Tech/News/2025/31
Appearance
Ringkasan mingguan Tech News membantu anda memantau perubahan perisian terkini yang mungkin memberi kesan kepada anda dan rakan Wikimedia anda. Silalah langgan, sumbang dan beri maklum balas berkenaannya.
| sebelumnya | 2025, Minggu ke-31 (Isnin, 28 Julai 2025) | seterusnya |
Berita Teknologi: 2025-31
Berita Teknologi terkini daripada komuniti teknikal Wikimedia. Sila beritahu pengguna lain tentang perubahan ini. Bukan semua perubahan akan menjejaskan anda. Terjemahan telah pun tersedia.
Sorotan mingguan
- Dalam beberapa bulan akan datang, Pasukan Teknologi Komuniti (Community Tech) akan memberi tumpuan terhadap laman pantau dan laman Perubahan Terkini. Pasukan ini sedang mengumpulkan maklum balas. Sila baca kemas kini mutakhir, dan jika anda mempunyai sebarang idea, sila hantar hajat anda berkenaan topik ini.
Kemas kini untuk penyunting
- Komuniti Wikimedia Commons telah memutuskan untuk menyekat muat naik rentas wiki ke Wikimedia Commons bermula 16 Ogos 2024 pada kesemua pengguna yang tidak mempunyai hak sah automatik pada wiki tersebut. Hal ini disebabkan oleh masalah berleluasa berkaitan dengan fail uang dimuat naik oleh pengguna baharu. Pengguna yang terganggu dengan sekatan ini akan mendapat mesej ralat dengan pautan ke alat muat naik ajaib Commons yang lebih tidak terbatas. Sila bantu terjemah mesej tersebut atau berikan maklum balas pada teks mesej. Pada masa yang sama juga sila kemas kini laman bantuan tempatan wiki anda untuk menjelaskan pengehadan ini. [1]
- Pada semua wiki dengan akaun sementara didayakan serta Meta-Wiki, penyelia kini boleh menetapkan pengaki untuk laman Khas:Sumbangan akaun sementara, sama seperti yang boleh ditunjukkan pada laman IP dan laman akaun pengguna. Para penyelia boleh melakukannya dengan mencipta laman bernama
MediaWiki:Sp-contributions-footer-temp. [2]
Lihat kesemua 21 tugasan serahan komuniti yang telah diselesaikan pada minggu lalu.
Kemas kini untuk penyumbang teknologi
Kemas kini kod terperinci kemudian pada minggu ini: MediaWiki
Perjumpaan dan acara
- Wikimania 2025 akan berlangsung sepanjang 6–9 Ogos. Susunan rancangan acara ini sudah tersedia untuk anda merancang sesi yang anda ingin hadiri. Kebanyakan sesi akan dipaparkan secara langsung dalam talian, dengan pengecualian bagi sesi yang menunjukkan ikon "tiada kamera". Jika anda menyertai dalam talian untuk menonton strim langsung dan menggunakan ciri interaktif, sila daftar untuk mendapatkan tiket maya percuma. Contohnya, anda mungkin berminat dengan sesi teknikal seperti:
- Persidangan Pengguna dan Pembangun MediaWiki, Musim Luruh 2025 akan diadakan pada 28–30 Oktober 2025 di Hanover, Jerman. Acara ini dianjurkan oleh dan untuk pihak ketiga komuniti MediaWiki. Anda boleh mencadangkan sesi dan mendaftar untuk menghadiri.
Tech news disediakan oleh penulis Tech News dan dihantar oleh bot • Sumbang • Terjemah • Dapatkan bantuan • Beri maklum balas • Melanggan atau menyahlanggan.