Jump to content

Language Converter sepatutnya menyokong pertukaran kata-demi-kata dan pertukaran imbuhan-demi-imbuhan (Community Wishlist/W199/ms)

Long-term opportunity
From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Community Wishlist/W199 and the translation is 100% complete.

View all wishes.

Description

Buat masa sekarang, LanguageConverter hanya menyokong pertukaran huruf-demi-huruf. Contohnya, alat pertukaran aksara bahasa Cina menukar "历史" (zh-cn, menggunakan tulisan Cina Ringkas) kepada "歷史" (zh-tw, menggunakan tulisan Cina Tradisional), dan alat pertukaran aksara bahasa Uzbek menukarkan "Tarix" (uz-Latn, menggunakan tulisan Rumi) kepada "Тарих" (uz-Cyrl, menggunakan tulisan Cyril). Dalam keadaan contoh-contoh yang disebutkan di atas, setiap satu huruf pada tulisan jenis pertama berpadanan dengan setiap satu huruf pada tulisan jenis kedua dengan kaedah satu-demi-satu.

Namun, LanguageConverter tidak menyokong bahasa-bahasa yang menggunakan pelbagai jenis tulisan yang tidak dapat ditukar menggunakan prinsip huruf-demi-huruf. Contohnya "wabak" (ms-Latn, menggunakan tulisan Rumi) pada bahasa Melayu berpadanan dengan "وابق" (ms-Arab, menggunakan tulisan Jawi); atau "bahasa" (ms-Latn, menggunakan tulisan Rumi) berpadanan dengan "بهاس" (ms-Arab, menggunakan tulisan Jawi). Untuk menangani permasalahan sedemikian, bahasa-bahasa tersebut sepatutnya menggunakan alat pertukaran yang beroperasi menggunakan prinsip kata-demi-kata.

Satu lagi ciri penting ialah LanguageConverter juga sepatutnya menyokong penukaran imbuhan-demi-imbuhan. Contohnya "memberikan" (ms-Latn) dalam bahasa Melayu terdiri daripada awalan "mem" (ms-Latin), kosa kata teras "beri" (ms-latn), dan akhiran " kan" (ms- Latn). LanguageConverter sepatutnya berupaya untuk menukar setiap elemen ini kepada awalan "مم" (ms-Arab), kosa kata teras "بري" (ms -Arab), dan akhiran "کن" (ms-Arab) yang berpadanan. Akhirnya, kesemua elemen ini harus digabung dan menjana perkataan "ممبريکن" (ms-Arab).

Kod prototaip untuk penukaran kata-demi-kata dan penukaran imbuhan-demi-imbuhan telah diterangkan pada T261507.

Kesimpulannya, LanguageConverter tidak hanya perlu menyokong pertukaran huruf-demi-huruf (seperti yang telah dilakukan selama ini), tetapi juga menyokong pertukaran kata-demi-kata (sebab huruf-huruf yang terdapat pada kedua-dua jenis tulisan yang berbeza mungkin tidak dapat dipadankan mengikut prinsip satu-demi-satu) dan pertukaran imbuhan-demi-imbuhan. Pada masa yang sama, LanguageConverter juga perlulah dapat diselenggara secara mampan oleh penyumbang rentas generasi dengan pendokumenan yang terperinci di Meta Wiki atau Wikitech. Keadaan semasa LanguageConverter masih tidak berdokumen secara terperinci, seperti yang dinyatakan pada T370584 dan T21044, telah menimbulkan kebimbangan mengenai kebolehselenggaraannya pada jangka masa panjang.

Assigned focus area

Unassigned

Type of wish
Feature request
Tags
Affected users

Pengguna yang mengguna bahasa dengan pertukaran kelainan

Phabricator tasks
Other details
  • Created: 11:04, 3 August 2024
  • Last updated: 23:33, 10 October 2025
  • Author: Hakimi97 (talk)
Voting

This wish currently has 1 supporter. Voting for this wish is open until it is completed.

Supporters of this wish
Support Pppery (talk) 16:28, 10 October 2025