Tatakelakuan Sejagat/Soalan lazim

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Universal Code of Conduct/FAQ and the translation is 100% complete.
Other languages:
Bahasa Indonesia • ‎Bahasa Melayu • ‎Deutsch • ‎English • ‎Türkçe • ‎italiano • ‎polski • ‎русский • ‎العربية • ‎فارسی • ‎नेपाली • ‎हिन्दी • ‎বাংলা • ‎日本語 • ‎한국어
Universal Code of Conduct

Perundingan - Penyelidikan dan perundingan pada komuniti tempatan

Apa dasar pemilihan komuniti yang dilibatkan dalam perundingan tempatan?
Komuniti yang dilibatkan dlaam perundingan tempatan didasarkan pada beberapa faktor, seperti peringkat perkembangan dan adanya dasar tingkah laku pada komuniti tersebut. Maklumat selanjutnya mengenai proses pemilihan ini tersedia di sini. Faktor lain ialah ketersediaan fasilitator yang menguasai bahasa komuniti tersebut.
Adakah Yayasan Wikimedia mengumumkan bahawa UCoC akan berlaku bagi seluruh projek Wikimedia?
Ya. Pengumuman awal tentang Tatakelakuan Sejagat secara terang menyatakan bahawa penerapannya ialah untuk seluruh gerakan Wikimedia. Tim perumus UCoC juga telah menyatakan keputusan ini pada banyak projek Wikimedia dan di halaman Meta. Senarai pengumuman pada projek berukuran kecil dan menengah dapat dilihat di sini. Butiran perundingan pada projek yang lebih besar dapat dilihat di sini.

Terjemahan

Apakah UCoC akan tersedia dalam seluruh bahasa?
Tim perumus telah bercadang untuk mengontrak penerjemah profesional untuk menerjemahkan UCoC ke beberapa bahasa, namun tidak untuk semua bahasa yang mempunyai projek Wikimedia. Oleh itu, kami menjemput para sukarelawan untuk membantu menerjemahkannya ke bahasa yang mereka pahami. Kami telah membekalkan halaman-halaman penyokong, seperti hub penerjemahan dan glosarium UCoC, untuk memudahkan kerja para penerjemah.

Penegakan

Siapa yang menegakkan UCoC, dan bagaimana rancangan penegakannya?
Sesuai arahan dari Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia, tahap kedua UCoC akan bertumpu pada mekanisme penegakan. Tahap ini akan bermula selepas rancangan akhir UCoC disahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah.

Kajian semula secara berkala

Adakah proses kajian semula secara berkala dan perubahan terhadap UCoC apabila ianya telah berkuatkasa? Jika ya, siapa yang akan bertanggungjawab atas proses tersebut?
Ya. Jabatan Hukum WMF akan menganjurkan satu proses tinjauan terhadap UCoC satu tahun selepas ia disahkan. Tinjauan selanjutnya akan dilakukan oleh struktur tatacara rumah tangga gerakan yang direkomendasikan oleh proses Strategi Gerakan.
Siapa yang akan meninjau perubahan atas UCoC di masa hadapan, jika muncul satu keperluan mendesak untuk mengubahnya?
Seperti dasar yang diberlakukan oleh Yayasan Wikimedia lainnya, perubahan yang mendesak dapat dimohonkan pada Jabatan Hukum WMF. Kami telah berpengalaman dalam membuat perbincangan mengenai perubahan dasar di masa lalu, seperti (perubahan dasar kebijakan sumbangan berbayar) dan memiliki struktur serta proses yang dapat memudahkan situasi seperti ini.

Pertentangan dengan dasar tempatan

Bagaimana jika dasar tempatan bercanggah dengan UCoC?
Selepas pengesahan UCoC oleh Lembaga Pemegang Amanah, komuniti Wikimedia dianjurkan untuk meninjau kembali dasar-dasar yang berlaku di projek mereka agar selaras dengan jangkaan yang diatur dalam UCoC. Komuniti dapat melampaui standar UCoC dan menggubal dasar yang lebih terperinci, namun dasar tersebut tidak boleh di bawah asas-asas yang telah ditetapkan oleh UCoC. Sekiranya diperlukan, komuniti dan WMF dapat bekerjasama untuk menyelaraskan dasar-dasar yang ada; pihak Yayasan berkomitmen untuk membantu setelah tahap kedua projek selesai.
Adakah UCoC juga berkuatkuasa bagi projek yang telah mempunyai dasar dan panduan tempatan?
Perumusan UCoC bertujuan untuk menciptakan sebuah piawaian dasar tingkah laku di gerakan Wikimedia. Projek-projek yang telah mempunyai dasar tingkah laku yang baik mungkin dapat mengadopsi UCoC tanpa memerlukan banyak perubahan, kerana dasar tempatan tersebut boleh jadi telah memenuhi atau malah melampaui apa yang diatur oleh UCoC.
Setiap projek Wikimedia mempunyai dasar dan panduan tingkah laku yang dirumuskan oleh para pengguna projek tersebut sesuai dengan keperluan mereka. Mengapa UCoC perlu mengubahnya?
UCoC tidak ditujukan untuk menggantikan piawaian tingkah laku yang telah ada dan berkuatkuasa secara efektif. Namun, banyak projek Wikimedia yang berukuran kecil dan menengah tidak mempunyai dasar semacam ini. UCoC akan menjadi piawaian dasar yang dikenakan pada seluruh projek, dan komun dapat menggunakannya sebagai batu pijakan untuk mengembangkan sebuah dasar yang lebih sesuai dengan nilai-nilai budaya komuniti atau mengubah panduan yang telah berkuatkuasa, jika diperlukan.
Bagaimana jika UCoC tidak dapat sepenuhnya memenuhi keperluan komuniti?
UCoC tidak akan dapat memenuhi seluruh keperluan komuniti, kerana di masa hadapan ia sangat mungkin akan berubah. Komuniti amat dianjurkan untuk mengembangkan dasar yang mereka perlukan dengan menggunakan UCoC sebagai asasnya.

Ambil contoh, UCoC menetapkan bahawa "Anda perlu berazam untuk mencapai yang terbaik, tidak hanya untuk diri Anda sebagai seorang penyumbang individu, namun juga untuk kepentingan gerakan Wikimedia." Bunyi peraturan ini amat luas dan abstrak. Banyak projek yang telah mempunyai dasar yang terperinci untuk menetapkan konflik kepentingan. Jika projek Anda tidak memilikinya, peraturan di atas akan berkuatkuasa apabila timbul percanggahan di kemudian hari.

Namun, jangan lupa bahawa UCoC juga boleh menjadi sebuah pengingat yang baik untuk mengembangkan sebuah dasar yang lebih lanjut mengenai sesuatu hal.

Bagaimana caranya UCoC dapat bersesuaian dengan semua konteks budaya yang ada di komuniti?
UCoC mungkin tidak akan dapat bersesuaian dengan semua konteks budaya yang ada di komuniti, namun tim perumus kami berusaha untuk menampungnya seboleh mungkin. Kami mengadakan perundingan dengan komuniti yang memiliki latar budaya yang berbeza-beza dan menyerap aspirasi mereka. Jawatankuasa penyusun juga mempertimbangkan aspirasi ini semasa menyusun rancangan akhir. Jika Anda mendapati "kekosongan budaya" dalam rancangan UCoC, Anda diundang untuk mengulasnya di halaman perbincangannya.

Perhimpitan dengan Syarat Kegunaan

Ada UCoC masih diperlukan jika Seksyen 4 Syarat Kegunaan telah menetapkan dasar tingkah laku seperti "Refraining from Certain Activities"?
Seksyen 4 Syarat Kegunaan memang telah mengatur beberapa masalah tingkah laku, bersama dengan panduan isi seperti perlanggaran hak cipta dan penyuntingan berbayar. Namun, bahagian ini tidak cukup mengatur masalah-masalah tingkah laku. UCoC bertujuan untuk membantu komuniti menerapkan Seksyen 4 Syarat Kegunaan dengan memperluas dan memperinci jangkauan dasar tingkah laku.
Mengapa bukan Seksyen 4 Syarat Kegunaan sahaja yang diubah?
Syarat Kegunaan perlu berbentuk ringkas dan dapat dibaca oleh semua orang, sehingga beberapa maklumat perlu dituangkan ke dalam dokumen lain. Contohnya, Dasar Perlesenan dan Dasar Perlesenan Commons dimasukkan di dalam Syarat Kegunaan; sehingga menyetujui Syarat Kegunaan juga bermakna menyetujui dua dasar tersebut. Pemisahan UCoC memperluas dan memperinci dasar tingkah laku; selain itu, UCoC yang berasingan juga akan lebih mudah untuk diperbaharui berdasarkan keperluan gerakan Wikimedia yang dinamik dan berubah-ubah.

Keterlibatan WMF dan Tim Keselamatan

Mengapa Yayasan Wikimedia terlibat dalam perumusan UCoC?
Lembaga Pemegang Amanah mengarahkan Yayasan Wikimedia untuk menyokong proses UCoC. Rancangan akhir UCoC disusun oleh sebuah jawatankuasa yang beranggotakan kakitangan WMF dan sukarelawan berdasarkan atas cadangan ahli komuniti pada proses Strategi Gerakan.
Apa yang akan dilakukan oleh Yayasan Wikimedia jika seseorang melanggar UCoC?
Pelanggaran UCoC tidak akan ditangani oleh Yayasan Wikimedia. Mekanisme penegakan UCoC akan dikuatkuasakan oleh komuniti tempatan atau pengguna tertentu dengan kewenangan global. Pelanggaran Syarat Kegunaan juga ditangani dengan cara yang mirip.

Butiran mekanisme penegakan belum ditentukan, dan akan dibahas dalam tahap kedua selepas UCoC disahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah. Pada tahap ini, kami bertumpu pada apa yang perlu terdapat dan tidak perlu terdapat dalam UCoC. Tahap kedua UCoC akan dimulai selepas 13 Oktober 2020.

Ada UCoC akan disahkan melalui sebuah undian di Meta?
Tidak. Salah satu dari lima permintaan komuniti dalam perbincangan Strategi Gerakan ialah untuk melawan gangguan di projek-projek Wikimedia. Adanya UCoC direkomendasikan oleh kumpulan kerja Strategi Gerakan, dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah yang kemudian mengarahkan pihak Yayasan untuk merumuskannya bersama ahli komuniti. Selepas rancangan akhir UCoC selesai, ahli komuniti meninjau dan memberikan maklum balas mereka. Jawatankuasa penyusun kemudian menyempurnakan rancangan akhir tersebut dan menghantarnya untuk disahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah.