Dasar privasi/apa yang tidak diliputi oleh dasar ini

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Privacy policy/what policy doesn't cover and the translation is 48% complete.

Outdated translations are marked like this.
Other languages:
Bahasa Melayu • ‎Canadian English • ‎Deutsch • ‎Deutsch (Sie-Form)‎ • ‎English • ‎Nederlands • ‎Tiếng Việt • ‎Türkçe • ‎eesti • ‎emiliàn e rumagnòl • ‎español • ‎euskara • ‎français • ‎galego • ‎italiano • ‎magyar • ‎polski • ‎português do Brasil • ‎čeština • ‎башҡортса • ‎български • ‎русский • ‎українська • ‎العربية • ‎فارسی • ‎हिन्दी • ‎ਪੰਜਾਬੀ • ‎తెలుగు • ‎ไทย • ‎中文 • ‎日本語 • ‎粵語 • ‎한국어

Ingin membantu menterjemah? Terjemah mesej hilang.

Perkara-perkara yang tidak diliputi oleh Dasar Privasi ini

Seksyen ini adalah sebahagian daripada Dasar Privasi dan bertujuan untuk menjelaskan secara lebih terperinci mengenai situasi-situasi yang tidak diliputi oleh Dasar Privasi ini.

Tapak-Tapak Wikimedia dengan dasar alternatif

Sesetengah tapak web Yayasan Wikimedia mempunyai dasar privasi alternatif atau peruntukan-peruntukan yang berbeza dengan Dasar Privasi in. Tapak-tapak web ini termasuklah:

Kedai Wikimedia (diliputi oleh dasar kedai tersebut); dan

donate.wikimedia.org, termasuklah proses menderma, umpamanya mengklik pada sepanduk derma (diliputi oleh Dasar Privasi Penderma).

Tapak-tapak web ini, dan seumpamanya, akan menyediakan sebuah pautan kepada dasar privasinya (jika bermandiri) atau kepada penjelasan mengenai peruntukan-peruntukan yang berlainan (jika dasar tapak web itu adalah berdasarkan Dasar Privasi ini).

Ahli-ahli komuniti

Tapak-Tapak Wikimedia adalah hasil usaha sama kolaboratif yang sentiasa dipelihara dan dikemas kini oleh komuniti sukarelawan global. Hasilnya, sesetengah sukarelawan mempunyai capaian kepada maklumat bukan awam tertentu, dan penggunaan maklumat itu mungkin tidak berpandukan Dasar Privasi ini. Contohnya:

Sukarelawan pentadbiran, umpamanya Pemeriksa atau Pengelola. Mereka adalah sukarelawan yang menguatkuasakan dasar-dasar Tapak Wikimedia dan menjamin keselamatan Tapak-Tapak Wikimedia. Apabila pentadbir-pentadbir ini mencapai maklumat bukan awam, mereka dikehendaki supaya mematuhi Dasar Capaian Kepada Maklumat Bukan Awam, begitu juga dasar-dasar yang spesifik bagi alat lainnya.

Pembekal alat. Kami menyokong platform untuk pembangun pihak ketiga supaya mereka dapat menguji kaji dan membangunkan alatan dan tapak-tapak web baharu, umpamanya wmflabs.org. Apabila anda menggunakan satu daripada alatan yang dibangunkan oleh sukarelawan ini, anda boleh memindahkan maklumat kepada mereka. Apabila sukarelawan ini mencapai maklumat bukan awam, mereka dikehendaki supaya mematuhi terma-terma yang mentadbir platform tertentu yang mana alat tersebut disediakan.

  • Penguna lain. Kami menyediakan beberapa alatan yang membolehkan para pengguna berhubung sesama sendiri. Perhubungan tersebut diliputi oleh Dasar ini apabila dibuat melalui sistem-sistem kami, akan tetapi pengguna yang menerima perhubungan ini, dan apa yang dibuat dengan perhubungan tersebut sebaik sahaja ia diterima, tidak diliputi ileh Dasar ini. Contohnya:
    • kiriman kepada senarai e-mel yang dihoskan oleh Yayasan;
    • memohon sokongan daripada sukarelawan melalui sistem tiket dalam talian kami (e-mel yang dikirim kepada info[at]wikimedia.org ditujukan kepada sistem ini);
    • mengirim e-mel kepada pengguna lain melalui Tapak-Tapak Wikimedia (sebagai contoh, dengan menggunakan ciri "Kirim e-mel kepada pengguna ini"); dan
    • bersembang maya dalam IRC (umpamanya dalam saluran #wikipedia).
Pihak ketiga

Dasar Privasi ini hanya meliputi cara-cara Yayasan Wikimedia mengumpul dan mengendalikan maklumat. Pihak ketiga yang mungkin menerima maklumat apabila anda menggunakan Tapak-Tapak Wikimedia termasuklah:

Tapak web yang dijalankan oleh pertubuhan lain, seperti tapak web yang dipaut daripada bahagian Rujukan dalam Wikipedia, atau yang dijalankan oleh mana-mana cawangan Wikiepdia atau pertubuhan gerakan lain. Pertubuhan-pertubuhan ini boleh menerima maklumat daripada anda jika anda mengunjungi tapak web mereka selepas menggunakan mana-mana Tapak Wikimedia. Tapak web tersebut ditadbir oleh dasar privasinya sendiri.

  • Perisian mudah alih yang disediakan oleh pertubuhan atau individu lain. Pertubuhan atau individu ini boleh menerima maklumat daripada anda jika anda menggunakan perisiannya untuk mencapai Tapak-Tapak Wikimedia atau kandungan Tapak Wikimedia. Perisian tersebut ditabdir oleh dasar privasinya sendiri.

Alatan pengumpul data pihak ketiga yang diletakkan dalam Tapak-Tapak Wikimedia oleh sukarelawan atau pihak ketiga lain. Kadangkala, sukarelawan boleh meletakkan alat pengumpul data, umpamanya skrip, gajet, piksel penjejak, atau butang kongsi, dalam sebuah Tapak Wikimedia di luar pengetahuan kami. Dasar ini tidak meliputi bagaimana pihak ketiga mengendalikan maklumat yang mereka terima melalui alat tersebut. Sekiranya anda menjumpai alat pihak ketiga sedemikian, dan anda mempercayainya melanggar Dasar ini, anda boleh membuang alat itu sendiri, atau melaporkannya kepada privacy[at]wikimedia.org supaya kami boleh melakukan siasatan.