Tech/News/2025/36
Appearance
Ringkasan mingguan Tech News membantu anda memantau perubahan perisian terkini yang mungkin memberi kesan kepada anda dan rakan Wikimedia anda. Silalah langgan, sumbang dan beri maklum balas berkenaannya.
| sebelumnya | 2025, Minggu ke-36 (Isnin, 1 September 2025) | seterusnya |
Berita Teknologi: 2025-36
Berita Teknologi terkini daripada komuniti teknikal Wikimedia. Sila beritahu pengguna lain tentang perubahan ini. Bukan semua perubahan akan menjejaskan anda. Terjemahan telah pun tersedia.
Sorotan mingguan
- Pasukan Penyuntingan (Editing team) ingin menyusun senarai templat, istilah jargon dan dasar yang digunakan dalam ringkasan suntingan apabila pelanggaran hak cipta dialih keluar. Hal ini akan membantu mereka mengenal pasti bilangan suntingan yang dibalikkan disebabkan oleh isu hak cipta. Kami menjemput ahli komuniti daripada wiki-wiki berikut untuk menyenaraikan istilah berkenaan dalam T402601, atau berkongsi senarai mereka dengan Trizek_(WMF): Arabic Wikipedia, Czech Wikipedia, German Wikipedia, English Wikipedia, Spanish Wikipedia, Persian Wikipedia, French Wikipedia, Hebrew Wikipedia, Indonesian Wikipedia, Italian Wikipedia, Japanese Wikipedia, Korean Wikipedia, Dutch Wikipedia, Polish Wikipedia, Portuguese Wikipedia, Turkish Wikipedia, Ukrainian Wikipedia, Vietnamese Wikipedia, Chinese Wikipedia. Projek ini dibuka sehingga 9 September 2025.
Kemas kini untuk penyunting
- Sambungan CampaignEvents kini telah didayakan untuk kesemua edisi bahasa Wikisumber. Sambungan ini memudahkan penganjuran dan penyertaan aktiviti kolaboratif seperti edit-a-thon dan WikiProjek di wiki tersebut. Sambungan ini mempunyai tiga ciri: Pendaftaran Acara, Senarai Kerjasama dan Senarai Jemputan. Untuk meminta sambungan tersebut dipasang pada wiki anda, sila lawati laman maklumat pemasangaturan (Deployment information). [1]
- Senarai dalam pengaki antara muka penyuntingan seperti "Templat yang digunakan pada laman ini," kini akan disusun ke dalam bentuk lajur apabila terdapat ruang yang mencukupi. Penambahbaikan ini meminimumkan penatalan semasa menyunting rencana panjang di Wikipedia. [2]
- Pada 3 September 2025, kami akan meningkatkan peratusan pensampelan kumpulan mengikut percubaan togol kami daripada laman
Special:RecentChanges,Special:WatchlistdanSpecial:RelatedChangesdi Wikipedia Bahasa Cina, Wikipedia Bahasa Perancis dan Wikipedia Bahasa Portugis kepada 100 peratus, membolehkan lebih ramai penyunting menjadi sebahagian daripada percubaan ini. Pelarasan ini bertujuan untuk memastikan kami mempunyai data yang mencukupi untuk membuat keputusan termaklum semasa menilai keputusan percubaan. [3][4] - Apabila mengklik bar carian kosong, pengguna yang log keluar akan melihat cadangan rencana untuk bacaan lanjut di Wikipedia Bahasa Inggeris mulai minggu 22 September. Ciri ini akan tersedia pada kedua-dua paparan atas meja serta mudah alih. Semua wiki bukan berbahasa Inggeris telah menerima perubahan ini pada bulan Jun dan Julai. Matlamatnya adalah untuk memudahkan pengguna mencari rencana. Ketahui lebih lanjut.
Lihat kesemua 37 tugasan serahan komuniti yang telah diselesaikan pada minggu lalu.
Kemas kini untuk penyumbang teknologi
Kemas kini kod terperinci kemudian pada minggu ini: MediaWiki
Lebih lanjut
- Wikifungsi kini mempunyai keupayaan baharu yang dipanggil "jenis penghitungan ringan", yakni suatu jenis penghitungan yang merupakan sekadar satu set nilai tetap yang ada dalam definisi jenis itu. Keupayaan ini menjadikannya pantas dan mudah untuk mentakrifkan jenis sedemikian, dan membenarkan penggunaan semula nilai yang sudah ada dalam Wikidata. Berikut ialah surat berita berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut.
- Surat Berita Pembaca yang terbaharu kini sudah tersedia. Edisi ini termasuklah: pembentukan dua pasukan baharu — Pasukan Pertumbuhan Pembaca (Reader Growth team) dan Pasukan Pengalaman Pembaca (Reader Experience team); cerapan tentang penurunan paparan laman dan penciptaan akaun; sorotan daripada panel Wikimania Nairobi berkenaan menambah baik pengalaman membaca; uji kaji akan datang untuk melibatkan pembaca baharu dan sedia ada; dan banyak lagi.
Perjumpaan dan acara
- Sorotan beberapa sesi di Wikimania 2025:
- Mengenal pasti teks yang dijana oleh AI dengan mencari ISBN yang jumlah semaknya gagal: Mathias Schindler dari WMDE kongsian alatan untuk membantu komuniti membuat pencarian berkenaan hal ini.
- La durabilité du mouvement Wikimedia face aux défis actuels et futurs (Kemampanan gerakan Wikimedia dalam menghadapi cabaran semasa dan akan datang): Sesi ini membincangkan bagaimana Wikimedia dapat tetap menjadi sumber pengetahuan yang boleh dipercayai dalam era kecerdasan buatan generatif, pembanjiran maklumat, dan kepalsuan maklumat.
Tech news disediakan oleh penulis Tech News dan dihantar oleh bot • Sumbang • Terjemah • Dapatkan bantuan • Beri maklum balas • Melanggan atau menyahlanggan.