Jump to content

Wikimania 2026

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Wikimania 2026 and the translation is 98% complete.

Ringkasan organisasi Wikimania: Comparative200520062007200820092010201120122013201420152016201720182019202020212022202320242025202620272028

Wikimania 2026, persidangan Wikimedia ke-21, dirancangkan di Paris, Perancis, bersemuka dan dalam talian. Sebahagian acara ini akan menyambut ulang tahun ke-25 Wikipedia perintis.

Tarikh

Wikimania akan berlangsung di Paris dari 21 hingga 25 Julai 2026.

Tema

Tema Wikimania Paris ialah Liberté, Équité, Fiabilité (Kebebasan, Kesaksamaan, Kebolehpercayaan).

Bersama-sama kita pertahankan ilmu, kesaksamaan, dan kebebasan.

Kita akan menyambut 25 tahun Wikipedia dicipta. Namun dunia kini dalam keadaan yang begitu berbahaya untuk ensiklopedia bebas dan seluruh ekosistemnya. Bagaimana cara kita menahan serangan politik dan media, meningkat solidariti dalam kalangan komuniti Wikimedia berbilang bahasa dan kejelataan digital lain, serta memastikan ruang terangkum di mana para Wikimediawan boleh mengimpikan masa depan bersama-sama? Wikimania 2026 menjadi peluang untuk kita bertindak demi memelihara capaian ilmu bebas.

Di dunia yang semakin berpolarisasi, di mana nilai-nilai demokrasi kehilangan tempat dan di mana persetujuan saintifik dan sejarah sentiasa dipersoalkan dan penyertaan dalam talian semakin terhad, projek-projek Wikimedia ialah pengecualian dalam landskap maklumat. Ia menawarkan ruang perkongsian pengetahuan di mana keseimbangan pandangan berlaku, di mana perbahasan idea dan mencari kesepakatan ialah projek bersama.

Dalam 25 tahun, komuniti penyumbang dalam talian telah berjaya mewujudkan aset digital bersama yang semua orang bergantung pada, termasuk pelajar, wartawan, saintis... tetapi juga AI janaan dan enjin carian.

Namun, sumber ini kini terancam: tokoh politik dan pertubuhan di seluruh dunia mahu melihat Yayasan Wikimedia dan Wikipedia ditutup, memaksakan pandangan militan mereka di dalamnya atau bahkan melatih AI untuk mengenal pasti penyumbang di sebalik nama samaran, mendedahkan identiti sivil mereka dan mendorong mereka untuk diganggu. Tidak ada yang berkecuali dalam berkongsi pengetahuan, dan tindakan tidak berkepentingan itu kini terancam. Tindakan menggugut, mendedahkan data peribadi, penapis dan penghalang kebebasan, atau lebih teruk lagi, ialah sebab melindungi ensiklopedia dan orang-orang yang menyumbang dan menyokongnya sangat diperlukan.

Kita terus berwawasan dunia yang semua orang, tanpa mengira jantina, asal atau bahasa, boleh berkongsi pengetahuan dunia. Untuk mewujudkan impian ini, kita perlu menyediakan ruang perkongsian yang selamat, terangkum dan pelbagai bahasa untuk Wikimedia dan rakan kongsi mereka. Wikimania Paris akan memberi tumpuan kepada tiga nilai asas ekosistem Wikimedia: Kebebasan, Kesaksamaan dan Kebolehpercayaan.

Kebebasan

Persidangan kita bertujuan menjelajah kebebasan asas yang mendasari projek-projek Wikimedia, bertumpukan penyertaan sejagat dan memecahkan penghalang pengetahuan. Kami sangat percaya bahawa setiap orang patut berpeluang berkongsi pengetahuan dengan bebas. Kebebasan mengikut serta dan kebebasan bersuara penting mengekalkan ruang yang sihat dan terbuka untuk berbahas, membenarkan setiap suara didengari dan dihormati. Kebebasan ini penting untuk memastikan semua perspektif terwakili dan perbincangan membina dan terangkum.

Aspek penting lain persidangan kita ialah kebebasan menyunting, mengeluarkan semula dan mengagihkan kandungan, dibolehkan oleh lesen bebas. Lesen ini memudahkan kerjasama dan reka baru, membenarkan semua bersumbang dan mendapat manfaat daripada sumber pendidikan dan budaya. Kebebasan nama samaran juga tema utama serta membenarkan semua menyertai tanpa takut akan pendakwaan dan ancaman yang tidak wajar. Justeru, melindungi identiti penyumbang dan memastikan keselamatan mereka.

Akhirnya, kita akan menekankan kebebasan berpersatuan dan pemerintahan sendiri serta kebebasan maklumat dan capaian kepada kandungan bermutu. Kami percaya semua orang patut ada capaian kepada sumber pendidikan dan budaya yang bermutu tinggi. Kebebasan reka baru juga akan dibincangkan kerana ia membenarkan penciptaan alat untuk memudahkan perkongsian pengetahuan, memastikan projek Wikimedia kekal di atas reka baru dan terus memberi capaian bebas kepada pengetahuan untuk semua orang di planet ini.

Kesaksamaan

Manakala kesaksamaan memberikan peluang setara untuk semua, kesaksamaan bertujuan memberi cara saksama untuk semua orang mengikut keperluan individu mereka.

Kami akan menumpukan masalah keadilan dan kebolehcapaian yang memastikan persekitaran setiap orang ada cara teknikal dan sosial yang diperlukan untuk menyertai pembinaan pengetahuan bersama.

Memastikan pengetahuan yang betul-betul berkongsi sejagat yang juga mewakili kepelbagaian manusia memerlukan kesaksamaan diletakkan di pusat penghasilan dan penggunaan pengetahuan. Kami percaya hanya amalan pelbagai budaya dan terangkum, dalam persekitaran sihat dan selamat boleh membawa kepada pandangan berkecuali dan membetulkan berat sebalah yang masih ada hari ini dalam projek kita dan dalam komuniti kita.

Kebolehpercayaan

Perhatian khusus akan diberi kepada kebolehan menentusahkan, kefaktaan dan keberkecualian kandungan yang dikongsi di projek Wikimedia. Kita akan menekankan perkara yang ini tandakan dari segi sumber, pada masa yang sama apabila kebolehpercayaan saintifik dan kesahihahn kerja kewartawanan semakin diserang. Kita akan mempersoalkan tanggungjawab kita sebagai gerakan sejagat mampu menghasilkan pengetahuan yang boleh dipercayai dan bebas dicapai, dicipta dan ditentusahkan oleh manusia.

Kita juga akan membincangkan peranan kita dalam ruang maklumat sejagat dan cara gerakan kita menyumbang kepadanya dan mesti teruskan menyumbang kepadanya. Kita perlu tanya diri sendiri soalan kemampanan dan keutuhan gerakan Wikimedia.

Kesimpulan

Kami berharap dapat meninggalkan Wikimania ini dengan keyakinan yang diperbaharui dalam nilai ini, perpaduan kuat, solidariti kuat dan kebingkasan kuat terhadap serangan politik dan media agar kita dapat terus kongsi maklumat yang boleh percaya, berkecuali dan bebas.

Pasukan penganjur

Atur cara

Biasiswa

Perhubungan

Penajaan dan perkongsian

Sukarelawan

Maragodam

Kepercayaan dan Keselamatan

Pasukan teknikal

Atur cara besar

Merci de consulter la page du programme sur le site de Wikimania.

Soalan lazim

Lihat senarai soalan kerap tanya tentang Wikimania 2026.

Expressions of interest

The Wikimania Committee asked interested parties to read the instructions and submit a form response on or before 8 January 2023.

List of submitted expressions of interestː

2024 or 2025

2025

Inquiries

For further inquiries or suggestions, please write to the Wikimania Committee at wikimania(_AT_)wikimedia.org