Talk:Fundraising 2011/Jimmy Letter 002/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki

This translation was posted on a wrong page by Pinangjawa, but since there is already a translation here, I will post it here so it can be merged with this one if there are any improvements. Jon Harald Søby (WMF) 00:55, 19 November 2011 (UTC)[reply]


Google mungkin mempunyai sejuta pelayan (server). Yahoo mempunyai sehingga 13,000 pekerja. Kami pula 679 pelayan dan 95 pekerja.

Wikipedia ialah laman #5 di sesawang dan melayan 450 juta ragam manusia setiap bulan - dengan berbilion jumlah paparan.

Perdagangan adalah baik. Pengiklanan bukanlah sesuatu yang jahat. Tetapi ianya tidak mempunyai tempat di sini. Bukan di Wikipedia.

Wikipedia adalah istimewa. Ianya seperti perpustakaan atau taman awam. Ianya seperti kuil minda. Ia juga tempat di mana kita semua boleh berfikir, belajar dan berkongsi ilmu dengan yang lain.

Ketika saya menemukan Wikipedia, saya mungkin boleh menjadikannya perusahaan berasaskan keuntungan dengan sepanduk iklan, tetapi saya memilih untuk sesuatu yang berbeza. Kami bekerja keras sepanjang tahun untuk memastikannya kekal ramping dan ketat anggaran. Kami memenuhi misi kami dan tidak akan mempersia-siakannya.

Sekiranya setiap daripada seorang yang membaca menderma $5, kami mungkin hanya memerlukan kutipan derma sekali setahun. Tetapi tidak semua dapat atau akan menderma. Tidak mengapa. Setiap tahun ada secukupnya yang akan menderma.

Tahun ini, silalah pertimbangkan untuk menderma $5, €10, ¥1000 atau apa saja yang anda mampu untuk melindungi dan mengekalkan Wikipedia.

Terima kasih,

Jimmy Wales
Pengasas Wikipedia