40 Tadau Wikipedia adalah satu program Edit-ta-thon yang melibatkan semua ahli aktif Kelab Wikimedia IPGM Kampus Kent. Edit-ta-thon ini bertujuan untuk memperbanyakan lagi artikel Wikipedia Bahasa Kadazandusun (dtp) berkaitan dengan Negeri Sabah iaitu negeri di mana bangsa Kadazandusun menetap dan berakar.
Program ini diharapkan dapat menghasilkan sebanyak 366 artikel baharu tentang Sabah dalam Wikipedia Bahasa Kadazandusun, dengan setiap peserta menulis enam artikel baharu. Inisiatif ini juga menggalakkan penglibatan ahli kelab dalam penulisan artikel menggunakan bahasa Kadazandusun di portal Wikipedia Bahasa Kadazandusun. Selain itu, ia memperbanyak bilangan artikel dalam bahasa Kadazandusun mengenai Sabah untuk menjadi rujukan bagi masyarakat, serta mendorong pembudayaan perkongsian maklumat secara berterusan melalui penggunaan bahasa Kadazandusun.