Event:WikiTour 2.0 Perak 2025: SMK Sri Tapah
Pengenalan
[edit]WikiTour 2.0 merupakan satu program bengkel yang dianjurkan untuk memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan platform Wikipedia sebagai sumber ilmu terbuka dan medium penyebaran maklumat secara digital. Program ini bertujuan melatih peserta, khususnya warga pendidik dan pelajar, untuk menguasai kemahiran menyunting dan menambah artikel berkaitan budaya, sejarah, dan topik tempatan di Wikipedia. Melalui WikiTour 2.0, peserta diberi peluang untuk meneroka, memahami, dan menyumbang ilmu secara berstruktur, sekaligus membantu memartabatkan warisan tempatan di platform global.
Matlamat
[edit]- Meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tempatan tentang pentingnya memelihara bahasa ibunda, khususnya bahasa minoriti seperti Semai dan Iban, yang menjadi fokus utama WikiTour 2.0.
- Menyokong visi Wikimedia Foundation untuk menjadikan ilmu bebas dan terbuka boleh diakses dalam semua bahasa, termasuk bahasa asli dan bahasa yang kurang diwakili.
Objektif
[edit]- Meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan mendokumentasikan bahasa ibunda, khususnya bahasa minoriti seperti Iban dan Semai melalui Wikipedia.
- Menterjemah kandungan dalam bahasa Iban, Semai, dan Kadazandusun ke dalam Wikipedia.
Butiran
[edit]| Nama | WikiTour 2.0 |
| Tarikh | 13 Ogos 2025 (Rabu) |
| Lokasi | SMK Sri Tapah, Tapah, Perak |
| Dashboard | buka |
Fasilitator
[edit]
|
|
|
Peserta
[edit]|
|
|
|
|
Kegiatan
[edit]Kegiatan yang dijalankan sepanjang program ini adalah seperti berikut:
| Fokus kegiatan | Justifikasi |
|---|---|
| Wikipedia |
Tutorial mengedit dan menterjemah artikel di incubator berkenaan kebudayaan tempatan etnik Semai dalam bahasa Semai. |
Hasil
[edit]- Jumlah laman dicipta: 55
- Jumlah laman ditambah baik: 1
- Jumlah suntingan dilakukan: 71
- Saiz perubahan keseluruhan: 7700 bait
- Jumlah editor: 24 (22 pelajar, 2 guru)
diperolehi dari Outreachdashboard dan event metric
Kumpulan Halaman Baharu dalam Wikimedia Incubator Bahasa Semai
[edit]|
|
|
|