Rancangan Tahunan Yayasan Wikimedia/2022-2023

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Wikimedia Foundation Annual Plan/2022-2023 and the translation is 70% complete.
Outdated translations are marked like this.


Wikimedia Foundation Annual Plan 2022-2023

Kisah Strategi Gerakan berpusatkan orang. Orang yang menyumbang dan menggunakan pengetahuan dan orang yang mencukupkan masyarakat yang pelbagai dan kumpulan yang menguasai Gerakan kami…Kami menetapkan sendiri arah strategi yang bercita-cita tinggi: menjadi prasarana penting bagi ekosistem pengetahuan bebas menjelang 2030. Untuk memastikan sesiapa yang berkongsi matlamat kami akan dapat menyertai kami, kami berusaha untuk kesaksamaan pengetahuan sebagai perkhidmatan.

Hasrat Kami

Tahun ini, Rancangan Tahunan Yayasan dikukuhkan dengan arah strategi Strategi Gerakan, berpusatkan matlamat kesaksamaan pengetahuan dan pengetahuan sebagai perkhidmatan. Proses merancang kami bermula lewat tahun lalu dengan jelajah pendengaran mencuba memahami perkara yang dunia dan gerakan perlukan sekarang. Hal ini membawa kepada kerja oleh kepimpinan dan kakitangan Yayasan antara Januari dan Mac 2022 untuk memahami peruntukan kini sumber pertubuhan di seluruh projek, rantau, masyarakat bahasa dan khalayak Wikimedia. Kami membangunkan prinsip perancangan seperti: pandang ke luar, tidak hanya ke dalam; cuba membayangkan perancangan dua cara dengan gerakan kami, bukan sahaja berkongsi maklumat satu cara daripada Yayasan; dan menambah baik penyelarasan Yayasan, tidak dengan pasukan berbeza yang tidak berturutan daripada satu sama yang lain.

Kami memutuskan tahun ini Yayasan Wikimedia akan menjadi lebih tertumpu pada mengubah secara radikal CARA kami buat kerja kami, daripada membamgunkan senarai panjang projek dan daya usaha yang baru. Pendekatan kami yang berubah juga bermaksud dokumen ini tidak digunakan sebagai senarai menyeluruh bagi kesemua yang dilakukan sekarang. Kebanyakan kerja kini akan berterusan kerana kami menambah baik secara serentak dalam beberapa bahagian, berhenti melakukan perkara dalam bahagian lain atau memperuntukkan semula sumber sedia ada kepada keutamaan yang lebih penting. Tahun ini lebih tentang anjakan dalam model mental, tidak banyak anjakan dalam kandungan. Hal ini agak benar bahawa kami mungkin perlu menganjak secara radikal beberapa PERKARA yang kami lakukan, kemungkinan melakukan kurang beberapa perkara dan lebih yang lain, tetapi tidak tanpa asas yang lebih kuar untuk cara kami bekerja kini.

Tahun ini, kami akan membuat kemajuan pada empat matlamat pertubuhan pada tahun mendatang. Dua matlamat yang pertama tertumpu pada arah strategi gerakan yang bercita-cita tinggi untuk memajukan kesaksamaan pengetahuan dan pengetahuan sebagai perkhidmatan. Dua matlamat yang kedua tertumpu pada kerja dalaman tadbir urus dan kesihatan gerakan kami, serta menambah baik prestasi dan keberkesanan Yayasan Wikimedia.

Matlamat Yayasan Wikimedia untuk 2022−2023

  1. Majukan Kesaksamaan Pengetahuan dengan membawa tumpuan serantau yang lebih kuat kepada kerja bersama kami.
  2. Dalamkan tekad kami kepada Pengetahuan sebagai Perkhidmatan dengan mengukuhkan cara kami mengutamakan dan memperuntukkan keluaran dan sokongan teknologi kepada 740+ projek Wikimedia, bermula dengan Wikimedia Commons dan Wikidata.
  3. Kukuhkan tadbir urus dan kesihatan gerakan dengan menyokong keutamaan penting seperti Piagam Gerakan, Tatakelakuan Sejagat, dan pelaksanaan strategi gerakan.
  4. Tambah baikkan prestasi dan keberkesanan Yayasan dengan menambah baik sokongan terjemahan/tafsiran, menaikkan lebih banyak metrik bermakna untuk mentaksir impak kami dan mereka bentuk perkhidmatan berkongsi untuk mentokong persekitaran bekerja yang benar-benar sejagat.

Kami juga akan cuba memahami kepentingan entiti gerakan (individu dan gabungan) dalam lebih banyak perancangan dua cara agar kami bukan sahaja mengongsikan perkara yang kami berniat untuk buat tetapi juga menanyakan yang lain tenrang rancangan mereka. Kami akan melihat orang yang berminat dalam mencuba ini dan pendekatan yang paling berkesan untuk mengenal pasti bahagian kepentingan sepunya dan keutamaan berkongsi.

Pendekatan Kami

Pertubuhan dan kumpulan di dunia mempunyai falsafah, pendekatan dan set amalan berbeza untuk “perancangan.” Beberapa merancang terlalu banyak dan tidak mengulanginya dengan cukup. Beberapa tidak merancang dengan cukup dan bersusah payah menjalankannya. Terdapat beribu-ribu buku, rencana, laman web dan video tentang “perancangan.” Pada asasnya perancangan, tanpa mengira rangka yang digunakan, perlu membuatkan imbangan antara mengetahui arah kami sedang tuju dalam dan bergerak orang, proses dan sistem ke hadapan untuk mencapai matlamat atau bergerak lebih dekat dengan matlamat yang bercita-cita tinggi.

Begitu juga, Yayasan Wikimedia telah mengguna pakai pelbagai pendekatan untuk merancang pada masa lalu, selalunya membalas kepada keadaan, kepimpinan dan keperluan masa itu. Untuk tahun mendatang, kami akan menguji kaedah untuk mengalihkan kami daripada tahun akhir Rancangan Jangka Sederhana Yayasan kepada rangka masa depan yang kekal membalas kepada keperluan gerakan kita dan dunia kita.

Hal ini bermula dengan niat mengukuhkan rancangan tahunan kami dalam arah strategi gerakan kami. Hal ini memerlukan kami semua untuk mentakrifkan dengan lebih baik konsep penting dan maksud sebenarnya: apakah yang kami maksudkan apabila kami kata ‘pengetahuan perkhidmatan’? Bagaimana rupa ‘kesaksamaan pengetahuan’? Bagaimana arah strategi ini memaklumkan pelaksanaan dan hubungan kerja kini dan masa depan?

Yayasan Wikimedia telah membesar dengan sangat pesar sepanjang 3 tahun yang lalu – meningkatkan belanjawannya dengan lebih daripada 30% pada tahun lampau dengan tambahan lagi lebih daripada 200 orang baru sejak 2020. Hal ini tidak akan berterusan pada tahun fiskal 2022−2023 apabila kami menstabilkan pertumbuhan kami dan juga memastikan sumber baru menghantar impak maksimum untuk misi kami. Kami menjangka 17% peningkatan dalam belanjawan 2022−2023 kami, kebanyakan daripada kos inflasi dan tahun-pada-tahun yang lain. Dana kepada entiti gerakan yang lain (individu dan gabungan) akan meningkat untuk tahun depan dengan sekurang-kurangnya 17% peratus yang sama, jika tidak lebih. Disebabkan sebahagian besar belanjawan sendiri Yayasan diperuntukkan untuk kos pengambilan kakitangan, keputusan sumber terpenting kami tentang masa dan prestasi orang dan pasukan kami.

The proportion of programmatic (76%), fundraising (10%) and general and administration expenses spend (14%) will be roughly in line with past years.

Budget breakdown FY22-23
Total Revenue (including interest income) 175.0
Programmatic 132.8
Fundraising 17.7
General & Admin. 24.5

Dalam semangat cara wiki, rancangan kami dipersembahkan sebagai dokumen teks bentuk panjang. Ia akan dikongsi di wiki dalam pelbagai bahasa dengan masyarakat, lembaga dan kakitangan. Kami berharap formar ini akan membenarkan untuk lebih urusan (pelbagai bahasa) mengenai bahan dan idea sambil juga menghubungkan kerumitan dan nuansa yang mungkin sukar untuk dicapai melalui slaid dan hamparan.

Kami telah mengenal pasti bahagian tema untuk membawa kerja kami untuk tahun ini. Dalam beberapa bahagian, kami telah menghuraikan cabaran dengan penyelesaian terusul, dan dalam bahagian lain kami telah mentakrifkan uji kaji untuk memberikan secara ringkas titik permulaan konkrit untuk cara bekerja yang baru – di dalam Yayasan dan juga dengan masyarakat kami dan dunia. Kami menumpukan pendekatan berkesan untuk membawa dan mengubah cara kami merancang dan bekerja tahun ini.

Baca lagi: Matlamat →