Tech/News/2025/33
Appearance
Ringkasan mingguan Tech News membantu anda memantau perubahan perisian terkini yang mungkin memberi kesan kepada anda dan rakan Wikimedia anda. Silalah langgan, sumbang dan beri maklum balas berkenaannya.
| sebelumnya | 2025, Minggu ke-33 (Isnin, 11 Ogos 2025) | seterusnya |
Berita Teknologi: 2025-33
Berita Teknologi terkini daripada komuniti teknikal Wikimedia. Sila beritahu pengguna lain tentang perubahan ini. Bukan semua perubahan akan menjejaskan anda. Terjemahan telah pun tersedia.
Kemas kini untuk penyunting
- Palang alat WikiEditor kini telah memasukkan pintasan papan kekuncinya ke dalam petua alat butangnya. Hal ini akan membantu meningkatkan kebolehcarian ciri ini. [1]
- Majlis Penasihat Produk dan Teknologi menerbitkan satu set eksperimen tercadang yang Yayasan Wikimedia boleh cuba meningkatkan komunikasi dengan komuniti. Maklum balas mengenai cadangan tersebut dialu-alukan sehingga 22 Ogos pada laman perbincangan ini.
- Palang carian pada rupa Minerva (mudah alih) telah dikemas kini untuk menggunakan komponen carian taip dahulu yang sama dengan komponen pada rupa Vector 2022. Tiada perubahan dalam fungsi pencarian tetapi terdapat perubahan visual kecil, yang khususnya pada butang tutup carian telah ditukar daripada "X" kepada anak panah belakang. Hal ini membantu untuk membezakannya daripada butang "X" lain yang digunakan untuk mengosongkan sebarang teks. [2]
- Para penyunting pada sesetengah wiki akan mendapat sebuah togol baharu untuk "Himpunkan hasil mengikut laman." pada laman-laman senarai pantau, perubahan berkaitan dan perubahan terkini. Perubahan ini adalah berkaitan dengan eksperimen A/B yang dirancang untuk bermula pada 11 Ogos dan akan dijalankan selama 3–6 minggu di Wikipedia Bahasa Benggali, Wikipedia Bahasa Cina, Wikipedia Bahasa Czech, Wikipedia Bahasa Perancis, Wikipedia Bahasa Yunani, Wikipedia Bahasa Portugis dan Wikipedia Bahasa Urdu. Percubaan tersebut akan mengkaji adakah keupayaan penyunting untuk mencari suntingan yang mereka cari terjejas jika menjadikan ciri baharu tersebut lebih mudah ditemui. [3]
Lihat kesemua 31 tugasan serahan komuniti yang telah diselesaikan pada minggu lalu.
Kemas kini untuk penyumbang teknologi
- Set data multiwiki untuk data Unikod telah dipindahkan ke Category:Unicode Module Datasets di Wikimedia Commons untuk mengikuti idea "Satu sumber data bersama untuk berbilang wiki tempatan". Kebanyakan wiki telah dikemas kini untuk menggunakan versi Commons. Anda boleh mengajukan soalan di laman perbincangan. [4]
- Kod Lua boleh menambah amaran jika berlakunya sesebuah kesilapan, dengan menggunakan fungsi
mw.addWarning(). Kini anda boleh menambah lebih daripada satu amaran, berbanding sebelum ini amaran yang baharu menggantikan yang lama. Jika anda mengekalkan modul Lua yang telah menggunakan amaran, anda harus menyemak sama ada ia masih berfungsi seperti yang diharapkan. [5]
Kemas kini kod terperinci kemudian pada minggu ini: MediaWiki
Tech news disediakan oleh penulis Tech News dan dihantar oleh bot • Sumbang • Terjemah • Dapatkan bantuan • Beri maklum balas • Melanggan atau menyahlanggan.