Jump to content

Wikikon Asia Tengah 2025/Penyerahan

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Central Asian WikiCon 2025/Submissions and the translation is 100% complete.

Laman ini menyediakan maklumat umum dan panduan mengenai penyerahan kertas cadangan sidang untuk WikiKon Asia Tengah 2025.

Tarikh penting

  • Panggilan untuk penyerahan dibuka pada 15 Januari 2025 00:00 (UTC).
  • Panggilan untuk penyerahan ditutup pada 22 Mac 2025 23:59 (UTC).

Jenis sidang

Sidang pada persidangan akan dianjurkan dalam beberapa format, dan anda akan mempunyai pilihan antara berikut:

  • Ceramah: Satu atau dua pembentang menawarkan sebuah pembentangan diikuti soalan dan komentar daripada penonton. Jumlah masa untuk ceramah (termasuk soalan dan komentar) akan diberikan sehingga 30 minit.
  • Pertunjukan: Seorang pembentang memperkenalkan kaedah kerja dengan sebuah alatan, alur kerja, atau sebuah program. Jumlah masa untuk pertunjukan (termasuk soalan dan komentar) akan diberikan sehingga 60 minit.
  • Panel: Sebuah kumpulan kecil orang membentangkan atau membincangkan sebuah topik tertentu dan memberi maklum balas kepada soalan dan komentar penonton. Jumlah masa bagi sebuah panel akan diberikan sehingga 60 minit.
  • Bengkel: Satu atau dua pemudah cara membentangkan sebuah topik dengan berhubung secara aktif dengan penonton. Jumlah masa bagi sebuah bengkel akan diberikan sehingga 90 minit.
  • Sembang kilas: Seorang pembentang memberikan ucapan tanpa susulan daripada penonton. Jumlah masa untuk sembang kilas akan diberikan selama 5 minit.
  • Meja Bulat: Sekumpulan 10—15 orang membincangkan sebuah topik tertentu. Jumlah masa bagi meja bulat akan diberikan sehingga 45 minit.
  • Poster: Sebuah topik aan dibentangkan dalam sebuah plakad yang ditayangkan di tempat yang boleh dilihat di tempat acara.

Nota:

  • Semua jenis sidang akan termasuk dalam program utama persidangan.
  • Pemiawaian tempoh masa tidak termasuk masa diperlukan untuk menukar dewan.

Hubungi kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila jangan segan untuk menghubungi kami melalui CAWikiCon25@gmail.com.

Templat pembentangan

Jika anda mempunyai pembentangan dan tidak bersedia bahan pembentangan lagi, anda boleh menggunakan templat yang kami reka secara khusus untuk WikiKon Asia Tengah 2025 ini. Di sini ialah templat pembentangan dalam format Google Slaid, buat salinan (Ketik FailBuat salinanKeseluruhan pembentangan) dan ubahkannya kepada bentuk terbaik mengikut keperluan anda.