Wikimedia Foundation elections/Board elections/2011/Committee/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to: navigation, search
Proses pemilihan telah tamat pada 12 Jun 2011. Undian baru tidak akan diterima lagi.
Keputusan telah diumumkan pada 17 Jun 2011.
Pemilihan Lembaga 2011
Pentadbiran

Jawatankuasa Pemilihan Lembaga 2011 mengelola butiran pengurusan pemilihan sesuai dengan kapasiti yang diberikan kepada mereka oleh Lembaga Pemegang Amanah, tertakluk kepada rujukan Lembaga, dan boleh memberikan syor kepada Lembaga mengenai pemilihan ini.

Keahlian[edit]

Jawatankuasa terdiri daripada ahli yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah untuk menguruskan pemilihan Lembaga Pemegang Amanah Wikimedia 2011. Ahli jawatankuasa mestilah merupakan penyunting di satu atau lebih projek Wikimedia, bukan merupakan anggota Lembaga Pemegang Amanah atau calon dalam pemilihan, dan tidak boleh mengundi dalam pemilihan.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada lima anggota sukarela berikut:

Nama Bahasa Lokasi (zon waktu)
Abbas Mahmoud sw, en-3 Nairobi, Kenya (UTC+3)
Jon Harald Søby nb, en-3, sv-3, de-2, da-2, es-1, eo-1, ro-1, sw-1 Dar es Salam, Tanzania (UTC+3)
"Mardetanha" fa, az, en-3, tr-2, ar-1, mzn-1, glk-1, bqi-1, tk-1, crh-1 Zanjan, Iran (UTC+3:30)
"Matanya" he, en Israel (UTC+2)
Ryan Lomonaco en Grand Rapids, Michigan, A.S. (UTC-4)

Tugas[edit]

Jawatankuasa bertanggungjawab merencana dan menjalankan hampir-hampir semua aspek pemilihan Lembaga. Sebagai contoh, Jawatankuasa merancang cara pemilihan, menetapkan kriteria hak mengundi dan kriteria pencalonan, menyediakan konsep dan mengatur semua laman pemilihan rasmi di Meta, memastikan semua calon dan pengundi memenuhi kriteria, mengaudit undian untuk memastikan tiada undian berganda atau masalah lain, dan sebagainya.