Jump to content

Wikipedia 25/Acara/Merancang acara

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Wikipedia 25/Events/Planning an event and the translation is 100% complete.

Pada tahun mendatang, anda mungkin ingin merancang suatu acara untuk meraikan hari lahir ke-25 Wikipedia, atau peristiwa penting dalam komuniti anda sendiri. Set alatan acara ini membantu anda mengenal pasti keperluan acara anda untuk membantu merancang suatu acara hari lahir yang berjaya.

Melibatkan diri

15 Januari 2026 menandakan hari lahir ke-25 Wikipedia dan terdapat banyak cara untuk meraikannya. Anda boleh:

Mengadakan acara Wikipedia 25 anda sendiri

Cadangan acara

Penglibatan kreatif dan awam

  • Bekerjasama dengan artis jalanan tempatan untuk menghasilkan mural yang diilhamkan oleh Wikipedia, yang didedahkan pada acara komuniti.
  • Menganjurkan parti blok dengan muzik, baju-T dan kegiatan yang bertemakan Wikipedia.
  • Mengadakan Wikikelah (perjumpaan perkelahan untuk para Wikimediawan dan rakan).
  • Menghasilkan penapis swafoto tersuai (contohnya, "Pengetahuan ialah…") dan menggalakkan penggunaannya di dalam komuniti.
  • Membuat kempen poster Wikipedia di lokasi-lokasi bandar utama.
  • Mencipta peta artistik yang meraikan ulang tahun ke-25 Wikipedia di titik-titik penting di seluruh bandar anda.

Acara perkongsian pengetahuan

  • Bekerjasama dengan institusi GLAM atau universiti tempatan untuk menjadi tuan rumah sambutan.
  • Mengadakan acara mikrofon terbuka singkat bagi para anggota komuniti berkongsi kisah-kisah yang memberikan inspirasi.
  • Menganjurkan marasunting yang memberi tumpuan kepada kandungan komuniti tempatan yang menyasarkan pencapaian seperti 2,500 penyuntingan, dengan suntingan langsung dipaparkan pada dinding.
  • Bekerjasama dengan pihak perbandaran anda atau institusi GLAM tempatan untuk mencipta dan memasang kod QR yang memautkan secara terus kepada rencana dan imej Wikipedia yang berkaitan dengan tempat di mana mereka berada. Untuk menonjolkan inisiatif ini, plak khas boleh ditambah di setiap tapak dengan mesej: "25 tahun berkongsikan tempat anda di dunia".

Sambutan berfokuskan gambar

  • Hubungkan acara komuniti dengan kempen gambar Wiki Cinta.
  • Menganjurkan acara siar-siar bergambar bersama dengan masyarakat tempatan.
  • Mengadakan galeri dalam talian atau muzium untuk mempamerkan gambar-gambar.

Pertemuan ria dan interaktif

  • Merancang malam permainan interaktif dengan hadiah (contohnya, trivia, pemburuan harta karun, perlumbaan).

Contoh idea acara

Perpustakaan Manusia Kisah Wikimedia

Undang anggota komuniti dan pendatang baru untuk bertindak sebagai "buku hidup" yang berkongsikan perjalanan peribadi mereka dengan Wikipedia dan pengetahuan bebas. Ini boleh menjadi gabungan sesi bersemuka dan dalam talian di mana peserta bolkeh "meminjam" seseorang selama 15 minit untuk mendengar kisah mereka.

Pameran Rumah Pengetahuan

Mencipta pameran awam—sama ada secara fizikal atau digital—yang mempamerkan dampak Wikipedia selama 25 tahun. Sertakan peristiwa penting, cerita serantau dan paparan interaktif di mana pengunjung boleh "menambahkan pengetahuan mereka" dengan serta-merta.

Pertandingan Pembuatan Kek Wikipedia

Menganjurkan cabaran membuat kek seluruh komuniti, di mana para peserta mereka bentuk kek yang diinspirasikan oleh Wikipedia (logo, tema pengetahuan atau versi bahasa tempatan mereka). Kongsikan kiriman di media sosial untuk memicu keseronokan dan keterlihatan.

Mencari tempat

Padankan saiz tempat anda dengan keperluan acara. Jika anda mengadakan marasunting, anda memerlukan pilihan kuasa capaian internet dan banyak lagi. Pertimbangkan membuat permohonan kepada ruang awam seperti perpustakaan, ruang sekolah atau tempat perhimpunan awam. Galeri dan muzium juga mungkin merupakan tempat yang baik.

Acara dalam talian

Merancang acara maya adalah sangat serupa dengan merancang acara secara bersemuka. Anda perlu meluangkan masa untuk merancang atur cara, mempunyai pembicara dan libatkan peserta anda.

Berita baik buat penganjur acara ialah acara maya mempunyai perbelanjaan yang lebih rendah berbanding acara bersemuka. Acara maya dapat menjimatkan kos-kos berkaitan seperti perjalanan, penginapan, sewaan tempat, katering, barang bercetak (papan tanda, poster, program persidangan), peralatan A/V dan sebagainya.

Strategi kandungan anda hendaklah saling berkaitan dengan matlamat yang anda ingin capai. Rancang dengan mempertimbangkan hasil akhirnya. Apakah perubahan yang anda ingin mulakan melalui penganjuran acara itu?

Atur cara anda hendaklah berlandaskan matlamat keseluruhan yang telah anda tetapkan untuk acara tersebut. Contohnya, jika anda ingin menarik pendatang baru, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menyediakan kandungan yang mudah untuk berinteraksi.

Jika anda merancang suatu sambutan, luangkan sedikit masa untuk menentukan perasaan yang anda inginkan dengan acara anda. Apakah unsur-unsur yang membentuk suatu sambutan itu? Adakah anda akan berkongsi sorotan atau pencapaiannya? Sebaiknya, berapa ramai orang hadirin yang diingini? Apakah format yang anda ingin gunakan untuk berinteraksi dengan kandungan anda?

Memilih teknologi yang betul hanya perlu dilakukan sebaik sahaja anda menetapkan matlamat dan format untuk mencapainya. Pilihan teknologi anda haruslah sejajar dengan matlamat yang ingin anda capai.

Adakah anda menjemput pakar bidang untuk menyampaikan kandungan program? Adakah anda mahu kandungan tersebut disiarkan secara langsung, dirakamkan atau kedua-duanya? Adakah anda memudah cara penyertaan merentasi pelbagai zon waktu dan bahasa? Pilihan teknologi anda harus menyokong hasrat ini.

Memperkenalkan acara anda

Memulakan dengan menyenaraikan acara anda di Acara Wikipedia 25.

  1. Kemudian pertimbangkan untuk berkongsi butiran acara di senarai mel komuniti anda.
  2. Undang para hadirin untuk membawa rakan, rakan sekerja dan ahli keluarga mereka.
  3. Mengumumkan acara itu di saluran-saluran media sosial. Gunakan tanda pagar #Wikipedia25 untuk membantu orang lain mencarinya.

Mendapatkan sokongan daripada Yayasan Wikimedia

Mohon untuk salah satu geran Wikipedia 25 yang tersedia untuk semua anggota komuniti kami bagi mendapatkan dana untuk acara anda.

Tambahkan acara anda di kalendar dan peta

Sediakan maklumat berguna

Untuk berkomunikasi dengan cekap mengenai acara anda, pastikan anda menyediakan maklumat berikut:

  • Nama acara anda
  • Tarikh, masa, tempoh
  • Penerangan ringkas dan menarik untuk membuat orang teruja dan memberitahu mereka apa yang dijangkakan daripada acara itu
  • Hadirin yang dijangkakan: Adakah acara itu terbuka untuk pemula? Adakah terdapat prasyarat untuk menyertainya?
  • Untuk acara di tapak: Lokasi, alamat, arah ke tempat itu
  • Untuk acara dalam talian: Alatan yang digunakan, pautan capaian, keperluan untuk menyertainya
  • Borang pendaftaran jika ada, senarai terbuka peserta
  • Tempat untuk bertanyakan soalan atau cara untuk menghubungi penganjur

Untuk menambah acara anda ke senarai yang dipaparkan pada laman Acara utama, kami menggalakkan penggunaan alat Pendaftaran Acara. Berikut ialah arahan yang perlu diikuti:

Langkah 1: Sediakan semua maklumat yang disenaraikan di atas.

Langkah 2: Gunakan alat Pendaftaran Acara untuk mencipta acara anda. Pada wiki besar, anda memerlukan hak pengguna "Penganjur acara" yang dikawal oleh pentadbir wiki tempatan. Pada wiki wiki sederhana dan kecil, Pendaftaran Acara tersedia untuk semua pengguna yang disahkan secara automatik.

Anda boleh meminta pengguna Penganjur Acara di sini (di Meta-wiki) atau di wiki pilihan anda. Berikut ialah panduan video untuk Meta-wiki yang mungkin berguna.

Langkah 3: Mencipta laman acara anda. Pastikan anda menggunakan frasa "Wikipedia 25" pada tajuk acara anda. Contohnya: Wikipedia 25 – Sambutan pertemuan Afrika Selatan

Perlukan lebih banyak bantuan? Ketahui cara menggunakan alat Pendaftaran Acara.

Setelah anda telah menambahkan acara anda dengan semua maklumat yang berkaitan, acara anda akan muncul di laman Acara utama.

Mengemas kini peta

Jika anda menganjurkan acara secara bersemuka dan ingin acara itu dipaparkan pada peta, buka laman ini dan tambahkan templat di bawah untuk acara anda. Bahagian penting ialah pemboleh ubah "butir lokasi". Gunakan butir Wikidata Q. Contohnya "Q90" ialah butir untuk Paris, Perancis.

{{WP25/Event
| event = Wikipedia 25th Anniversary: Zimbabwe 
| time = 05 February-13 February 2026
| organizer = Beatrice Kaseke 
| languages = Chishona, Ndebele and English
| location = Zimbabwe
| location item = Q
}}

Catatan: Pasukan Penerangan Pergerakan di Yayasan juga akan mengemas kini Peta pada setiap bulan.