Jump to content

Kelab Wiki Kent

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Kelab Wiki Kent and the translation is 18% complete.
Outdated translations are marked like this.
Kelab Wiki Kent
Kelab Wiki Kent
Logo Kelab Wiki Kent

Pusat klub
LokasiTuaran
Tanggal diakui18 Agustus 2023
Bahasa resmiCentral Dusun, Melayu
Bahasa lainInggris
KetuaBlusjai
LaporanLaporan
Instagramkelabwikikent
MotoBoros nopo nga guas toilaan (Bahasa adalah akar pengetahuan)

Kelab Wiki Kent ialah persatuan pelajar Wikimedia di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent (IPGK Kent) yang disokong oleh Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia (WCUGM).

Objektif

  • Memartabatkan bahasa Kadazandusun.
  • Memperkenalkan budaya-budaya masyarakat Kadazandusun di peringkat global.
  • Mendigitalkan pengetahuan budaya dan bahasa Kadazandusun.

Sejarah ringkas Kerjasama IPGM Kampus Kent dan Wikimedia Malaysia

  • Kerjasama IPGM Kampus Kent bersama Wikimedia Malaysia bermula pada Julai 2021 dengan pelantikan Puan Linah Bagu, Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun, sebagai juri WikiKata.
  • Pada November 2022, IPGM Kampus Kent menjadi tuan rumah kepada Bengkel Wikikamus Bahasa Kadazandusun, acara Wikimedia pertama yang diadakan di kampus ini.
  • Momentum diteruskan pada Januari 2023 apabila pelajar-pelajar menyertai #100HariWiki, dan seorang pelajar dinobatkan sebagai juara kebangsaan.
  • Bulan Mac 2023 menyaksikan penyertaan pelajar dalam WikiGap 2023, anjuran Kedutaan Besar Sweden di Kuala Lumpur.
  • Pada Mei 2023, seorang pelajar telah dilantik sebagai pelatih dalam Bengkel Wikimania NYAA di Singapura, manakala Puan Linah Bagu dicalonkan menghadiri Forum Internet Stockholm oleh Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia (WCUGM). Dalam bulan yang sama, Projek WikiBudaya Kaamatan dijalankan di kampus.
  • Pada Ogos 2023, delegasi IPGM Kampus Kent menyertai Wikimania Singapura dan menyaksikan perasmian rasmi Kelab Wiki Kent. Delegasi juga menghadiri majlis pembukaan Konsulat Kehormat Sweden di Kota Kinabalu.
  • Akhirnya, pada September 2023, Jawatankuasa Kelab Wiki Kent sesi 2023/2024 telah dilantik, menandakan permulaan fasa baharu dalam pembangunan keterlibatan digital berasaskan komuniti.

Dalam berita

Pautan luar