Misi

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Mission and the translation is 100% complete.

Kenyataan misi Yayasan Wikimedia menghuraikan kegiatan dan tujuan semasa kami, ruang lingkup projek kami dan nilai teras kami. Ia berdiri berbeza dengan kenyataan wawasan. Kenyataan misi kami, penjelasan versi pendek Perkara Penubuhan dan diluluskan oleh ketetapan lembaga pada April 2007, ialah:

Misi Yayasan Wikimedia Foundation ialah untuk memperkasakan dan menarik orang di seluruh dunia untuk mengumpulkan dan mengembangkan kandungan pendidikan di bawah lesen bebas atau dalam domain awam, dan menyebarkannya dengan berkesan dan di seluruh dunia.

Dengan kerjasama rangkaian sukarelawan individu dan pertubuhan gerakan bebas kami, termasuk p Cabang, Pertubuhan Tema, Kumpulan Pengguna yang diiktiraf, dan Rakan Kongsi, Yayasan menyediakan prasana yang penting dan rangka pertubuhan untuk sokongan dan pembangunan projek wiki pelbagai bahasa dan usaha lain yang berbakti kepada misi ini. Yayasan akan membuat dan menyimpan maklumat berguna daripada projeknya tersedia di Internet percuma, untuk selama-lamanya.

Usul mengubah ungkapan kenyataan patut dibuat di Misi/Tidak stabil dan usul akan dikaji semula sekurang-kurangnya setiap tahun (tahunan).

Lihat juga undang-undang kecil, wawasan dan nilai kami.