Tech/News/2025/35
Appearance
Ringkasan mingguan Tech News membantu anda memantau perubahan perisian terkini yang mungkin memberi kesan kepada anda dan rakan Wikimedia anda. Silalah langgan, sumbang dan beri maklum balas berkenaannya.
| sebelumnya | 2025, Minggu ke-35 (Isnin, 25 Ogos 2025) | seterusnya |
Berita Teknologi: 2025-35
Berita Teknologi terkini daripada komuniti teknikal Wikimedia. Sila beritahu pengguna lain tentang perubahan ini. Bukan semua perubahan akan menjejaskan anda. Terjemahan telah pun tersedia.
Kemas kini untuk penyunting
Penyunting templat kini boleh menggunakan sifat CSS tambahan disebabkan oleh pensanitasi CSS yang digunakan oleh TemplateStyles telah dikemas kini. Contohnya: width: fit-content,ruby-align; unit relatif sepertilh; dan rentetan tersuai padalist-style-type. Semua penambahbaikan ini merupakan satu hajat daripada Senarai Hajat Komuniti. [1][2][3][4][5][6][7][8][9][10]- Pada wiki besar, tempoh masa lalai untuk memaparkan suntingan daripada serta pada laman Special:RecentChanges telah ditukar daripada 7 hari kepada 1 hari. Hal ini merupakan sebahagian daripada projek penambahbaikan prestasi. Hal ini juga sepatutnya tidak memberi kesan kepada pengguna disebabkan oleh jumlah suntingan pada wiki ini. [11]
- Para penyelia kini boleh mengakses laman Special:BlockedExternalDomains daripada laman senarai Special:CommunityConfiguration. Hal ini dapat memudahkan pencarian. [12]
- Video Wikimedia Commons tidak ditunjukkan pada tab Video bawah Carian Google. Masalah itu telah disiasat dan dilaporkan kepada Google yang kini telah membetulkan isu tersebut. [13][14]
- Satu wiki baharu telah dicipta: Wikikamus bahasa Betawi (
wikt:bew:) [15]
Lihat kesemua 39 tugasan serahan komuniti yang telah diselesaikan pada minggu lalu.
Kemas kini untuk penyumbang teknologi
- Dua medan jadual pangkalan data perubahan terkini sedang dibuang.
rc_newdanrc_typesedang dibuang dan digantikan denganrc_source. Pertanyaan untuk medan lama ini akan mula gagal mulai minggu ini dan pembangun harus menggunakanrc_source. Dua medan lama tersebut telah disisih lebih 10 tahun lalu dan tidak boleh digunakan lagi. Hal ini merupakan sebahagian daripada kerja untuk meningkatkan prestasi dan kestabilan pertanyaan pada jadual perubahan terkini. [16]
Kemas kini kod terperinci kemudian pada minggu ini: MediaWiki
Lebih lanjut
- Surat Berita Bahasa dan Pengantarabangsaan sukutahunan yang terkini telah tersedia. Edisi ini termasuklah: sokongan untuk bahasa baharu dalam MediaWiki dan translatewiki; permulaan projek Penyelarasan dan Pembangunan Bahasa untuk membantu menyokong pertumbuhan wiki baharu dan kecil; kemas kini mengenai projek penyelidikan; dan banyak lagi.
Perjumpaan dan acara
- Mesyuarat Komuniti Bahasa seterusnya akan diadakan tidak lama lagi, yakni pada 29 Ogos pada 15:00 UTC. Mesyuarat tersebut akan merangkumi: pembangun papan kekunci Avro dari Wikimedia Bangladesh, yang baru-baru ini dianugerahkan anugerah kebangsaan atas sumbangan mereka kepada papan kekunci ini; serta topik lain.
Tech news disediakan oleh penulis Tech News dan dihantar oleh bot • Sumbang • Terjemah • Dapatkan bantuan • Beri maklum balas • Melanggan atau menyahlanggan.