Jump to content

Hab ESEAP/Kenyataan Pengisytiharan untuk Penubuhan Hab Rantau

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page ESEAP Hub/Governance/Declaration Statement on the Creation of the Regional Hub and the translation is 97% complete.
Outdated translations are marked like this.

Kenyataan Pengisytiharan untuk Penubuhan Hab Rantau ESEAP Wikimedia

Kami, yang bertandatangan di bawah, mengisytiharkan penubuhan Hab Rantau Asia Timur, Tenggara dan Pasifik Wikimedia, disingkatkan sebagai ESEAP, sebagai tumpuan utama rangkaian masyarakat, sekutu, dan penyumbang kandungan Wikimedia yang bermuafakat dan pelbagai di rantau Asia Timur, Tenggara, dan Pasifik, berbakti menyokong matlamat dan wawasan gerakan Wikimedia.

Matlamat dan Wawasan

Matlamat Hab kami adalah untuk memberikan kuasa kepada orang di sekeliling rantau ESEAP untuk berkongsi hasil kesemua pengetahuan. Kami percaya bahawa pengetahuan seharusnya bebas dan dapat dicapai oleh semua orang dan bahawa semua orang ada hak mencapai dan menyumbangkannya, tanpa mengira bahasa, budaya, geografi atau zon waktu. Kami mencuba menubuhkan dan mengekalkan rangkaian individu, masyarakat dan projek termasuk Wikipedia, Wikidata, Wikimedia Commons, Wikisumber, dan sumber pengetahuan bebas lain yang membantu mencapai matlamat ini.

Wawasan Hab kami adalah untuk bekerjasama menubuhkan rantau ESEAP yang setiap orang boleh mencapai dan menyumbangkan hasil kesemua pengetahuan. Kami percaya bahawa pengetahuan boleh mengubah hidup dan masyarakat seseorang kerana ia merupakan suatu kuasa yang kuat demi kebaikan. Selain mewujudkan budaya mengikut serta dan kerjasama yang menggalakkan seseorang berkongsi pengetahuan mereka dengan dunia, kami berbakti untuk membangunkan dan menyokong sumber pengetahuan yang tepat, boleh dipercayai dan merangkumi semua.

Untuk memenuhi matlamat dan wawasan kami, kami memahami betapa pentingnya kerjasama dan perkongsian. Kami percaya bahawa dengan bekerjasama dengan lain yang berkongsi kepercayaan dan matlamat kami, kami boleh mempunyai kesan yang lebih besar dan menyempurnakan lebih banyak daripada yang kami boleh lakukan dengan diri sendiri. Kami berbakti untuk menjalinkan hubungan yang kukuh dan bermakna dengan pelbagai rakan kongsi termasuk persatuan awam, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan atau gerakan yang sehaluan.

Kami menghargai kepelbagaian dan menghormati sudut pandangan dan pengalaman unik kesemua orang. Kami percaya bahawa kepelbagaian penting untuk kejayaan matlamat kami dan kami bertekad mewujudkan persekitaran yang merangkumi semua, selamat dan mesra untuk kesemua orang tanpa mengira latar belakang, identiti atau kepercayaan mereka.

Kami terdorong oleh hasrat kuat untuk keadilan dan kesamaan masyarkakat dan kami percaya bahawa mencapai maklumat ialah hak asasi manusia. Kami bertekad membantu pertumbuhan dan perkembangan masyarakat kami di rantau ini serta bekerjasama dengan mereka yang senilai dan sewawasan dengan kami.

Kami berbakti menjadi daya penggerak dalam gerakan maklumat bebas dan membentuk masa depan perkongsian dan capaian pengetahuan. Kami percaya bahawa dengan bekerja bersama-sama, kami boleh mempunyai pengaruh yang baik dan berjangka panjang di rantau ini dan gerakan sejagat ini dan kami bertekad mewujudkan masa depan bersama untuk semua orang dengan memanfaatkan kuasa pengetahuan.

Nilai Teras

Kami bertekad mendukung sejumlah nilai teras yang memimpini kerja kami dan membentuk budaya kami. Nilai ini penting untuk diri kami sebagai pertubuhan dan memebritahu segala-galanya yang kami lakukan:

  • Kerjasama. Kami percaya bahawa kerjasama sangat berpotensi dan bekerja bersama-sama boleh membawa kepada dampak dan kejayaan yang lebih besar. Kami menggalakkan ahli masyarakat dan rakan kongsi kami untuk berkongsi idea, maklumat, sumber dan saling belajar.
  • Reka baru. Kami menghargai reka baru dan daya cipta dalam semua yang kita lakukan. Kami sentiasa mencari pendekatan yang baru dan berekaan baru untuj mencapai matlamat kami dan menyokong masyarakat kami.
  • Rangkuman. Kami percaya bahawa setiap orang berhak belajar dan menyumbang kepada pengetahuan dan kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman genting untuk menjayakan matlamat kami. Kami mencuba membuatkan semua orang rasa dialu-alukan dan termasuk, tanpa mengira bahasanya, asalnya, budayanya, dirinya, umurnya, pengalamannya dalam gerakan atau pandangannya (apabila dinyatakan dengan penuh hormat).
  • Hormat. Kami berpegang teguh pada prinsip perasaan saling menghormati, belas kasihan dan kebaikan. Keragaman sudut pandangan dan pengalaman dalam masyarkat kami dan dalam kalangan rakan kongsi kami merupakan sesuatu yang kami akui dan hargai.
  • Telus. Kami percaya menjadi terbuka dan bertanggungjawab ke atas semua kegiatan dan pilihan kami. Kami berbakti memberi maklumat mengenai kerja kami dan melibatkan diri dalam tatacara telus yang menarik pihak berkepentingan kami.
  • Wibawa. Kami berbakti membawa diri kami dengan jujur dan wibawa dalam semua usaha kami. Dalam semua tindakan kami, kami berikhtiar menjadi jujur, boleh dipercayai dan bertanggungjawab.
  • Dampak. Kami terdorong akan hasrat menggunakan kearifan terkumpul kami untuk memberi dampak yang positif kepada orang dan masyarakat yang kami bekerjasama. Kami berharap mengoptimumkan keberkesanan, kecekapan dan kelestarian usaha terkumpul kami p. Kami juga merancang menjejak, berhubung dan mengukur pada bila-bila masa yang mungkin (dan atau mendokumenkan) hasil (atau proses) untuk memupuk budaya belajar dalam rantau ini.
  • Lestari. Kami berusaha menjadi selestari mungkin dalam semua kerja kami. Kami berusaha menggunakan sumber yang diberi kepada kami dengan berkesan dan cekap sementara juga mempertimbangkan kesan jangka panjang keputusan kami.

Nilai teras ini membentuk cara kami bekerja dan membimbing kami membuat keputusan sebagai sebuah pertubuhan. Kami bertekad mendukung dan berpegang teguh pada nilai ini dan kami berharap untuk mengilhami dan memberikan kuasa kepada yang lain untuk menyertai kami dalam matlamat kami untuk membuatkan pengetahuan dapat dicapai untuk semua. Jika ada yang menyimpang daripada nilai ini, akan ada juga saluran yang sesuai untuk menimbulkan rasa bimbang agar kami terus berfungsi dengan harmoni.

Hala Tuju Strategik

Matlamat strategik Hab kami adalah untuk membangunkan dan menyokong prasarana penting untuk ekosistem pengetahuan bebas di rantau ESEAP. Matlamat ini termasuk membina keupayaan dan menyokong pertumbuhan gabungan, masyarakat dan penyumbang kandungan kami, menguatkan proses kerjasama dan bekerja dengan rakan kongsi untuk menggalakkan capaian bebas ke pengetahuan.

Kami mengabdikan diri untuk membentuk hala tuju strategik gerakan Wikimedia di rantau ini. Kami percaya akan kuasa kerjasama dan perkongsian untuk mencapai matlamat bersama kami. Kami bertekad membina hubungan yang kuat dan berjangka paniang dengan masyarakat, pihak berkepentingan dan rakan kongsi rantau kami, sementara juga mengakui beberapa orang yang di meja membuat keputusan, tidak sentiasa mewakili pandangan satu dan semua dalam masyarakat ini.

Kami bertekad bekerja dengan pelbagai rakan kongsi termasuk (namun tidak terhad kepada) pertubuhan bukan kerajaan, institusi budaya, masyarakat akademik, dan kumpulan yang sehaluan, untuk menyempurnakan matlamat ini. Bersama, kami fikir kami boleh membuat perubahan yang lebih ketara dan membina ekosistem pengetahuan yang lebih terbuka dan dapat dicapai oleh semua orang.

Kami juga berbakti berpegang teguh pada prinsip gerakan Wikipedia, seperti keterbukaan, keobjektifan dan capaian tanpa batas ke pengetahuan. Kami berbakti untuk komunikasi yang terbuka, jujur dan sopan dengan kami bekerja menuju matlamat bersama kami kerana kami faham betapa pentingnya mewujudkan kepercayaan dengan masyarakat dan pihak berkepentingan rantau kami. Kami mengiktiraf ada kandungan yang penting, juranf perwakilan dalam ekosistem pengetahuan bebas kami dan kami perlu sentiasa menyesuaikan dan mempertimbangkan semula andaian kami untuk kekal berkaitan.

Pada keseluruhannya, Hab kami berbakti untuk menggerakkan hala tuju strategik gerakan Wikimedia di rantau ini dan membina perkongsian yang kuat dan lestari yang menyokong perkembangan dan menguatkan ekosistem prasarana penting pengetahuan bebas. Kami percaya bahawa dengan bekerjasama dan merangkum cita-cita kami yang berkongsi kami boleh memupuk persekitaran pengetahuan yang lebih terangkum, saksama, selamat dan boleh dicapai buat ramai orang untuk berkembang maju dan menyumbang.

Kenyataan Penutup

Kami menantikan banyak peluang yang Hab kami akan beri untuk muafakat dan kerjasama. Kami menjemput semua ahli masyarakat Wikimedia di rantau Asia Timur, Tenggara, dan Pasifik dan sesiapa yang sewawasan untuk menyertai kami dalam usaha baharu yang mengujakan ini. Bersama, sebagai setarawi berganding bahu, kami boleh membuat perubahan.

Ditandatangani,

  1. WAqil (WMYS) (talk) 07:08, 11 June 2023 (UTC)reply
  2. BJ Sinaga (talk) 07:16, 11 June 2023 (UTC)reply
  3.  A l p h a m a  Talk 12:43, 11 June 2023 (UTC)reply
  4. Gnangarra (talk) 03:18, 13 June 2023 (UTC) - ESEAP IHCreply
  5. Ghozi Septiandri (talk) 04:36, 13 June 2023 (UTC) - ESEAP RGCreply
  6. --Hakimi97 (talk) 05:47, 13 June 2023 (UTC)reply
  7. --YShibata (talk) 07:37, 13 June 2023 (UTC)reply
  8. -- Ultron90 (talk) 08:09, 13 June 2023 (UTC)reply
  9. Tofeiku (talk) 10:15, 13 June 2023 (UTC)reply
  10. RamzyM (talk) 10:37, 13 June 2023 (UTC)reply
  11. Kunokuno (talk) 10:54, 13 June 2023 (UTC) on behalf of Wiki Advocates Philippines User Groupreply
  12. ZI Jony (Talk) 16:22, 13 June 2023 (UTC)reply
  13. seav (talk) 17:22, 13 June 2023 (UTC)reply
  14. Buszmail (talk) 02:05, 14 June 2023 (UTC)reply
  15. Diamantino Soares 11:20, 14 June 2023 (UTC)reply
  16. Dody Ismoyo (talk) 02:35, 14 June 2023 (UTC)reply
  17. Athikhun.suw (talk) 03:36, 14 June 2023 (UTC)reply
  18. Azoma (talk) 03:37, 14 June 2023 (UTC)reply
  19. B20180 (talk) 03:38, 14 June 2023 (UTC)reply
  20. --J. Patrick Fischer (talk) 03:54, 14 June 2023 (UTC)reply
  21. Silverio Araujo 00:30, 20 June 2023 (UTC)
  22. Jessie Mi (talk) 03:55, 14 June 2023 (UTC)reply
  23. Josefwintzent Libot (Talk) 07:35, 14 June 2023 (UTC)reply
  24. Takot (talk) 13:06, 14 June 2023 (UTC)reply
  25. (Sorot20) (talk) 01:32, 15 June (UTC)
  26. Arupako (talk) 19:08, 14 June 2023 (UTC)reply
  27. Kizhiya (talk) 22:44, 14 June 2023 (UTC)reply
  28. Meursault2004 (talk) 07:08, 15 June 2023 (UTC)reply
  29. (Yuchenglinedu (talk) 09:51, 15 June 2023 (UTC)reply
  30. Amanda Lawrence (talk)
  31. Ninja✮Strikers «☎» 17:07, 15 June 2023 (UTC)reply
  32. Ralffralff (talk) 00:55, 16 June 2023 (UTC) on behalf of the Pilipinas Panorama Communityreply
  33. Lady01v (talk) 13:26, 16 June 2023 (UTC) 00:55, 16 June 2023 (UTC)reply
  34. Exec8 (talk) 17:26, 16 June 2023 (UTC)reply
  35. Robertsky (talk) 19:36, 16 June 2023 (UTC)reply
  36. Arcuscloud (talk) 05:54, 17 June 2023 (UTC)reply
  37. Agus Damanik (talk) 22:38, 16 June 2023 (UTC)reply
  38. Ilham Mufti Laksono (talk) 23:18, 15 June 2023 (UTC)reply
  39. Pru.mitchell (talk) 23:32, 16 June 2023 (UTC)reply
  40. Saimawnkham (talk) 23:49, 16 June 2023 (UTC)reply
  41. Sam Wilson 00:23, 17 June 2023 (UTC)reply
  42. Raflinoer32 (talk) 01:35, 17 June 2023 (UTC)reply
  43. Jusan Misolas (talk) 02:42, 17 June 2023 (UTC)reply
  44. Do Tri ✓ 💬 04:08, 17 June 2023 (UTC)reply
  45. Jp2593 (talk)
  46. Ambrosia10 (talk) 06:07, 17 June 2023 (UTC)reply
  47. --*Youngjin (talk) 07:05, 17 June 2023 (UTC)reply
  48. Patsagorn Y. (Talk) 07:37, 17 June 2023 (UTC)reply
  49. Daphpb (talk) 02:30, 18 June 2023 (UTC)reply
  50. Even Barrameda (talk) 02:34, 18 June 2023 (UTC)reply
  51. BiancaBrazal (talk) 05:03, 18 June 2023 (UTC)reply
  52. Einebillion (talk) 05:20, 18 June 2023 (UTC)reply
  53. Marshelec (talk) 05:55, 18 June 2023 (UTC)reply
  54. Noracrentiss (talk) 06:10, 18 June 2023 (UTC)reply
  55. Pakoire (talk) 11:46, 18 June 2023 (UTC)reply
  56. Harditaher (talk) 12:40, 18 June 2023 (UTC)reply
  57. Brahmavadini (talk) 13:48, 18 June 2023 (UTC)reply
  58. Ilham.nurwansah (talk) 02:17, 19 June 2023 (UTC)reply
  59. On behalf of Wikimedia Indonesia, Rachmat (WMID) (talk) 04:59, 19 June 2023 (UTC)reply
  60. Tvcccp (talk) 05:47, 19 June 2023 (UTC)reply
  61. Bracteantha (talk) 06:23, 19 June 2023 (UTC)reply
  62. Jjw (talk) 08:00, 19 June 2023 (UTC)reply
  63. Rhythm (talk) 08:17, 19 June 2023 (UTC)reply
  64. Angal26 (Angal26) 08:25, 19 June 2023 (UTC)reply
  65. Giantflightlessbirds (talk) 20:03, 19 June 2023 (UTC)reply
  66. Lea.fakauvea (talk) 21:34, 19 June 2023 (UTC)reply
  67. Ballardmaize (Talk) 02:02, 20 June 2023 (UTC)reply
  68. Alexander Imig/Ai24 (talk) 06:33, 20 June 2023 (UTC) ]]reply
  69. Carlojoseph14 (talk) 09:51, 20 June 2023 (UTC)reply
  70. MaiaCWilliams (talk) 11:31, 20 June 2023 (UTC)reply
  71. Joycewikiwiki (talk) 04:51, 21 June 2023 (UTC)reply
  72. Horus (talk) 05:06, 21 June 2023 (UTC)reply
  73. Eric Liu(Talk) 09:13, 21 June 2023 (UTC)reply
  74. Friagatewayfinder
  75. AuteWayOfWeaving
  76. Lawrence756 (talk) 11:50, 22 June 2023 (UTC)reply
  77. Labdajiwa (talk) 00:30, 23 June 2023 (UTC)reply
  78. Teddybear41422 (talk) 01:39, 23 June 2023 (UTC)reply
  79. ༒ Nhac Ny ༒ Talk to me ♥ 09:33, 23 June 2023 (UTC)reply
  80. Jeromi Mikhael (talk) 06:51, 29 June 2023 (UTC)reply
  81. OraMAAG (talk) 10:01, 29 June 2023 (UTC)reply
  82. Johnstad Wanna Talk? 01:30, 4 July 2023 (UTC)reply
  83. :JarrahTree (talk) 05:26, 8 July 2023 (UTC)reply
  84. Bahnfrend (talk) 06:38, 8 July 2023 (UTC)reply
  85. Canley (talk) 06:15, 9 July 2023 (UTC)reply
  86. 이강철 (talk) 06:43, 10 July 2023 (UTC)reply
  87. Mạnh An (talk) 02:04, 16 July 2023 (UTC)reply
  88. Omotecho (talk) 02:53, 16 July 2023 (UTC)reply
  89. ThePoisonousDart (talk) 02:51, 24 July 2023 (UTC)reply
  90. Filipinayzd (talk) 03:36, 15 August 2023 (UTC)reply
  91. Maffeth.opiana (talk) 03:54, 15 August 2023 (UTC)reply
  92. Kunirasem (talk) 04:18, 15 August 2023 (UTC)reply
  93. Imacat (talk) 09:16, 15 August 2023 (UTC)reply
  94. Marife.altabano (talk) 09:19, 15 August 2023 (UTC)reply
  95. CMD (talk) 03:09, 19 August 2023 (UTC)reply
  96. Firth m (talk) 18:21, 21 August 2023 (UTC)reply
  97. Borschts Talk 17:45, 19 August 2024 (UTC)reply
  98. BindiS (talk) 01:17, 29 January 2025 (UTC)reply
  99. VZP10224 (talk) 17:30, 23 April 2025 (UTC)reply