Wikimedia Community User Group Malaysia/Reports/AGM/2026/1
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PENGGUNA WIKI MALAYSIA BIL 1/2026
| Butiran |
|---|
| Tarikh: 19 Februari 2026 |
| Masa: 3.00 petang – 4.30 petang |
| Tempat: Hibrid (Fizikal di Balai Wikimedia, K Residence dan atas talian di aplikasi Zoom) |
| Pengerusi: Muhammad Nazhan Bin Naza’in |
| Kehadiran: 10 orang |
| Jumlah ahli: 11 orang |
Senarai Ahli Yang Hadir :
| Bil. | Nama | Jawatan |
| 1 | Muhammad Nazhan Bin Naza’in | Pengerusi |
| 2 | Chong Choon Yuen | Timbalan Pengerusi |
| 3 | Mohd Taufik bin Rosman | Bendahari |
| 4 | Ang Yi Seng | Penolong Setiausaha |
| 5 | Gerald Kerry Anak Gimang | Ahli Jawatankuasa Biasa |
| 6 | Ahmad Wafiq Aqil bin Kamarul | Ahli Jawatankuasa Biasa |
| 7 | Ahmad Ali bin A. Karim | Ahli Biasa |
| 8 | Farouk Azim bin Abd Rahman | Ahli Biasa |
| 9 | Mohammad Zahirul Nukman bin Mohd Narakna | Ahli Biasa |
| 10 | Faris Hazman bin Razali | Ahli Biasa |
Senarai Ahli Yang Tidak Hadir :
| Bil. | Nama | Jawatan |
| 1 | M.Jay Raj A L P. Muresh | Setiausaha |
Ucapan Aluan Pengerusi
[edit]Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Agung Tahunan dan merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen serta sokongan berterusan yang diberikan oleh semua pihak terhadap aktiviti pertubuhan sepanjang tahun lalu.
2.0 Hal Berbangkit
[edit]2.1 Penetapan Tempoh Keahlian
[edit]Wafiq membangkitkan bahawa tempoh keahlian ditetapkan selama setahun berdasarkan Fasal 8.
2.2 Cadangan Memperkukuh Peranan Wikitemu
[edit]Ali membangkitkan bahawa Wikitemu tidak digunakan atau diamalkan untuk membuat sebarang keputusan dan mencadangkan persidangan kebangsaan dibuat.
3.0 Perbincangan Agenda
[edit]3.1 Penerbitan Minit Mesyuarat di Meta
[edit]Minit Mesyuarat diterbitkan di Meta: Mesyuarat bersetuju sebulat suara agar minit mesyuarat bermula tahun 2026 diterbitkan di Meta.
100% suara=
:9,
:0,
:0
3.2 Penyelarasan Proses Pendaftaran Keahlian
[edit]Nazhan memaklumkan bahawa borang pendaftaran dibuka sepanjang tahun melalui emel, kumpulan WhatsApp, atau di dalam mesyuarat. Taufik mencadangkan AJK membuat keputusan secara terus untuk memudahkan urusan, manakala Ali berpendapat maklumat tertentu tetap diperlukan walaupun borang pendaftaran panjang sering menyebabkan orang ramai tidak mendaftar. Agenda ini dipersetujui secara majoriti.
88.89% suara=
:8,
:1,
:0
3.3 Pindaan Nama Rasmi Pertubuhan
[edit]Cadangan meringkaskan nama pertubuhan kepada "Wikimedia Malaysia (Wikimedia Malaysia Society)" untuk memudahkan urusan surat rasmi telah dipersetujui sebulat suara (9 Bersetuju, 0 Tidak Bersetuju). Keputusan ini meluluskan pindaan pada perlembagaan (sak fasa 1 dan sak fasa 2) untuk mengubah takrif nama dahulu kepada takrif nama baharu bagi meringkaskan nama pertubuhan.
100% suara=
:9,
:0,
:0
3.4 Penukaran Alamat Rasmi Pertubuhan
[edit]Penukaran alamat rasmi dari Johor ke pejabat rasmi di Kuala Lumpur telah dipersetujui (8 Bersetuju, 1 Tidak Bersetuju).
88.89% suara=
:8,
:1,
:0
3.5 Penggunaan Pengenalan Jawatan bagi Urusan Rasmi
[edit]Usul menggunakan pengenalan jawatan ketika berurusan dengan pertubuhan luar bagi tujuan ketelusan telah diluluskan (8 Bersetuju, 1 Tidak Bersetuju).
88.89% suara=
:8,
:1,
:0
4.0 Pembentangan Laporan Tahunan 2025
[edit]4.1 Taufik membentangkan pencapaian dan hasil aktiviti tahun lalu.
4.2 Laporan tersebut boleh diakses di laman meta wiki Wikimedia Community User Group Malaysia. Tarikh penghantaran laporan adalah sebulan sebelum tarikh tutup pada 31 Januari 2026.
5.0 Penganjuran Mesyuarat Agung (AGM) Lebih Awal
[edit]5.1 Zahirul mencadangkan agar AGM pada masa akan datang dilaksanakan sebelum penghantaran permohonan kepada pihak WMF (iaitu pada bulan Ogos). Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini (9 Bersetuju, 0 Tidak Bersetuju).
100% suara=
:9,
:0,
:0
6.0 Pemilihan Jawatankuasa Baru
[edit]6.1 Pengerusi mesyuarat mengumumkan pembubaran Ahli Jawatankuasa sesi lepas dan membuka pencalonan untuk sesi baharu.
6.2 Sebanyak 7 orang ahli jawatankuasa telah dicalonkan dan dipilih. Mesyuarat bersetuju melantik jawatankuasa baru berdasarkan jumlah undian daripada sesi pemilihan.
6.3 Keputusan pelantikan Ahli Jawatankuasa Wikimedia Malaysia bagi sesi 2026
[edit]- Pengerusi: Mohd Taufik bin Rosman
- Timbalan Pengerusi: Muhammad Nazhan Bin Naza’in
- Setiausaha: Ang Yi Seng
- Penolong Setiausaha: Gerald Kerry Anak Gimang
- Bendahari: Ahmad Ali bin A. Karim
- Ahli Jawatankuasa (AJK):
- Mohammad Zahirul Nukman bin Mohd Narakna
- Faris Hazman bin Razali
7.0 Pemilihan Juruaudit Dalaman
[edit]7.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik juruaudit dalaman yang baru berdasarkan jumlah undian majoriti.
100% suara=
:9,
:0,
:0
7.2 Keputusan pelantikan juruaudit dalaman
[edit]- Juruaudit: Chong Choon Yuen
8.0 Pemindahan Akaun Bank CUG Wikimedia Malaysia
[edit]8.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menggantikan akses akaun bank daripada AJK lama kepada AJK baru.
100% suara=
:9,
:0,
:0
8.2 Jawatan yang terlibat dalam penggantian akaun bank ini ialah Pengerusi, Setiausaha, dan Bendahari.
9.0 Lain-lain
[edit]9.1 Ali mencadangkan setiap ahli jawatankuasa untuk membuka akaun Wikimedia yang berbeza khusus untuk urusan pengeditan dan urusan rasmi ROS.
Penutup
[edit]Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua ahli yang telah meluangkan masa untuk hadir dan menyumbang idea dalam mesyuarat ini sebelum mesyuarat ditangguhkan secara rasminya.