Jump to content

Wiki Cinta Ramadan 2026

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Wiki Loves Ramadan 2026 and the translation is 100% complete.


Selamat datang ke Wiki Cinta Ramadan 2026!

General
Media & Results

Wiki Cinta Ramadan 2026 (WCR 2026) merupakan peraduan global tahunan yang bertujuan untuk mendokumenkan dan berkongsi pelbagai adat dan tradisi yang diamalkan sepanjang bulan Ramadan.

Misi

Wiki Cinta Ramadan 2026 bertujuan untuk merapatkan jurang pengetahuan mengenai tradisi Ramadan dan sejarah Islam dalam projek Wikimedia. Dengan menggalakkan penyertaan sejagat, inisiatif ini menyasarkan untuk memperkasakan komuniti yang kurang diwakili dan menggalakkan pendokumenan budaya dalam pelbagai bahasa.

Visi

Visi WCR 2026 adalah untuk membina suatu repositori pengetahuan yang menyeluruh dan berbilang bahasa mengenai Ramadan, menampilkan kepelbagaian samabutannya di seluruh dunia. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman budaya, memupuk kebanggaan terhadap tradisi tempatan dan memperkukuh perwakilan komuniti Islam di pelantar Wikimedia.

Objektif

  • Mencipta atau menterjemah lebih daripada 10,000 rencana mengenai topik-topik berkaitan Ramadan dan tokoh-tokoh Islam yang penting.
  • Meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam projek Wikimedia, terutamanya di kawasan-kawasan yang kurang diwakili.
  • Melibatkan penyumbang dari 32 buah negara dan 26 komuniti bahasa dalam mendokumenkan tradisi dan amalan budaya Ramadan.
  • Memperkasakan penganjur tempatan dengan alatan, latihan dan sumber-sumber untuk menerajui inisiatif peringkat kebangsaan.

Ruang lingkup

Wiki Cinta Ramadan 2026 akan menumpukan pada

Ruang lingkup topik

  • Mendokumenkan tradisi-tradisi budaya, ritual dan amalan memasak semasa Ramadan.
  • Mengetengahkan tempat-tempat ibadat dan acara-acara komuniti.
  • Mencipta dan menambah baik biografi tokoh-tokoh sejarah Islam yang terkenal.
  • Menggalakkan sumbangan berbilang bahasa merentasi 26 projek Wikimedia, termasuklah Wikipedia, Commons, Wikikembara dan Wikibuku.

Sasaran peserta

Peserta-peserta utama termasuklah para penyumbang Wikimedia, anggota komuniti tempatan dan individu yang ghairah tentang pendokumenan budaya. Perhatian khusus akan diberikan untuk melibatkan komuniti yang kurang diwakili di negara-negara Islam.

Kegiatan utama

  • Pertandingan dan kempen: Peraduan peringkat negara dan antarabangsa untuk menggalakkan penciptaan kandungan.
  • Latihan dan bimbingan: Sesi dalam talian untuk membimbing para peserta menggunakan pelantar Wikimedia dengan berkesan.
  • Program jangkauan: Kempen media sosial, poster dan risalah komuniti untuk meningkatkan kesedaran.
  • Acara tempatan: Acara-acara bersemuka dan maya untuk melibatkan komuniti tempatan.
  • Pengiktirafan dan hadiah: Penghargaan untuk sumbangan bermutu tinggi dan peserta yang aktif.

Hasil yang diharapkan

  • Lebih daripada 10,000 rencana baharu, gambar dan masukan data yang berkaitan dengan Ramadan dan warisan Islam.
  • Peningkatan penyertaan dari kawasan dan kumpulan linguistik yang kurang diwakili.
  • Jaringan sejagat yang kuat bagi penyumbang Wikimedia yang minat terhadap pendokumenan budaya.

Rakan dan kerja sama

Bagi memastikan kejayaan, WCR 2026 akan bekerjasama dengan:

  • Cabang dan kumpulan pengguna tempatan Wikimedia di negara-negara peserta.
  • Institusi agama dan budaya yang menggalakkan kesedaran mengenai Ramadan.
  • Pempengaruh dan pendidik untuk memperluas usaha jangkauan.

Keterlibatan pascaperaduan dan hasil pembelajaran

Kegiatan pascaperaduan akan merangkumi penilaian hasil melalui tinjauan, pengiktirafan kepada penyumbang dan perkongsian kisah kejayaan. Inisiatif ini akan memberikan pandangan berharga mengenai penglibatan komuniti, penciptaan kandungan berbilang bahasa dan kerjasama merentas budaya, sekali gus meletakkan asas untuk kempen-kempen Wikimedia pada masa mendatang.

Melalui pendekatan menyeluruh ini, Wiki Cinta Ramadan 2025 berusaha untuk menjambatani jurang budaya dan pengetahuan, meraikan Ramadan sebagai suatu tradisi sejagat yang dikongsi bersama serta memperkaya sumber Wikimedia untuk generasi akan datang.

Penyertaan

Penyertaan peraduan ini terbuka kepada semua yang berdaftar di Wikipedia. Penyunting berpengalaman dan pendatang baru adalah dialu-alukan untuk menyertainya. Tiada sekatan geografi dan sumbangan dalam semua bahasa Wikipedia adalah digalakkan.

Peserta boleh menyumbang dengan:

  • Mencipta rencana baharu.
  • Mengembangkan atau menambah baik rencana sedia ada.
  • Menterjemahkan rencana ke dalam pelbagai bahasa.
  • Menambah rujukan dan sumber yang boleh dipercayai kepada kandungan sedia ada.
  • Mempertingkat rencana dengan gambar bermutu tinggi yang berkaitan Ramadan dan tradisinya.

Garis masa

  • Peraduan bermula: 16 Februari 2026
  • Tarikh akhir penyerahan: 28 Mac 2026
  • Tempoh penilaian: 30 April 2026
  • Pengumuman pemenang: 31 Mei 2026

Hadiah

Peserta Wiki Cinta Ramadan 2026 mempunyai peluang untuk memenangi kedua-dua hadiah peringkat antarabangsa dan tempatan.

Hadiah antarabangsa (10 hadiah):
  • Hadiah tempat pertama: (300$)
  • Hadiah tempat kedua: (200$)
  • Hadiah tempat ketiga: (100$)
  • 7 hadiah saguhati: (50$)
Hadiah tempatan:
  • Cabang Wikimedia tempatan boleh menawarkan hadiah-hadiah tambahan yang akan diumumkan di laman-laman peraduan mereka.

Peraturan dan garis panduan

  • Peraduan ini terbuka kepada semua pengguna Wikipedia yang berdaftar.
  • Sumbangan berpasukan dibenarkan, tetapi hadiah akan dikongsi di antara anggota pasukan.
  • Setiap rencana hendaklah memenuhi keperluan saiz minimum 3,500 bait (untuk rencana baharu).
  • Bagi rencana yang sedia ada, peserta mesti memberikan ringkasan penambahbaikan yang dibuat dan hendaklah memenuhi keperluan saiz minimum 3,500 bait.
  • Semua sumbangan mestilah mematuhi dasar kandungan Wikipedia: Sudut pandangan berkecuali (NPOV), pengesahan (V) dan tiada penyelidikan asli (NOR).
  • Rencana mestilah tidak mengandungi penciplakan atau melanggar undang-undang hak cipta.
  • Peserta boleh menyerahkan berbilang rencana, tetapi setiap penyerahan mestilah menepati piawaian mutu peraduan.
  • Rencana yang didapati telah diciplak, mempunyai sumber yang lemah atau gagal mematuhi dasar Wikipedia akan digugurkan kelayakan.

Penganjur dan penaja

Wiki Cinta Ramadan 2026 dianjurkan oleh pasukan sukarelawan sejagat Wikimedia. Peraduan ini disokong oleh Yayasan Wikimedia serta rakan Wikimedia tempatan yang menyumbangkan hadiah dan membantu mempromosikan acara ini.

Jika anda ingin terlibat sebagai penganjur, anggota gabungan Wikimedia atau penaja, sila hubungi jawatankuasa penganjur melalui e-mel di wikimediaramadan@wikimedia.org atau ramadan@wikimedia.org, dan tandatangani di sini.

Soalan lazim (FAQ)

Edisi

Hubungi dan ikuti kami

Sila hubungi jawatankuasa penganjur melalui e-mel di wikilovesramadan@wikimedia.org

Untuk kecemasan, hubungi jawatankuasa penganjur melalui e-mel di team@wikilovesramadan.org

Sertai kami di media sosial

Partnership