Tatakelakuan Sejagat/Peninjauan Rancangan Panduan Penguatkuasaan/Abstrak

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Universal Code of Conduct/Enforcement draft guidelines review/Abstract and the translation is 100% complete.
Tatakelakuan Sejagat

Abstrak Rancangan Panduan Penguatkuasaan

Pada bahagian ini ialah abstrak Rancangan Panduan Penguatkuasaan. Abstrak ini dirancang untuk membantu setiap ahli komuniti untuk memahami isi rancangan ini secara ringkas.

SIAPA yang akan bertanggungjawab menguatkuasakan UCoC?

  • WMF, perseorangan yang ditunjuk khusus seperti Pegawai Penguatkuasa, dan sebuah jawatankuasa baru yang bernama Jawatankuasa Penyelaras Tatakelakuan Sejagat (U4C).
  • Jawatankuasa U4C akan mengawasi proses penguatkuasaan UCoC, menangani kes tertentu, mempersiapkan panduan dan latihan, serta memantau penguatkuasaan UCoC.
  • Fungsionaris peringkat tempatan dan global[1] akan mendapatkan panduan bagaimana cara menguatkuasakan UCoC walaupun mereka bukan bahagian dari Jawatankuasa U4C.

BAGAIMANA penguatkuasaan akan dilakukan?

  • Komun tempataniti, pertubuhan bersekutu, dan WMF mesti mengembangkan dan melakukan latihan untuk ahli komuniti dalam rangka meningkatkan kemampuan menangani gangguan keselamatan dan perlanggaran UCoC lainnya.
  • Panduan ini juga menerangkan cadangan bagi pihak mana yang bertanggungjawab untuk menangani jenis perlanggaran UCoC tertentu.

Selain itu, APA lagi yang perlu dilakukan untuk menguatkuasakan UCoC?

  • Rancangan ini mencatat bahawa proses rayuan mesti dimungkinkan dan tersedia untuk orang perseorangan yang dikenakan sekatan atas perlanggaran UCoC.

BAGAIMANA saya dapat terlibat dalam proses EDGR ini?

  1. Pengguna dengan hak tertentu, seperti namun tidak terhad pada penyelia, birokrat, dsb.