Pasukan Pemantauan Wiki Kecil

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Small Wiki Monitoring Team and the translation is 79% complete.
Outdated translations are marked like this.
Shortcut:
SWMT

Pasukan Pemantauan Wiki Kecil (SWMT) adalah sebuah kumpulan Wikipediawan yang menggunakan IRC dan alatan lain, memantau wiki-wiki kecil untuk mengesan kegiatan laku musnah, spam atau trolling. Terdapat beberapa bot yang melaporkan suntingan mencurigakan di wiki-wiki yang dipantau oleh pihak SWMT. Untuk membantu, sertailah #cvn-swsambungkan di IRC. Anda juga boleh menyunting senarai pengguna di bawah untuk mendaftar penyertaan anda.

Takrifan "kecil"

Perkataan "kecil" di "Pasukan Pemantauan Wiki Kecil" boleh ditafsirkan secara meluas. Walaupun bot-bot di IRC memantau kebanyakan wiki yang kurang daripada 10,000 rencana, itu bukanlah bermaksud bahawa ia adalah "kecil" seperti "kurang penting"; sebaliknya, kami lebih suka memantau sebanyak mungkin wiki supaya kami boleh menyelaras langkah-langkah yang paling berkesan untuk menghentikan kegiatan spam dan laku musnah yang merosakkan banyak wiki, atau mensasarkan wiki-wiki yang lebih kecil kerana mereka fikir mereka boleh mengelak daripada dikesan.

Oleh itu, harap tidak tersinggung jika salah seorang daripada ahli kami mengundurkan laku musnah di wiki anda dan memperkenalkan diri sebagai ahli SWMT. Kami berada di situ kerana kami ambil berat terhadap wiki anda, bukannya kerana kami fikir ia adalah projek yang terbengkalai.

Bagaimana hendak memantau wiki kecil

  1. Memantau perubahan terkini di wiki-wiki kecil melalui IRC. Lihat Pasukan Pemantauan Wiki Kecil/IRC untuk maklumat lanjut.
  2. Melaporkan halaman-halaman yang memerlukan penghapusan di Permintaan pengelola/Lain-lain.
  3. Mengundurkan kegiatan laku musnah.
  4. Melaporkan laku musnah di lapor laku musnah.
  5. Melaporkan spam pautan di senarai hitam spam.
  6. Senarai halaman di wiki-wiki kecil yang telah ditandakan untuk penghapusan segera boleh dijumpai di sini.
  7. Senarai wiki kecil boleh ditemui di sini.

Kebenaran global

Mana-mana pengguna yang mempunyai kedudukan dan sumbangan yang baik boleh menjadi ahli SWMT. Walau bagaimanapun, terdapat keizinan sejagat yang mungkin dapat membantu. Ini termasuklah penyelia sejagat dan pengembali semakan sejagat. Sila ambil perhatian bahawa calon-calon untuk keizinan ini hendaklah mempunyai pengalaman yang ketara di SWMT.

Kotak pengguna

Members of SWMT are requested to create a global user page at Meta, which will show on the wikis where they are editing. Consider using a Babel tag on your user page.

Anda boleh menambah kotak pengguna yang berikut di laman pengguna anda dengan menekan {{User SWMT}}:

This user is a member of the Small Wiki Monitoring Team.

Lihat juga