Meta:Perihal Meta

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki

Jump to: navigation, search
Wikimedia Meta-Wiki

Participate:

This box: view  talk  edit

Bahasa: العربية (ar) English (en) Català (ca) Deutsch (de) Español (es) Eesti (et) فارسی (fa) Français (fr) Bahasa Indonesia (id) Italiano (it) Lietuvių (lt) 日本語 (ja) 한국어 (ko) Bahasa Melayu (ms) Occitan (oc) Português (pt) Română (ro) Русский (ru) val (val) ‪中文(简体)‬ (zh-hans) ‪中文(繁體)‬ (zh-hant) +/-

Selamat datang di Wikimedia Meta Wiki (boleh disebut Meta), sebuah wiki untuk menyelaras projek-projek Wikimedia. Sebagai catatan, kebanyakan halaman-halaman di Meta dan juga pautan-pautan di bawah ini ditulis dalam bahasa Inggeris.

Contents

[edit] Asal mula

Meta pada awalnya dibangunkan sebagai "Meta-Wikipedia" pada November 2001 sebagai jalan untuk menjaga agar Wikipedia lebih bersih dengan cara memindahkan seluruh kandungan meta (kandungan mengenai tapak web Wikipedia dan para penggunanya), yang tidak berkaitan dengan kandungan dasarnya (rencana ensiklopedia), ke sebuah wiki yang baru.

Dengan peningkatan jumlah projek dan terjemahan Wikimedia, begitu juga jangkauan Meta semakin meningkat. Sebagai sejarah turutan, banyak halaman-halaman lama di Meta yang masih berlandaskan khusus untuk Wikipedia, tapi banyak yang diguna-pakai ke seluruh projek Wikimedia.

Dengan demikian, istilah "Wikipediawan" juga harus ditafsirkan sebagai "Wikimediawan". Istilah Metawikiwan juga kadang-kadang digunakan.

[edit] Tujuan saat ini

Meta pada masa ini mempunyai beberapa peranan:

  1. Perbincangan dan merumuskan projek-projek Wikimedia, dan khususnya perbincangan mengenai polisi yang berkait untuk seluruh projek, seperti isu lesen kandungan terbuka
  2. Sebuah forum untuk esay personal mengenai projek-projek Wikimedia
    (yang biasanya tidak berasal dari sudut pandang berkecuali, sehingga harus diringkaskan di halaman isu bebas dari banyak sudut pandang dengan menggunakan format seperti TIPAESA atau subsetnya IPA)
  3. Tempat untuk berbincang isu-isu penyelarasan antarabahasa dalam projek-projek Wikimedia, termasuk perbincangan dalam bahasa-bahasa selain Inggeris

Meta-Wiki pada saat ini bertindak sebagai salah satu jalur utama perbincangan para Wikimediawan, selain di daftar mel dan halaman-halaman pembicaraan rencana masing-masing.

Bermula dari fokus pada versi Wikipedia bahasa Inggeris, Meta-Wikipedia telah, sejak dimutakhirkan dengan perisian MediaWiki, telah menjadi sebuah forum perbincangan pelbagai bahasa yang digunakan oleh seluruh masyarakat bahasa Wikimedia. Saat ini, Meta terdiri dari 16,720 rencana.

[edit] Apa yang bukan Meta-Wiki

Hampir kesemua wiki Wikimedia memiliki laman "Apa yang bukan <wiki ini>" yang menggambarkan kandungan tidak sesuai bagi laman tersebut.

Meta bukanlah

  1. Tapak perlupusan bagi rencana tidak dapat dibetulkan dari Wikipedia berbeza, dan ia bukanlah khidmat hos bagi pelbagai jenis rencana peribadi. Jika anda mencari masyarakat berasaskan-wiki, periksa Wikia, atau MeatballWiki's community list. Jika anda mencari ruang web percuma, anda dapat lihat daftar di sini. Jika anda ingin membina wiki anda sendiri, periksa daftar enjin wiki.
  2. Tempat untuk menggambarkan perisian MediaWiki. Perisian memiliki wikinya sendiri di http://www.mediawiki.org. Kandungan dan laman sebegini patut dipindahkan.

[edit] Polisi Meta

[edit] Lihat pula