Abstract Wikipedia/Wikifunctions deployment/ms
We are planning to send this announcement on September 23, so there is time for translations until September 22, 11PM (UTC).
On behalf of the Wikifunctions & Abstract Wikipedia team, many thanks, once again! --Sannita (WMF) (talk) 16:39, 16 September 2025 (UTC)Wikifungsi akan diterapkan pada wiki anda pada 2025-11-05
Salam semua, kami ingin memberitahu anda bahawa Wikifungsi akan tiba di projek anda tidak lama lagi! Apabila didayakan, anda akan dapat memanggil fungsi daripada projek anda, dan menyepadukannya dalam rencana anda.
Sebuah fungsi ialah sesuatu yang mengambil satu atau lebih input dan mentransformasikannya menjadi output yang dikehendaki. Cuba fikirkan kalau boleh tambah dua nombor, atau tukar unit batu kepada unit meter, atau kira berapa lama masa telah berlalu sejak sesuatu peristiwa, atau tasrif sesuatu perkataan menjadi bentuk kasus. Hal ini biasanya dilakukan menggunakan templat yang rumit untuk dibuat atau diimport. Dengan Wikifungsi, anda akan dapat melakukan hal ini dengan hanya beberapa klik sahaja!
Sila lihat tutorial-tutorial ini untuk butiran lanjut. Anda juga dijemput untuk mencipta fungsi yang anda rasa berguna, atau meminta bantuan daripada komuniti Wikifungsi.
Kami ingin menjemput anda untuk menyumbang kepada Wikifungsi, dengan menterjemahkan label fungsi yang ada ke dalam bahasa anda, supaya lebih ramai pengguna di komuniti anda dapat menggunakan semula fungsi yang ada dengan lebih mudah dalam projek. Anda juga boleh menterjemahkan mesej antara muka Wikifungsi di TranslateWiki (tekan di sini untuk mesej VisualEditor, dan tekan di sini untuk antara muka Wikifungsi yang betul).
Sudah tentu, kami berbesar hati untuk bantu sekiranya terdapat soalan atau kesulitan, dan kami bersedia untuk mendengar maklum balas anda. Sila ping saya terus sekiranya perlu atau hubungi saya di laman perbincangan saya.