Global sysops/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki

Jump to: navigation, search
Information icon4.svg Ini merupakan cadangan untuk mengaktifkan penyelia sejagat dengan dasar pilih keluar pada wiki kecil. Untuk cadangan sebelumnya, sila lihat bahagian bawah laman. Untuk membincangkan laman ini, sila lihat laman perbincangan.

Penyelia sejagat (global sysop) mempunyai capaian kepada antara muka penyelia di wiki di mana ia dibenarkan oleh dasar (biasanya wiki kecil yang tidak mempunyai penyelia tempatan aktif tersedia). Pengguna-pengguna ini mempunyai capaian khusus untuk pemeliharaan dan penentangan penyalahgunaan; mereka tidak mempunyai kawalan suntingan ke atas isi atau masyarakat tempatan.

Need help? See the Translation FAQ or Meta:Babylon. All translators should also subscribe to translators-l to be kept up-to-date (and to ask questions).


Contents

[edit] Ruang lingkup

Secara lalai, penyelia sejagat akan diaktifkan untuk setiap projek yang memenuhi salah satu kriteria berikut:

  • kurang daripada sepuluh pentadbir; atau
  • kurang daripada tiga pentadbir telah melakukan tindakan log dalam dua bulan terakhir.

Projek boleh "pilih masuk" atau "pilih keluar" mengikut budi bicara mereka sendiri sekiranya mendapat ijmak tempatan. Set wiki akan digunakan untuk memberikan hak pada wiki yang termasuk sahaja.

[edit] Pemilihan

Permintaan harus dilakukan di Steward requests/Global. Permintaan akan diluluskan oleh seorang steward (pelayan) sekiranya ada ijmak bagi pengguna tersebut menjadi menjadi penyelia sejagat selepas satu tempoh perbincangan, biasanya sekitar dua minggu. Perbincangan ini bukan pengundian; komen haruslah menyentuh isu-isu tertentu yang menyokong atau menentang perlantikan pengguna. Peserta perbincangan haruslah mempunyai akaun bersepadu yang termasuk akaun Meta mereka.

[edit] Penyingkiran

Tempoh capaian penyelia sejagat bergantung pada aktiviti dan sokongan yang terus menerus daripada masyarakat Wikimedia.

Keaktifan
Penyelia sejagat akan kehilangan capaian mereka secara automatik sekiranya ia tidak digunakan lebih daripada enam bulan.
Undi percaya
Mana-mana steward dapat menarik hak penyelia sejagat pada bila-bila masa jika mereka merasakan alat ini telah disalahgunakan, atau jika ada permintaan komentar yang menunjukkan bahawa sekumpulan minoriti nyata tidak mempercayai seseorang penyelia sejagat. Jika hal ini berlaku dan penyelia sejagat mahukan alat ini kembali, satu undi percaya akan dibuka, di mana penyelia sejagat harus mengekalkan ijmak masyarakat untuk mengembalikan capaian mereka.

[edit] Keizinan

Berikut merupakan senarai keizinan beserta dengan penerangan yang dimiliki penyelia sejagat. Keizinan ini hampir sama dengan penyelia biasa, cuma, keizinan ini sah untuk mana-mana projek Yayasan Wikimedia yang tidak pilih keluar daripada senarai capaian penyelia sejagat. Penyelia sejagat juga mempunyai capaian ke Special:GlobalBlock, yang tidak dapat dicapai penyelia tempatan.

Sekat
  • Menyekat pengguna lain daripada mengirim e-mel (blockemail)
  • Menyekat pengguna lain daripada menyunting (block)
  • Melangkau sekatan IP, sekatan automatik dan sekatan julat (ipblock-exempt)
  • Melangkau sekatan proksi automatik (proxyunbannable)
Sekatan sejagat
  • Bypass global blocks (globalblock-exempt)
  • Mematikan sekatan sejagat di wiki tempatan (globalblock-whitelist)
  • Mengenakan sekatan sejagat (globalblock)
  • Membatalkan sekatan sejagat (globalunblock)
Hapus
  • Menghapuskan laman (delete)
  • Menghapuskan laman secara pukal (nuke)
  • Memindahkan sesebuah laman tanpa mencipta lencongan (suppressredirect)
  • Menggelintar laman-laman yang telah dihapuskan (browsearchive)
  • Mengembalikan laman yang telah dihapuskan (nyahhapus) (undelete)
  • Melihat senarai entri sejarah yang telah dihapuskan, tetapi tanpa teks yang berkaitan (deletedhistory)
Lindung/Sunting
  • Menukar peringkat perlindungan dan menyunting laman yang dilindungi (protect)
  • Menyunting fail CSS dan JavaScript pengguna lain (editusercssjs)
  • Menyunting laman yang dilindungi separa (autoconfirmed)
  • Menyunting antara muka pengguna (editinterface)
Penapis salah guna
  • Ubahsuai penapis penyalahan (abusefilter-modify)
  • Lihat log entri penyalahan yang lanjut (abusefilter-log-detail)
Lain-lain
  • Suntingannya ditandakan sebagai telah diperiksa secara automatik (autopatrol)
  • Tidak dikenakan had kadar penyuntingan (noratelimit)
  • Mengimport laman dari wiki lain (import)
  • Memeriksa suntingan orang lain (patrol)
  • Menanda suntingan yang diundurkan sebagai suntingan bot (markbotedits)
  • Memindahkan fail (movefile)
  • Memindah laman (move)
  • Memindahkan laman berserta sublaman (move-subpages)
  • Memindahkan laman induk pengguna (move-rootuserpages)
  • Mengatasi fail di gedung media kongsi (reupload-shared)
  • Mengatasi pemeriksaan penipuan (override-antispoof)
  • Mengatasi senarai hitam tajuk (tboverride)
  • Menulis ganti fail sedia ada (reupload)
  • Melepasi pemeriksaan CAPTCHA (skipcaptcha)
  • Mengundurkan suntigan terakhir bagi laman tertentu (rollback)
  • Memuat naik fail (upload)
  • Meninggikan had dalam pertanyaan API (apihighlimits)
  • Melihat senarai laman yang tidak dipantau (unwatchedpages)

[edit] Komunikasi

Penyelia sejagat mesti mempunyai laman pengguna di setiap wiki yang mereka gunakan capaian penyelia sejagat pada, yang membekalkan maklumat perhubungan atau pautan ke laman pengguna utama mereka (bot penciptaan ada).

Jika pengguna tidak dapat menyelesaikan suatu pertikaian dengan berbincangan dengan penyelia sejagat, mereka boleh mengutarakan aduan di Talk:Global sysops.

[edit] Lihat juga

User groups
Local: blocked useranonymous userregistered userbotadministratorbureaucratoversightcheckuser
Global: Abuse filter editorslocked accountunified accountbotsrollbackombudsmensysopsystem administratorsstaffstewardfounder