Teknologi/Berita/2026/26
Appearance
Ringkasan mingguan Tech News membantu anda memantau perubahan perisian terkini yang mungkin memberi kesan kepada anda dan rakan Wikimedia anda. Silalah langgan, sumbang dan beri maklum balas berkenaannya.
| sebelumnya | 2026, Minggu ke-26 (Isnin, 22 Jun 2026) | seterusnya |
Berita Teknologi: 2026-26
Berita Teknologi terkini daripada komuniti teknikal Wikimedia. Sila beritahu pengguna lain tentang perubahan ini. Bukan semua perubahan akan menjejaskan anda. Terjemahan telah pun tersedia.
Sorotan mingguan
- Ciri-ciri Growth kini tersedia di Wikidata. Kemas kini ini mendayakan akses kepada Pementoran (jika dikonfigurasi), modul Impak, Panel Bantuan dan Laman Pemula Pengguna Baharu yang diringkaskan (tanpa Suntingan Cadangan). Penyelia Wikidata masih sedang mengkonfigurasi ciri-ciri tersebut melalui Konfigurasi Komuniti.
Kemas kini untuk penyunting
- Laman khas Special:RangeCalculator telah dicipta. Ia membenarkan pengguna mencari julat IP tanpa perlu bergantung pada alat luaran. Sehingga kini, alat ini hanya tersedia untuk Pemeriksa (CheckUsers). [1]
- Sub-rujukan ialah sebuah ciri MediaWiki baharu yang membenarkan para penyunting mengguna semula rujukan dengan butiran berbeza. Ia akan digunakan pada kebanyakan edisi bahasa Wikipedia bersaiz kecil dan sederhana pada 23 Jun. Laman FAQ (soalan lazim) menyenaraikan tindakan yang mungkin perlu diambil pada wiki anda bagi menyokong pemasangaturan. Semak pelan pengeluaran untuk langkah pasang atur seterusnya. [2]
- Bermula minggu hadapan, pengguna akan menerima pemberitahuan apabila mereka disekat atau dinyahsekat daripada menyunting, atau jika sekatan ini berubah. [3]
Lihat kesemua 32 tugasan serahan komuniti yang telah diselesaikan pada minggu lalu.
Kemas kini untuk penyumbang teknologi
- Bermula minggu depan, penapis salah guna yang ditetapkan "memerlukan pengesahan CAPTCHA" akan mula turut menjejaskan pengguna dengan hak
skipcaptcha, yang merangkumi kebanyakan pengguna sah automatik. Bot pula dikecualikan. Perubahan ini hanya menjejaskan suntingan yang mencetuskan penapis salah guna. Hakskipcaptchaakan terus mengecualikan pengguna daripada keperluan untuk menyelesaikan CAPTCHA dalam proses biasa menggunakan wiki. [4] - Pendokumenan rujukan untuk API Lift Wing telah berpindah dari Portal API ke Kotak Pasir REST interaktif.
- Wiki Portal API kini telah ditutup. Untuk pendokumenan API, lihat API Wikimedia di mediawiki.org. Semua URL wiki Portal API (https://api.wikimedia.org/wiki/) akan dilencongkan ke laman mediawiki.org bermula 22 Jun. [5]
Kemas kini kod terperinci kemudian pada minggu ini: MediaWiki
Perjumpaan dan acara
- Sertailah panggilan dalam talian pada 25 Jun jam 2:30 petang UTC untuk bertemu dengan pelatih Wikimedia semasa untuk Kod Musim Panas Google dan Outreachy. Para pelatih akan memberikan gambaran keseluruhan projek mereka dan demo ringkas tugasan mereka setakat ini. Para hadirin digalakkan untuk berkongsi idea dan hubungan dalam kalangan komuniti mereka.
Tech news disediakan oleh penulis Tech News dan dihantar oleh bot • Sumbang • Terjemah • Dapatkan bantuan • Beri maklum balas • Melanggan atau menyahlanggan.