Memudahkan peronda dan penyunting lain untuk mengutamakan tugasan mereka (Community Wishlist/FA1/ms)
Latar belakang
Dengan skala dan kerancakan aktiviti suntingan di Wikipedia (contoh), rata-rata para penyunting berpengalaman dan peronda sekalian boleh dibanjiri dengan maklumat dan berasa terbeban dengan mana satu tugasan yang perlu diberi tumpuan. Bak kata salah seorang daripada penyumbang: "Jika seseorang mempunyai banyak rencana pada Senarai Pantau dan ingin memeriksa kesemua atau sebanyak mungkin laman-laman di bawah pantauannya, sudah tentulah perkara ini memerlukan banyak masa. Pemeriksaan ke atas perubahan semantik yang dilakukan oleh penyunting manusia juga memerlukan lebih banyak usaha terutamanya apabila perbezaan antara semakan itu sangat panjang dan berselerak dengan ditambah pula dengan perubahan yang dilakukan oleh bot."
Para penyumbang dan penyunting sekalian memerlukan peralatan yang lebih baik serta keupayaan yang lebih tinggi untuk menjunjung kualiti wiki masing-masing, khususnya dari segi di mana dan bagaimana untuk memberi fokus terlebih dahulu. Kes penggunaan termasuklah para penyunting yang ingin mengekalkan kualiti topik tertentu (contoh topik: sistem aliran transit) yang sejajar dengan minat peribadi mereka, serta para penyunting yang berusaha memastikan suntingan bertopik dan bernilai berita (contohnya seperti Sukan Olimpik 2024) atau laman-laman baharu sejajar dengan kualiti piawaian wiki mereka.
Objektif
Bidang tumpuan ini adalah berhubungan dengan objektif-objektif Yayasan Wikimedia seperti berikut:
- WE1: Kedua-dua penyumbang yang baharu mahupun yang berpengalaman dapat berkumpul secara dalam talian untuk membina ensiklopedia yang boleh dipercayai, dengan cara yang lebih mudah dan kurang penghampaan.
- WE2: Komuniti-komuniti diberi sokongan untuk mengurangkan jurang pengetahuan secara berkesan melalui perisian dan sistem sokongan yang lebih mudah diakses, disesuai, dan dipertingkatkan, supaya dapat memastikan peningkatan perkembangan kandungan ensiklopedia yang boleh dipercayai.
- Created: 08:54, 6 Ogos 2024
- Last updated: 21:51, 2 Oktober 2025
This focus area currently has 23 supporters. Voting for this focus area is open until it is completed.