Fundraising 2009/appeal/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search

Need help? See the Translation FAQ or Meta:Babylon. All translators should also subscribe to translators-l to be kept up-to-date (and to ask questions).
General Fundraising Translation Guidelines: Fundraising 2009/Translations.

Rayuan daripada Pengasas Wikipedia, Jimmy Wales[edit]

Hari ini, saya meminta anda untuk memberikan derma bagi menyokong usaha Wikipedia.

Saya memulakan Wikipedia pada 2001 dan selama lapan tahun ini, saya berasa kagum dan rendah diri untuk melihat ratusan ribu sukarelawan yang menyertai usaha saya untuk membina ensiklopedia terbesar dalam sejarah manusia.

Wikipedia bukanlah laman web komersial. Wikipedia merupakan ciptaan masyarakat, ditulis dan dibiayai sepenuhnya oleh orang seperti anda. Lebih daripada 340 juta orang menggunakan Wikipedia setiap bulan - iaitu hampir satu pertiga daripada pengguna Internet. Anda merupakan sebahagian daripada masyarakat kami.

Saya percaya pada diri kita. Saya percaya bahawa Wikipedia akan semakin baik. Inilah ideanya. Seseorang menulis sesuatu, orang lain pula yang mengubahkannya secara sedikit, dan menjadikannya lebih baik, melalui masa. Jika anda mendapatinya berguna pada hari ini, bayangkan usaha yang dapat kita capai dalam masa 5, 10 atau 20 tahun yang akan mendatang.

Wikipedia melambangkan kuasa orang seperti kita untuk melakukan perkara yang luar biasa. Kami menulis dalam Wikipedia, satu perkataan pada satu masa. Orang seperti kita yang membiayainya. Ini merupakan satu bukti potensi kami untuk mengubah dunia.

Kita perlu melindungi ruang yang merupakan asas usaha penting ini berlaku. Kita perlu melindungi Wikipedia. Kita mahu mengekalkannya secara percuma dan bebas daripada sebarang pengiklanan. Kita mahu mengekalkannya secara terbuka – anda boleh menggunakan maklumat di Wikipedia dalam sebarang bentuk yang anda ingini. Kita mahu mengekalkannya untuk terus berkembang – menyebar pengetahuan kesemua tempat, dan melalui penyertaan semua.

Wikimedia Foundation merupakan organisasi bukan bermotif keuntungan yang saya cipta pada 2003 bagi beroperasi, tumbuh, pupuk, dan melindungi Wikipedia. Dengan adanya sepuluh juta dolar Amerika setahun dan dengan staff sokongan kurang daripada 35 orang, kami mengendalikan laman web kelima yang paling banyak dibaca di seluruh dunia. Saya meminta bantuan anda agar kami boleh meneruskan usaha kami.

Bayangkan sebuah dunia tanpa batasan pengetahuan dan setiap manusia dapat memperolehnya. Itulah matlamat kami dan dengan bantuan anda, kita akan mencapainya.

Terima kasih kerana menggunakan Wikipedia. Anda merupakan sebahagian daripada kisah ini: sila berikan sumbangan anda pada hari ini.

Jimmy Wales

Pengasas, Wikipedia