Perjanjian kerahsiaan bagi maklumat bukan awam

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Confidentiality agreement for nonpublic information and the translation is 90% complete.

Outdated translations are marked like this.
Other languages:
Bahasa Melayu • ‎British English • ‎Canadian English • ‎Deitsch • ‎Deutsch • ‎English • ‎Esperanto • ‎Ido • ‎Jawa • ‎Ladino • ‎Lingua Franca Nova • ‎Lëtzebuergesch • ‎Malagasy • ‎Nederlands • ‎Novial • ‎Ripoarisch • ‎Sunda • ‎Tagalog • ‎Tiếng Việt • ‎Türkçe • ‎asturianu • ‎bosanski • ‎dansk • ‎eesti • ‎español • ‎euskara • ‎français • ‎galego • ‎interlingua • ‎italiano • ‎lietuvių • ‎magyar • ‎norsk • ‎norsk bokmål • ‎oʻzbekcha/ўзбекча • ‎polski • ‎português • ‎português do Brasil • ‎română • ‎slovenčina • ‎suomi • ‎svenska • ‎čeština • ‎Ελληνικά • ‎Ирон • ‎башҡортса • ‎български • ‎македонски • ‎русский • ‎українська • ‎ייִדיש • ‎اردو • ‎العربية • ‎بختیاری • ‎سنڌي • ‎فارسی • ‎پښتو • ‎کوردی • ‎नेपाली • ‎हिन्दी • ‎বাংলা • ‎ਪੰਜਾਬੀ • ‎ગુજરાતી • ‎ଓଡ଼ିଆ • ‎తెలుగు • ‎ಕನ್ನಡ • ‎മലയാളം • ‎ไทย • ‎ဖၠုံလိက် • ‎မြန်မာဘာသာ • ‎ትግርኛ • ‎中文 • ‎中文(台灣)‎ • ‎日本語 • ‎粵語 • ‎한국어
Ingin membantu menterjemah? Terjemah mesej hilang.
Information
Pintas:
CAFNI

Berikutan perbincangan komuniti, Badan Amanah Yayasan Wikimedia meluluskan polisi Capaian pada maklumat bukan awam baru pada 25 April 2014. Selaras dengan polisi ini, sukarelawan dengan capaian pada maklumat bukan awam (seperti sukarelawan OTRS, CheckUsers, Oversighters, dan Stewards) perlu menandatangani perjanjian kerahsiaan ini untuk menerima atau mengekalkan capaian pada maklumat bukan awam mereka. Arahan mengenai bagaimana menandatangani perjanjian ini ada tersedia.

NOTA: Dokumen ini dengan sengaja menyatakan "usia X" kerana dokumen yang ditandatangani boleh mengatakan sama ada 16 tahun atau 18 tahun bergantung pada peranan orang yang menandatanganinya. Dokumen-dokumen bagi pad perundangan "Legalpad" yang perlu ditandatangani sukarelawan menunjukkan usia sebenar bagi borang tersebut.

Perjanjian Kerahsiaan - Maklumat Bukan Awam

Anda memberikan perkhidmatan yang kritikal dan berharga pada pergerakan Wikimedia, dan kejayaan projek-projek kami bergantung pada ahli komuniti Wikimedia yang diberi kuasa seperti anda. Sebagai balasan, anda diamanahkan dengan maklumat bukan awam yang sulit, termasuklah maklumat persendirian pengguna. Perjanjian antara anda dan Yayasan Wikimedia ini mencerminkan komitmen bersama kita untuk melindungi maklumat tersebut.

Maklumat bukan awam. Maklumat bukan awam adalah maklumat persendirian, termasuklah maklumat persendirian pengguna, yang anda terima melalui pengunaan alatan yang dibekalkan kepada anda sebagai ahli komuniti Wikimedia yang diberi kuasa atau daripada ahli-ahli lain. Maklumat bukan awam termasuk "maklumat peribadi" sebagaimana ditakrifkan oleh Polisi Privasi Wikimedia, alamat IP dan maklumat peribadi lain yang boleh dikenal pasti yang tidak didapati secara umum. Ia tidak termasuk maklumat mengenai pengguna yang selainnya dijadikan awam oleh pengguna itu sendiri di projek-projek Wikimedia.

Pengecualian pada Bukan Maklumat Awam. Maklumat bukan umum tidak termasuk sebarang maklumat yang (a) terdapat secara terbuka pada masa pendedahan; (b) menjadi terbuka selepas pendedahan tanpa melanggar dasar ini oleh anda; (c) berada dalam simpanan anda sebelum pendedahan, seperti yang dibuktikan oleh rekod bertulis anda, dan bukan sebahagian daripada peruntukan rahsia dasar Wikipedia yang sebelumnya; atau (d) dikehendaki melalui undang-undang untuk didedahkan oleh anda, tetapi anda berjanji untuk memberi notis dengan segera kepada WMF mengenai keperluan undang-undang tersebut dan mematuhi sebarang perintah perlindungan yang dikenakan bagi pendedahan tersebut.

Ahli masyarakat yang diberi kebenaran Ahli komuniti yang dibenarkan adalah pengguna Wikimedia yang diamanahkan, melalui proses pengesahan komuniti-atau Yayasan, dengan maklumat dirangkumi oleh Polisi Privisi Wikimedia. Ini termasuk ahli komuniti dengan capaian pada sebarang perkakasan yang membenarkan mereka melihat maklumat bukan awam mengenai pengguna lain atau ahli awam, ahli komuniti dengan keupayaan melihat kandungan atau maklumat pengguna yang telah dibuang dari penglihatan pentadbir, dan sukarelawan pembangunan dengan capaian pada maklumat bukan awam. Ahli komuniti Wikimedia yang dibenarkan mungkin termasuk, sebagai contoh, pemeriksa, checkusers, sukarelawan pembangun, dan peranan dibenarkan yang seumpama dengannya.

Perlindungan maklumat bukan awam. Anda bersetuju untuk:

  • Mematuhi Dasar Privasi; Dasar Capaian Maklumat Bukan Awam; dan mana-mana dasar komuniti yang terpakai dan tidak bercanggah yang berkaitan dengan maklumat bukan awam;
  • Menahan diri daripada mendedahkan maklumat bukan awam kepada sesiapa, melainkan yang dibenarkan di bawah dasar-dasar tersebut;
  • Melindungi akaun anda dengan munasabah daripada capaian dan penggunaan yang tidak dibenarkan;
  • Melibatkan diri dalam capaian, penggunaan, dan pendedahan maklumat bukan awam hanya sebagaimana yang diperlukan dan dibenarkan dalam peranan anda sebagai seorang ahli komuniti Wikimedia yang diberi kuasa; dan
  • Memaklumkan check-disclosure@wikimedia.org dan mengemukakan penjelasan dalam tempoh 10 hari sekiranya anda mendedahkan maklumat bukan awan kepada pihak luar, seperti penguat kuasa undang undang.
Pelanggaran.

Anda bersetuju bahawa sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terhadap perjanjian ini, termasuklah capaian yang tidak wajar, penggunaan, atau pendedahan maklumat bukan awam:

  • Anda akan memaklumkan kepada Yayasan Wikimedia mengenai pelanggaran tersebut serta-merta;

Anda akan menghapuskan atau selainnya memusnahkan semua maklumat bukan awam bawah milikan dan kawalan anda, sekiranya diarahkan oleh Yayasan Wikimedia;

  • Capaian anda terhadap maklumat bukan awam boleh ditamatkan; dan
  • Yayasan Wikimedia boleh mengambil tindakan remedi undang-undang, termasuklah relief injunksi atau, dalam hal niat sengaja, ganti rugi kewangan.

Peruntukan-peruntukan lain. Anda juga bersetuju:

  • Perjanjian ini tidak mewujudkan sebarang hubungan pekerjaan, agensi, perkongsian, atau usaha sama antara anda dan Yayasan Wikimedia;
  • Anda tidak boleh memindah atau menyerahkan hak-hak atau kejawipan anda di bawah perjanjian ini;

Anda sepenuhnya bertanggungjawab terhadap bagaimana anda mencapai dan menggunakan maklumat bukan awam, dan kegiatan atau akaun anda boleh semak oleh pengguna lain yang dibenarkan atau oleh Yayasan Wikimedia; dan

  • Undang-undang Negeri California dan Amerika Syarikat akan mentadbir perjanjian ini (tanpa merujuk kepada prinsip percanggahan undang-undang).

Antara muka

Dengan menaip nama anda di bawah, mengklik kotak semak, dan mengklik butang "Menandatangani Dokumen" ("Sign Document") di bawah, anda mengakui bahawa anda telah mengkaji dan bersetuju dengan perjanjian kerahsiaan antara anda dan Yayasan Wikimedia. Antara lain, anda mestilah:

(1) Memastikan bahawa maklumat bukan awam, sebagaimana ditakrifkan dalam perjanjian kerahsiaan ini, rahsia;
(2) Memaklumkan Yayasan Wikimedia sekiranya maklumat sedemikian didedahkan kepada sebarang pihak luar, seperti penguat kuasa undang-undang; dan

(3) Mematuhi Polisi Privasi Wikimedia dan [[Access to nonpublic personal data policy|Polisi Capaian pada Maklumat Bukan Awam; dan

(4) Membekalkan kepada Yayasan Wikimedia satu alamat e-mel yang sah yang dikaitkan dengan akaun yang anda gunakan untuk memohon hak-hak capaian.

Dengan menaip nama anda di bawah, mengklik kotak semak, dan mengklik butang "Menandatangani Dokumen" ("Sign Document") di bawah, anda mengakui bahawa anda telah menyemak dan bersetuju dengan perjanjian kerahsiaan antara anda dan Yayasan Wikimedia. Antara lain, anda mestilah:

berusia 18 tahun

berusia 16 tahun

Perjanjian Kerahsiaan Am - Maklumat Bukan Awam

Perjanjian Kerahsiaan Pengguna OTRS - Maklumat Bukan Awam

Serah

Laman-laman berkenaan privasi