Jump to content

WikiForMotherTongue/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page WikiForMotherTongue and the translation is 95% complete.
Outdated translations are marked like this.

WikiUntukBahasaIbunda :

Tujuan kempen Wiki Untuk Bahasa Ibunda atau #WikiForMotherTongue ialah untuk memastikan setiap orang mempunyai capaian untuk maklumat yang berkecuali, berasaskan fakta, dan semasa dalam bahasa isunda mereka, diuruskan seluruh dunia oleh bahagian dan kumpulan Wikimedia serta sukarelawan Wikipedia tempatan. WikiUntukBahasaIbunda ialah sebuah pertandingan tahunan di mana sesiapa boleh menyumbang dalam bahasa ibunda mereka.

Bagi 2025, kami menggalakkan komuniti Wikimedia untuk mengembangkan topik penting untuk menyambut Ulang Tahun ke-25 Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saitifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2000 bagi menggalakkan linguistik dan kepelbagaian budaya dan bahasa, kami mengundang komuniti Wikimedia untuk mencipta pengetahuan di Wikipedia, Wikidata, Wikikamus dan Wikipetikan.

Kempen ini memfokuskan pada pertandingan menulis dan acara komuniti serantau yang akan memberi tumpuan pada isu-isu yang paling penting dalam konteks tempatan mereka.

Anjur

Anda boleh mengurus sejumlah acara sekitar kempen bahasa ibunda untuk mengenal pasti lebih ramai penutur dalam bahasa ibunda anda. Antara kegiatan termasuklah:

  • WikiGotong-Royong atau bengkel menyunting dalam bahasa ibunda anda
  • Menguruskan sebuah pertandingan menyunting tempatan kecil-kecilan dalam bahasa ibunda anda
  • Menjadi tuan rumah bagi sebuah webinar yang menerangkan peranan Wikipedia, Wikikamus, Wikipetikan dan Wikidata dalam bahasa ibunda anda
  • Cuba sesuatu yang lain?


Sokongan Serantau bagi Penganjur

Adakah anda sebuah pengajur peringkat negara atau komuniti yang menghimpunkan komuniti anda untuk menyertai kempen ini? Kami mempunyai penganjur gerakan yang berpengalaman yang bekerja di kawasan anda untuk menyokong anda dengan maklumat yang tepat yang boleh dicapai dalam bahasa anda? Adakah anda memerlukan bantuan untuk mengenal pasti jenis kegiatan komuniti yang tepat untuk menganjurkan, sebuah tema kempen yang difahami dengan mendalam untuk menyelaraskan konteks tempatan anda, alatan yang betul untuk membina senarai rencana anda?

Bila

Projek WikiUntukBahasaIbunda ialah sebuah pentandingan yang diadakan pada Februari setiap tahun.
Tempoh
February 1 – February 29

Di mana

Projek WikiUntukBahasaIbunda dijalankan di peringkat dunia. Walau bagaimanapun, setiap tahun, tindakan khusus (latihan, komunikasi, dll.) boleh diadakan di beberapa buah negara dengan penganjur peringkat negara.

Rakan Kongsi