Pungutan Derma 2012/Terjemahan/Ucapan terima kasih

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Fundraising 2012/Translation/Thank you letter and the translation is 84% complete.
Outdated translations are marked like this.

Salam sejahtera [given name],

Terima kasih kerana sudi menderma kepada Yayasan Wikimedia.

Memang senang untuk tidak mengendahkan sepanduk mengumpul derma kami, dan saya benar-benar gembira kerana anda tidak endahkannya. Inilah caranya Wikipedia membayar bil-bilnya --- orang-orang seperti anda memberikan kami wang supaya kami boleh memastikan lama ini terus boleh dicapai secara percuma untuk semua orang di serata dunia.

Ada yang beritahu saya yang mereka menderma kepada Wikipedia kerana mereka rasa ia berguna, dan mereka percayakannya sebab walaupun ia tidak sempurna, mereka tahu ia ditulis untuk mereka. Wikipedia bukan ditulis untuk memajukan agenda hubungan awamnya, ataupun untuk memajukan ideologi tertentu, ataupun untuk mendesak anda untuk mempercayai yang sesuatu itu tidak benar. Kami bertujuan untuk memberitahu anda kebenaran, dan kami boleh melakukannya kerana anda. Anda yang membiayai laman ini dan menjadikan kami terus bebas dan boleh memberikan apa yang anda perlukan dan mahukan daripada Wikipedia. Seperti mana yang sepatutnya.

Anda patut tahu: dermaan anda bukan sahaja merangkumi kos-kos anda. Penderma-penderma biasa biasanya membayar untuk dia menggunakan Wikipedia, dan juga untuk kos-kos beratus-ratus orang yang lain. Dermaan anda membolehkan Wikipedia ada untuk seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi di Bangalore yang cuba belajar pemprograman komputer. Seorang pembuat rumah pertengahan umur di Vienna yang baru sahaja didiagnos dengan penyakit Parkinson. Seorang penulis novel yang mengkaji Britain zaman 1850-an. Seorang kanak-kanak 10 tahun di San Salvador yang baru sahaja tahu tentang Carl Sagan.

Bagi pihak mereka ini, dan juga separuh bilion pembaca Wikipedia dan projek-projek saudaranya yang lain, saya berterima kasih kepada anda kerana menyertai kami dalam usaha untuk membolehkan kesemua pengetahuan manusia boleh didapati oleh semua orang. Sumbangan anda menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Terima kasih.

Kebanyakan orang tidak tahu yang Wikipedia dijalankan oleh pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan. Jika boleh, kongsilah e-mel ini dengan beberapa orang rakan-rakan anda untuk menggalakkan mereka untuk menderma juga. Dan, jika anda berminat, anda patut cuba menambahkan maklumat-maklumat baru ke Wikipedia. Jika anda terlihat kesilapan-kesilapan ejaan atau sebarang kesilapan kecil, silalah baikinya, dan jika anda mendapati ada apa-apa yang tidak cukup, silalah tambahkannya.Jangan risau andainya anda melakukan kesilapan: biasalah perkara sebegitu jika sesiapa baru mula menyunting dan jika ada kesilapan, ahli Wikipedia yang lain akan berbesar hati untuk membaikinya untuk anda.

Saya hargai kepercayaan anda pada kami, dan saya berjanji yang kami akan menggunakan wang anda degnan baik.

Terima kasih,
Sue

Sue Gardner
Pengarah Eksekutif,
Yayasan Wikimedia [1]

Anda boleh mengikuti kami di [#twitter Twitter], [#identica identi.ca] atau [#google Google+], like kami di [#facebook Facebook] dan [#blog baca blog kami]. Di sini adalah [#annual laporan tahunan Yayasan Wikimedia untuk tahun 2010-2011], [#plan rancangan tahunan Yayasan Wikimedia untuk tahun 2012-2013] dan juga [#strategic rancangan strategik lima tahun Yayasan Wikimedia]. Anda juga boleh membeli cenderamata-cenderamata Wikipedia di [#shop shop.wikimedia.org].

Untuk makluman anda: Derma anda pada [date] ialah [amount].

[ifRecurring]

This donation is part of a recurring subscription. Monthly payments will be debited by the Wikimedia Foundation until you notify us to stop. If you’d like to cancel the payments please see our [#recurringCancel easy cancellation instructions].

[endifRecurring]

Pilihan tidak sertai (opt out): Kami inginkan anda sebagai penderma untuk terus dimaklumkan tentang aktiviti-aktiviti komuniti dan pengumpulan derma kami. Tetapi, jika anda tidak mahu menerima e-mel sebegitu daripada kami, sila klik di bawah dan kami akan keluarkan anda daripada senarai:

[#unsubscribe Hentikan langganan]

Surat ini boleh menjadi rekod pendermaan anda. Tiada barangan atau perkhidmatan yang disediakan, secara penuh atau separa, untuk sumbangan ini. Yayasan Wikimedia, Inc. ialah satu perbadanan amal tanpa keuntungan dengan status pengecualian cukai 501(c)(3) di Amerika Syarikat. Alamat kami adalah di 149 New Montgomery, 3rd Floor, San Francisco, CA, 94105. U.S. nombor pengecualian cukai: 20-0049703


Please help us to [#translate translate] this email.