Event:WikiTour 2.0 Perak 2025: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pengenalan
[edit]WikiTour 2.0 merupakan satu program bengkel yang dianjurkan untuk memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan platform Wikipedia sebagai sumber ilmu terbuka dan medium penyebaran maklumat secara digital. Program ini bertujuan melatih peserta, khususnya warga pendidik dan pelajar, untuk menguasai kemahiran menyunting dan menambah artikel berkaitan budaya, sejarah, dan topik tempatan di Wikipedia. Melalui WikiTour 2.0, peserta diberi peluang untuk meneroka, memahami, dan menyumbang ilmu secara berstruktur, sekaligus membantu memartabatkan warisan tempatan di platform global. Program ini juga memperkukuhkan jaringan kerjasama antara komuniti Wikimedia dan institusi pendidikan seperti IPGM Kampus Rajang dan WCUGM.
Matlamat
[edit]1.Daripada Perspektif Komuniti
- Meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tempatan tentang pentingnya memelihara bahasa ibunda, khususnya bahasa minoriti seperti Semai dan Iban, yang menjadi fokus utama WikiTour 2.0.
- Menyokong visi Wikimedia Foundation untuk menjadikan ilmu bebas dan terbuka boleh diakses dalam semua bahasa, termasuk bahasa asli dan bahasa yang kurang diwakili.
2. Daripada Perspektif Organisasi (Kelab Wikimedia Kent)
- Mengasah kemahiran asas dan programatik dalam kalangan ahli kelab, termasuk dari segi logistik penganjuran, penyelesaian masalah, dan kerja berpasukan.
- Melatih ahli agar mampu merancang dan melaksanakan inisiatif berasaskan Wikimedia dengan lebih sistematik dan mampan pada masa akan datang.
3. Daripada Perspektif Individu
- Memberi pendedahan kepada struktur morfologi dan sintaksis bahasa Iban dan Semai melalui aktiviti penterjemahan dan penyuntingan.
- Menyediakan ruang untuk memperkukuh kesedaran silang budaya dan kefahaman terhadap bahasa-bahasa asli di Malaysia.
- Meningkatkan kemahiran digital dan linguistik yang penting untuk mendokumentasi serta memelihara bahasa minoriti di platform terbuka seperti Wikipedia dan Wikimedia Incubator.
Objektif
[edit]- Meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan mendokumentasikan bahasa ibunda, khususnya bahasa minoriti seperti Iban dan Semai melalui Wikipedia.
- Menterjemah kandungan dalam bahasa Iban, Semai, dan Kadazandusun ke dalam Wikipedia.
- Memberikan pengalaman kepimpinan dan pengurusan program kepada ahli Kelab Wikimedia Kent (KWK) dalam konteks sebenar.
Butiran
[edit]| Nama | WikiTour 2.0 |
| Tarikh | 30 Jun 2025 (Isnin) |
| Lokasi | IPGMK Rajang, |
| Dashboard |
Fasilitator
[edit]Peserta
[edit]Kegiatan
[edit]Kegiatan yang dijalankan sepanjang program ini adalah seperti berikut:
| Fokus kegiatan | Justifikasi |
|---|---|
| Wikipedia |
Tutorial mengedit dan menterjemah artikel Wikipedia berkenaan kebudayaan Sarawak ke bahasa Iban. |
| Wikimedia Commons | Ahli kelab memuat naik gambar berkaitan budaya Sarawak melalui kegiatan WikiMamanau
Pautan: https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kelab_Wiki_Kent_WikiTour_2025 |