Acara:Sambutan Maya Wikipedia 25
Appearance
Outdated translations are marked like this.

Happy birthday, Wikipedia!
Wikipedia's global virtual birthday party is available to watch back on YouTube and Wikimedia Commons.
Atur cara sambutan termasuklah

- Kira detik pembukaan: Acara praparti 15 minit yang bermula pada 15:45 UTC, dengan trivia Wikipedia dan ucapan-ucapan hari lahir dari seluruh dunia. Datang lebih awal dan bersedialah!
- Sebuah pengembaraan yang menelusuri 25 tahun kerjasama terbaik: Saksikan bagaimana Wikipedia dalam lebih daripada 300 bahasa berkembang sejak Wikipedia lahir suku abad yang lalu dengan frasa ringkas "Helo, Dunia!"
- Oda untuk laman perbincangan: Menghargai perbahasan, penyimpangan, dan pembinaan sepersetujuan yang menjadikan Wikipedia itu Wikipedia.
- Persembahan muzik: Karya-karya yang dihasilkan dengan kandungan Wikipedia dan Wikimedia, digubah untuk para penyunting yang menggerakkan projek-projek itu.
- Permainan Wikipedia: Peluang untuk menguji pengetahuan anda dan memenangi ganjaran edisi khas Wikipedia 25 yang baru dilancarkan.
- Tumpuan buat para Wikipediawan di seluruh dunia: Kisah-kisah dari pelbagai wilayah dan generasi.
- Penampilan tetamu istimewa: Kerana setiap hari lahir yang hebat memerlukan beberapa kemunculan yang tidak dijangka. Dan ya, kegemaran lama anda akan berada di sana juga.
Hantarkan gambar kek dan busana anda serta kirimkan trivia

- Gambar wikikek dan wikifesyen. Terima kasih di atas kiriman gambar wikikek dan wikifesyen anda sehingga 11 Januari. Kami akan kongsikannya di parti nanti.
- Kirimkan trivia anda untuk memperdayakan Jimmy! Terima kasih kepada anda yang mengirimkan trivia anda sebelum 4 Januari! Kami sedang berusaha untuk memasukkan sebanyak mungkin trivia ke dalam acara ini!
Pentafsiran secara langsung
Parti itu akan ditafsirkan secara langsung ke dalam bahasa-bahasa Arab, Cina, Perancis, Portugis dan Sepanyol.
Cara untuk menyertai
Parti itu akan disiarkan di tapak sesawang Yayasan Wikimedia dalam enam bahasa – Arab, Cina, Perancis, Portugis dan Sepanyol. Kami menggalakkan anda untuk menyertai parti di sana!
Anda juga mempunyai pilihan untuk menontonnya di saluran YouTube Wikipedia, tetapi saluran itu hanya akan tersedia di dalam bahasa Inggeris.
Kedua-dua saluran itu akan mempunyai ruangan sembang dan ada banyak peluang untuk menyertainya secara langsung. Bersedialah untuk memenangi hadiah!
