Event:Wikitour 2.0 Sarawak 2025 : IPGM Kampus Rajang
WikiTour 2.0 Sarawak ialah bengkel Wikimedia untuk menyunting Wikipedia Bahasa Iban dengan pelajar Jabatan Pengajian Bahasa Iban, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang pada 30 Jun 2025 di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang, Sarawak. Bengkel ini sebahagian daripada siri WikiTour 2.0 yang dianjurkan oleh Kelab Wiki Kent dengan kerjasama Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia dan sokongan dana pantas Yayasan Wikimedia.
Pengenalan
[edit]WikiTour 2.0 merupakan satu program bengkel yang dianjurkan untuk memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan platform Wikipedia sebagai sumber ilmu terbuka dan medium penyebaran maklumat secara digital. Program ini bertujuan melatih peserta, khususnya warga pendidik dan pelajar, untuk menguasai kemahiran menyunting dan menambah artikel berkaitan budaya, sejarah, dan topik tempatan di Wikipedia. Melalui WikiTour 2.0, peserta diberi peluang untuk meneroka, memahami, dan menyumbang ilmu secara berstruktur, sekaligus membantu memartabatkan warisan tempatan di platform global. Program ini juga memperkukuhkan jaringan kerjasama antara komuniti Wikimedia dan institusi pendidikan seperti IPGM Kampus Rajang dan WCUGM.
Matlamat
[edit]- Meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tempatan tentang pentingnya memelihara bahasa ibunda, khususnya bahasa minoriti seperti Semai dan Iban, yang menjadi fokus utama WikiTour 2.0.
- Menyokong visi Wikimedia Foundation untuk menjadikan ilmu bebas dan terbuka boleh diakses dalam semua bahasa, termasuk bahasa asli dan bahasa yang kurang diwakili.
Objektif
[edit]- Meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan mendokumentasikan bahasa ibunda, khususnya bahasa minoriti seperti Iban dan Semai melalui Wikipedia.
- Menterjemah kandungan dalam bahasa Iban, Semai, dan Kadazandusun ke dalam Wikipedia.
- Memberikan pengalaman kepimpinan dan pengurusan program kepada ahli Kelab Wikimedia Kent (KWK) dalam konteks sebenar.
Butiran
[edit]| Nama | WikiTour 2.0 |
| Tarikh | 30 Jun 2025 (Isnin) |
| Lokasi | IPGMK Rajang |
Fasilitator
[edit]|
|
|
|
|
Peserta
[edit]Username Peserta
[edit]|
|
|
|
Kegiatan
[edit]Kegiatan yang dijalankan sepanjang program ini adalah seperti berikut:
| Fokus kegiatan | Justifikasi |
|---|---|
| Wikipedia |
Tutorial mengedit dan menterjemah artikel Wikipedia berkenaan kebudayaan Sarawak ke bahasa Iban. |
| Wikimedia Commons | Ahli kelab memuat naik gambar sepanjang bengkel berlangsung di samping mengambil gambar kawasan IPGMK Rajang sebagai salah satu lokasi WikiMamanau.
Pautan: https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kelab_Wiki_Kent_WikiTour_2025 |
Hasil
[edit]- Jumlah laman dicipta: 60
- Jumlah laman ditambah baik: 5
- Jumlah suntingan dilakukan: 84
- Saiz perubahan keseluruhan: 325.5k bait
- Jumlah editor: 19 orang (15 siswa, 4 pensyarah)
diperolehi dari Event Metric