Event:Wikitour 2.0 Tahun 2025
Pengenalan
[edit]WikiTour 2.0 merupakan satu program bengkel yang dianjurkan untuk memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan platform Wikipedia sebagai sumber ilmu terbuka dan medium penyebaran maklumat secara digital. Program ini bertujuan melatih peserta, khususnya warga pendidik dan pelajar, untuk menguasai kemahiran menyunting dan menambah artikel berkaitan budaya, sejarah, dan topik tempatan di Wikipedia. Melalui WikiTour 2.0, peserta diberi peluang untuk meneroka, memahami, dan menyumbang ilmu secara berstruktur, sekaligus membantu memartabatkan warisan tempatan di platform global. Program ini juga memperkukuhkan jaringan kerjasama antara komuniti Wikimedia dan institusi pendidikan seperti IPGM Kampus Rajang dan WCUGM.
Matlamat
[edit]- Meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tempatan tentang pentingnya memelihara bahasa ibunda, khususnya bahasa minoriti seperti Semai dan Iban, yang menjadi fokus utama WikiTour 2.0.
- Menyokong visi Wikimedia Foundation untuk menjadikan ilmu bebas dan terbuka boleh diakses dalam semua bahasa, termasuk bahasa asli dan bahasa yang kurang diwakili.
- Menyediakan ruang untuk memperkukuh kesedaran silang budaya dan kefahaman terhadap bahasa-bahasa asli di Malaysia.
- Meningkatkan kemahiran digital dan linguistik yang penting untuk mendokumentasi serta memelihara bahasa minoriti di platform terbuka seperti Wikipedia dan Wikimedia Incubator.
Objektif
[edit]- Meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan mendokumentasikan bahasa ibunda, khususnya bahasa minoriti seperti Iban dan Semai melalui Wikipedia.
- Menterjemah kandungan dalam bahasa Iban, Semai, dan Kadazandusun ke dalam Wikipedia.
- Memberikan pengalaman kepimpinan dan pengurusan program kepada ahli Kelab Wikimedia Kent (KWK) dalam konteks sebenar.
Hasil yang disasarkan
[edit]- 100 orang peserta
Terdiri daripada pelajar, warga pendidik, komuniti bahasa minoriti, dan sukarelawan yang menghadiri bengkel WikiTour 2.0 & WikiMamanau secara fizikal atau dalam talian.
- 10 orang penganjur
Merangkumi koordinator, jurulatih Wikimedia, fasilitator bengkel, dokumentasi, dan PIC logistik daripada Kelab Wikimedia Kent, WCUGM, serta rakan kerjasama institusi.
- Sasaran kandungan baharu/ditambah baik:
- Wikipedia: 100 halaman baharu atau ditambah baik (dalam Bahasa Melayu, Iban, Semai, Kadazandusun)
- Wikimedia Incubator: 50 halaman (fokus pada bahasa Iban, Semai, Kadazandusun)
- Wikimedia Commons: 400 fail dimuat naik (foto warisan budaya, acara, dan dokumentasi aktiviti wikiwalk)
Pelaksana
[edit]
|
|
|
|