Fundraising 2010/Kartika Appeal/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki

Kartika[edit]

  • Sila baca:
  • Rayuan
  • daripda Kartika, penulis Wikipedia
  • Mesej daripada Kartika, penulis Wikipedia

13.3 juta dan sifar.

Berapakah orang yang megunjungi Wikipedia setiap hari untuk pengetahuan? Lebih daripada 13 juta. Akan tetapi, berapakah bayaran yang dikenakan untuk penggunaan laman web ke-5 yang paling dikunjungi di dunia? Tiada bayaran.

Itulah tentang Wikipedia.

Tiada cara yang lebih berkesan untuk berkongsi pengetahuan dengan masyarakat sedunia tanpa halangan. Bukan sahaja untuk berkongsi fakta atau data, tetapi juga berkerjasama untuk menulis artikel yang berkualiti dan tepat.

Wikipedia sememangnya unik kerana pengetahuan yang dikongsi bersama disunting oleh para sukarelawan, bermula daripada satu entri. Wikipedia bebas daripada pengiklanan dan mereka yang menggunakannya wajar memastikan kelangsungannya untuk agar ensiklopedia ini sentiasa bebas dan berkecuali dengan sumbangan anda.

Itulah tentang kempen pungutan derma tahunan Wikipedia. Ini merupakan peluang anda sebagai pengguna Wikipedia untuk meneruskan usaha Wikipedia dan membantunya terus maju dan wujud.

Saya telah memberi derma dalam kempen pungutan tahun ini dan berharap anda akan memberikan sumbangan anda. Sila derma $20, €30, ¥4,000, atau dalam bentuk yang lain untuk memastikan Wikipedia sentiasa bebas dan berkecuali.

Saya mula menulis artikel dalam Wikipedia kerana sedar bahawa kebanyakan fakta dan pengetahuan yang sedang dicari oleh masyarakat tidak diterejmah dalam bahasa Indonesia. Saya tidak melakukannya untuk penghargaan atau kenamaaan. Saya melakukannya kerana ingin berkongsi dengan masyarakat.

Masyarakat sedunia melakukan perkara yang sama setiap hari dan itulah sebabnya Wikipedia amat berharga.

Sila berikan sumbangan anda hari ini juga agar Wikipedia terus maju.

Terima kasih,

Kartika, Jakarta, Indonesia