbas kembali ketika saya mengasaskan Wikipedia, tapak ini mungkin boleh dibangunkan untuk memperoleh keuntungan melalui pengiklanan; akan tetapi, saya memutuskan untuk menjadikannya sesuatu yang berlainan. Kami telah berusaha keras selama ini untuk memastikan matlamat kami tercapai tanpa sebarang halangan.

Seandainya semua orang yang membaca mesej ini menyumbang $, kami hanya perlu mengadakan pungutan derma ini selama sehari setiap tahun. Akan tetapi bukan semua orang mampu atau akan memberi derma. Kami tetap memahaminya.

Tahun ini, bantulah kami dengan memberikan sumbangan ikhlas anda untuk melindungi dan memastikan kemandirian Wikipedia berkekalan.

Terima kasih,

Jimmy Wales
Pengasas Wikipedia