Tech/News/2026/17
Appearance
Ringkasan mingguan Tech News membantu anda memantau perubahan perisian terkini yang mungkin memberi kesan kepada anda dan rakan Wikimedia anda. Silalah langgan, sumbang dan beri maklum balas berkenaannya.
| sebelumnya | 2026, Minggu ke-17 (Isnin, 20 April 2026) | seterusnya |
Berita Teknologi: 2026-17
Berita Teknologi terkini daripada komuniti teknikal Wikimedia. Sila beritahu pengguna lain tentang perubahan ini. Bukan semua perubahan akan menjejaskan anda. Terjemahan telah pun tersedia.
Sorotan mingguan
- Selepas dua tahun pembangunan, ⧼codemirror-beta-feature-title⧽, juga dikenali sebagai CodeMirror 6, akan dilancarkan daripada status beta pada hari Selasa, 21 April. Ciri ini membawakan peningkatan dari segi kebolehbacaan kod dan wikiteks, pengurangan ralat penaipan, dan faedah lain kepada semua pengguna penyerlah sintaks standard. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sukarelawan Bhsd yang membangunkan banyak ciri baharu, termasuk pelipatan kod, pelengkapan automatik, dan penirasan. [1]
- Kemas kini utama pada aplikasi Wikipedia untuk iOS kini sedang dilancarkan, dengan perekabentukan semula antara muka agar sejajar dengan reka bentuk visual "Liquid Glass" terkini Apple. Muat turun versi terkini dan terokai kemas kini tersebut.
Kemas kini untuk penyunting
- Senarai bacaan ialah ciri yang membolehkan pembaca menyimpan rencana ke dalam senarai untuk dibaca kemudian. Ciri ini kini berstatus beta pada Wikipedia edisi bahasa Arab, bahasa Perancis, bahasa Indonesia, bahasa Vietnam dan bahasa Cina, serta secara lalainya didayakan khusus untuk semua akaun baharu pada semua Wikipedia.
- Satu eksperimen yang meneroka pelanjutan Pralihat Laman ke web mudah alih akan dilancarkan pada minggu 20 April di Wikipedia edisi bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Itali, bahasa Poland dan bahasa Vietnam. Pralihat Laman ialah tetingkap timbul yang memaparkan lakaran kecil, perenggan pendahulu dan pautan untuk membuka rencana penuh melalui pautan biru, sekali gus meningkatkan penemuan kandungan. Ciri ini sudah tersedia pada platform atas meja dan juga dalam aplikasi. Bacalah lebih lanjut berkenaan eksperimen ini serta maklumat lain berkaitannya.
- Di beberapa wiki, penyunting yang telah log masuk tetapi belum mengesahkan alamat e-mel mereka kini akan lihat wujudnya satu sepanduk yang menggalakkan mereka berbuat demikian. Pengesahan alamat e-mel membenarkan pengguna untuk memulihkan akses kepada akaun jika mereka kehilangannya. Ketahui lebih lanjut. [2]
Lihat kesemua 15 tugasan serahan komuniti yang telah diselesaikan pada minggu lalu. Contohnya, isu penyuntingan laman wiki yang sangat besar dalam alat sunting wikiteks 2017 menyebabkan keperlahanan pemuatan, kelewatan pralihat dan penatalan, serta isu prestasi semasa memilih, menyalin atau menampal kandungan, kini telah dibaik pulih. [3]
Kemas kini untuk penyumbang teknologi
- Bersempena penamatan status ciri beta CodeMirror, semua pengguna akan menggunakan CodeMirror dan bukannya CodeEditor untuk penyerlahan sintaks semasa menyunting laman kandungan JavaScript, CSS, JSON, Vue dan Lua. [4]
- Perkhidmatan
mirrors.wikimedia.orguntuk pengguna Debian dan Ubuntu akan ditamatkan dan berhenti berfungsi pada 15 Mei. Peruntukan perkhidmatan ini akan digantikan dengan pilihan yang lebih baharu dan lebih baik. Sesetengah pengguna mungkin perlu bertukar ke pelayan lain yang sepatutnya mengambil masa kira-kira seminit. Anda boleh membaca lebih lanjut melalui pautan ini. [5] - Jadual
imagedanoldimageakan dialih keluar daripada wikireplika. Jika alatan atau pertanyaan anda mengaksesimageatauoldimagesecara langsung, sila kemas kininya untuk menggunakan jadualfiledanfilerevisionsebelum 28 Mei. [6] - Berikutan pelaksanaan had kadar API sejagat baru-baru ini pada trafik yang tidak dikenal pasti, Yayasan Wikimedia akan meneruskan usaha untuk memastikan penggunaan infrastruktur yang adil dengan menggunakan had sejagat pada trafik API yang dikenal pasti bermula minggu terakhir bulan April. Had ini sengaja ditetapkan setinggi mungkin untuk meminimumkan impak terhadap komuniti. Bot yang berfungsi dalam Toolforge/WMCS atau dengan pengguna bot yang betul pada mana-mana wiki tidak sepatutnya terjejas buat masa ini. Walau bagaimanapun, semua pembangun dinasihatkan untuk mengikuti amalan terbaik yang telah dikemas kini. Untuk maklumat lanjut, sila lihat API Wikimedia/Had kadar dan Soalan Lazim.
- API Atribusi kini tersedia pada peringkat beta. API ini mengambil maklumat untuk mengkreditkan rencana Wikimedia dan fail media di mana sahaja ia digunakan. Pendokumenan rujukan tersedia melalui laman khas Kotak Pasir REST yang tersedia pada semua wiki Wikimedia (seperti kotak pasir REST di Wikipedia Bahasa Inggeris). Kongsikan maklum balas anda di laman perbincangan projek.
- Tidak terdapat versi MediaWiki terbaharu pada minggu ini.
Tech news disediakan oleh penulis Tech News dan dihantar oleh bot • Sumbang • Terjemah • Dapatkan bantuan • Beri maklum balas • Melanggan atau menyahlanggan.