Teknologi/Berita/2026/30
Appearance
Ringkasan mingguan Tech News membantu anda memantau perubahan perisian terkini yang mungkin memberi kesan kepada anda dan rakan Wikimedia anda. Silalah langgan, sumbang dan beri maklum balas berkenaannya.
| sebelumnya | 2026, Minggu ke-30 (Isnin, 20 Julai 2026) | seterusnya |
Berita Teknologi: 2026-30
Berita Teknologi terkini daripada komuniti teknikal Wikimedia. Sila beritahu pengguna lain tentang perubahan ini. Bukan semua perubahan akan menjejaskan anda. Terjemahan telah pun tersedia.
Kemas kini untuk penyunting
- Pasukan Pengalaman Pembaca telah menerapkan maklum balas komuniti berkenaan penempatan butang bintang pantau dan butang senarai pantau untuk ciri beta Senarai Bacaan, yang akan membolehkan penyimpanan rencana untuk bacaan kemudian hari, dan ini merupakan salah satu daripada butir senarai hajat yang membawa fungsi tersebut ke web. Para penyunting dijemput untuk mendayakan ciri beta bagi mengujinya dan berkongsi pendapat mereka.
- Mod Cadangan menawarkan cadangan suntingan dalam VisualEditor untuk menambah baik rencana Wikipedia. Semua cadangan boleh dikonfigurasikan oleh komuniti setempat. Ciri PadanTeks (TextMatch) ialah suatu cara untuk sukarelawan mencipta cadangan setempat tersuai. Ciri ini mencari rentetan teks dalam rencana, dan kini merangkumi sokongan untuk ungkapan nalar. Hal ini memberikan sukarelawan ketepatan dan fleksibiliti yang lebih tinggi terhadap jenis cadangan setempat yang boleh mereka cipta. Nota: Cadangan yang diberi boleh disasarkan berdasarkan kiraan suntingan orang yang sunting serta aspek lain pada laman tersebut. Anda boleh mencari contoh daripada komuniti lain untuk inspirasi, termasuk PadanTeks yang mengesan: kesilapan taip, kesalahan tatabahasa, kandungan iklan potensi, klise, penggunaan tanda sempang atau tanda hubung yang salah, kata kunci masa yang tidak khusus, nama yang ketinggalan zaman, dan banyak lagi. Sebarang maklum balas amat dihargai.
Lihat kesemua 27 tugasan serahan komuniti yang telah diselesaikan pada minggu lalu. Contohnya, satu isu di mana alat Terjemahan SVG boleh menggunakan versi fail yang ketinggalan zaman, menyebabkan terjemahan sedia ada ditulis ganti apabila terjemahan baharu dimuat naik, kini telah dibetulkan. Secara keseluruhan, pada suku terakhir April – Jun 2026, kira-kira 337 tugasan komuniti telah diselesaikan oleh Yayasan Wikimedia.
Kemas kini untuk penyumbang teknologi
- Pada wiki yang mendayakan Parsoid, Parsoid kini memaparkan maksimum 1,250 imej setiap laman. Kategori penjejakan baharu, "media-limit-reached", akan disediakan tidak lama lagi untuk mengenal pasti laman yang mencapai had ini, menjadikannya lebih mudah untuk mencari kandungan yang output medianya mungkin telah dihadkan semasa pemaparan. Lihat phab:T430854 untuk maklumat lanjut dan maklum balas.
Kemas kini kod terperinci kemudian pada minggu ini: MediaWiki
Tech news disediakan oleh penulis Tech News dan dihantar oleh bot • Sumbang • Terjemah • Dapatkan bantuan • Beri maklum balas • Melanggan atau menyahlanggan.