Fundraising 2011/Brandon Letter/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
Translation instructions
  • For pages marked "Missing" or "In progress", click the page title and start translating. When you are done, click "edit status" and change the status to proofreading.
  • For pages marked "Needs updating", compare the page to the source page and update the translation accordingly. When you are done, click "edit status" and change the status to proofreading.
  • It is important to have someone else proofread the translated page! If you have proofread a page and it is ready for publication, click "edit status" and change that page's status to ready.
  • If you are changing something that has already been published, change its status back to ready for it to be published again.

If you have any questions or feedback regarding the translation process, please post them here. Translation FAQ

Saya yakin ini ialah impian yang saya usahakan seumur hidup saya.

Tiada apa-apa pun dalam kehidupan saya lebih penting daripada penglibatan saya dalam Wikipedia. Kami bukan sahaja sedang membangunkan sebuah ensiklopedia, tetapi turut berusaha untuk memastikannya bebas, berkecuali dan percuma untuk semua.

Seandainya semua orang mampu memiliki pengetahuan tanpa batasan, sudah pasti masyarakat akan menjadi lebih baik. Kami memahami bahawa dunia ini sebenarnya lebih besar daripada yang disangkakan. Oleh itu semangat toleransi dan persefahaman haruslah disemaikan.

Wikipedia merupakan laman web ke-5 yang paling dikunjungi di dunia. Saya bekerja dengan organisasi kecil ini, yang tidak bermotif keuntungan untuk memastikan kelangsungan Wikipedia selamanya. Kami tidak bergantung kepada pengiklanan sebagai sumber kewangan kerana pengiklanan akan mengadaikan kebebasan Wikipedia. Laman ini tidak akan dan tidak harus digunakan sebagai alat propaganda.

Usaha kami merupakan realiti atas sumbangan daripada pembaca kami seperti anda. Adakah anda sudi melindungi dan memastikan kelangsungan Wikipedia selamanya dengan memberi derma $5, €10, ¥1000 atau apa-apa sahaja mengikut kemampuan anda?

Saya bekerja dengan Yayasan Wikimedia kerana tahu bahawa ini merupakan perkara yang harus saya lakukan.

Anda mungkin tidak tahu bahawa Yayasan Wikimedia hanya beroperasi dengan staf sokongan yang kecil. Laman-laman web yang lain mempunyai ribuan pekerja dan bajet yang besar. Namun begitu, usaha mereka membuahkan hasil yang lebih kecil berbanding kami.

Apabila anda menyumbang kepada Wikipedia, anda turut menyokong pengetahuan bebas dan percuma di seluruh dunia. Anda bukan sahaja mewujudkan warisan untuk anak anda tetapi juga untuk generasi yang akan datang. Sumbangan anda membolehkan masyarakat sedunia memperoleh pengetahuan tanpa batasan dengan percuma dan pada satu hari nanti semua orang mampu menikmatinya juga.

Terima kasih, Tetanda,

Bpk. Brandon Harris
Pengatur cara, Yayasan Wikimedia Pusat, Amerika Syarikat