Penterjemahan minggu ini

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Translation of the week and the translation is 100% complete.
Shortcuts:
WM:TOTW,
TOTW

Halaman ini adalah untuk Penterjemahan Wikipedia minggu ini.

Setiap minggu, mulai hari Isnin, suatu halaman tunas atau perenggan pertama bagi suatu rencana yang penting akan dipilih untuk diterjemahkan ke dalam seberapa banyak bahasa (terutamnya bahasa-bahasa kecil) yang boleh.

Calon yang paling sesuai adalah 1) ringkas, 2) mudah diterjemahkan, 3) membawa kepada penterjemahan yang berpotensi untuk topik-topik yang lain. Matlamatnya adalah untuk mempunyai rangkaian topik yang luas dalam setiap bahasa yang kita ada. (Lihat juga: cadangan senarai rencana semua bahasa harus ada)

Sila kemas kini pautan interwiki di Wikidata bagi versi rencana di dalam bahasa anda selepas penterjemahan setiap minggu selesai supaya semua versi bahasa dipautkan antara satu sama lain.

Anda boleh berhubung dengan penterjemah lain atau meminta bantuan di Babylon, pusat kegiatan penterjemahan Wikimedia.

Minggu ini (12)

Pemenang minggu ini ialah en:Hojang Taret.

Sila senaraikan penterjemahan di sini.

Calon semasa

Letakkan nama anda bersebelahan calon kesukaan anda, bersama dengan pautan potensi dalam rencana yang berkenaan (sesetengah orang mungkin mahu menterjemahkan rencana itu juga). Sila undi di /Calon penterjemahan.

Senarai calon yang gagal boleh dijumpai di /Dikeluarkan.

Penterjemah yang berminat

Penterjemah yang berminat mengambil bahagian dalam projek ini boleh menyenaraikan diri mereka di sini. Terima kasih atas sokongan anda. Jika anda ingin dimaklumkan tentang projek Penterjemahan minggu ini ke laman perbincangan anda pada setiap minggu, anda boleh senaraikan diri anda dengan menekan butang di bawah.


Terjemahan lampau (2024)


Arkib