Jump to content

Event:Bengkel Wikikamus Etnik Kadazandusun 2025

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Participation options
Institut Pendidikan Guru (I...
Malaysia
Start and end time11:07, 10 February 2025 – 11:07, 17 February 2025
Timezone: Asia/Kuching
Number of participants42 participants
Bengkel Wikikamus Etnik Kadazandusun 2025

Pengenalan

[edit]

Bengkel Wikikamus Etnik Kadazandusun bertujuan untuk memperbaiki dan menambahkan kosakata yang sesuai dengan standard bahasa. Bengkel ini juga memberi pendedahan bagaimana untuk memberikan pemahaman penggunaan Wikikamus untuk memudahkan para peserta memasukkan koskata baharu pada masa akan datang.


Matlamat

[edit]

Matlamat bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota baru Kelab Wiki Kent mengenai usaha projek Wikikamus dalam memperbanyakkan kosakata dalam bahasa ibunda Kadazandusun. Selain itu bengkel ini juga dilaksanakan untuk menjadikan memperkenalkan projek Lingua Libre iaitu memasukkan audio perkataan bahasa ibunda bagi meningkatkan lagi kualiti laman dalam Wikikamus.

Objektif

[edit]
  • Dapat memberikan pendedahan mengenai Wikikamus kepada ahli baharu Kelab Wiki.
  • Dapat berbagi kemahiran tentang cara penggunaan platform teknologi iaitu Wikikamus dalam menghasilkan penulisan yang bermakna.
  • Dapat mengasah kemahiran dalam menggunakan Wikikamus untuk menghasilkan penulisan yang bermakna.
  • Dapat meluaskan perbendaharaan kata bahasa Kadazandusun di dalam Wikikamus.

Butiran

[edit]
Nama Bengkel Wikikamus Etnik Kadazandusun 2025
Tarikh 14 Februari 2025
Tempat Perpustakaan DMTK, IPGM Kampus Kent
Dashboard papan pemuka

Kegiatan

[edit]
Masa Aktiviti
8.30 am Ketibaan dan pendaftaran peserta.
9.00 am Pengenalan Bengkel Wikikamus
9.20 am Bengkel Asas Wikikamus
11.00 am Pengenalan Bengkel Wikibudaya Momogun
11.30 am Rehat/ Makan tengahari
12.30 pm Bengkel Lingua Libre
2.00 pm Rehat Minum petang
3.00 pm Persiapan Majlis Penutupan
3.15 pm Ketibaan tetamu jemputan
3.30 pm Majlis Penutupan
4.30 pm Bersurai

Pertandingan dan pemenang bengkel

[edit]

Bengkel ini menyediakan hadiah kepada pemenang suntingan terbanyak dan penerbitan perkataan terbanyak berupa hamper bernilai RM50 sebanyak 3 orang pemenang pada hari bengkel dilaksanakan iaitu 14 Februari sehingga jam 2.30 pm. Walau bagaimanapun, pemenang pada hari berkenaan tidak semestinya akan dipilih dalam menyertai Wikibudaya Momogun.

Di samping itu, peserta yang memberikan paling banyak sumbangan suntingan atau penerbitan perkataan baru bermula pada 14 Februari sehingga 21 Februari akan dipilih menyertai program Wikibudaya Momogun yang akan dilaksanakan pada bulan Mac. Sebanyak 9 peserta Dari PPISMP BKD 2024-2029 dan 5 orang peserta akan dipilih PISMP BKD 2021-2026.

Para pemenang akan menjalankan program bersama dengan anggota Unit Wikikamus seramai 5 orang dan semua pensyarah Jabatan Bahasa Kadazandusun seramai 5 orang penyarah.

Syarat Pertandingan Bengkel Wikikamus Etnik Kadazandusun

  1. Hadiah berupa hamper bagi tiga orang pemenang.
  2. Terdapat 3 kategori pemenang iaitu Edit atau sumbangan terbanyak dari kelas PISMP 2021-2026, Edit atau sumbangan terbanyak dari kelas PPISMP 2024-2029 dan jumlah halaman baru terbanyak yang dihasilkan keseluruhan.
  3. Sumbangan yang dikira adalah sehingga jam 2.30 PM pada 14/2/2025 sahaja.

Peserta Wikibudaya Momogun

Kumpulan Peserta
Pensyarah Semua 5 pensyarah Jabatan Bahasa Kadazandusun
PPISMP 2024-2029 9 peserta dengan sumbangan atau suntingan terbanyak.
PISMP 2021-2026 5 peserta dengan sumbangan atau suntingan terbanyak dan 5 orang anggota unit Wikikamus.

Syarat Pertandingan Wikibudaya Momogun

  1. Suntingan atau sumbangan hanya dikira dalam projek Wikikamus sahaja.
  2. Kiraan suntingan dikira bermula pada 14/2/2025 hingga 21/2/2025. Suntingan pada tarikh lain tidak akan dikira.
  3. Pemenang suntingan dan edit terbanyak pada 14/2/2025 tidak semestinya dipilih mengikuti program Wikibuda Momogun.

Participants

[edit]

Peserta yang terlibat dalam program ini boleh dirujuk di senarai editor ini. Lihat