WMDOC/Wikipedia leaflet/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search

Muka Depan[edit]

Apakah Wikipedia?

Bayangkan sebuah dunia yang mempunyai capaian bebas kepada semua pengetahuan manusia.Itulah yang kami usahakan.

Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia kandungan bebas yang boleh dibaca dan disunting oleh sesiapa jua.

Wikipedia bermula sebagai sebuah projek ensiklopedia Inggeris pada 15 Januari 2001. Ini diikuti dengan edisi ensiklopedia Jerman dan dalam masa yang singkat projek ini mula dikembangkan dalam bahasa-bahasa lain. Daya usaha dan komitmen yang tinggi dicurahkan oleh para penyunting dalam projek sejagat ini. Versi Inggeris Wikipedia mengandungi lebih daripada 2.5 juta rencana yang merupakan koleksi rencana terbesar. Namun begitu, terdapat lebih daripada 7 juta rencana dalam 250 bahasa. Segala di Wikipedia semakin berkembang.

Tiada insan mengetahui segalanya, namun setiap insan mengetahui sesuatu.

Wikipedia diasaskan dengan kepercayaan bahawa hampir semua orang mempunyai sedikit pengetahuan yang boleh dikongsi bersama. Penyunting-penyunting kami—dari muda remaja hingga ke warga emas—setiap orang menyumbang sedikit yang membantu menjadikan Wikipedia satu usaha sama dalam pendidikan yang paling menyeluruh pernah dihasilkan. Kami percaya bahawa setiap orang punya hak untuk belajar, dan semua orang punya ilmu yang boleh (dan patut) diajarkan kepada orang lain.

Siapa pembentuk masyarakat Wikipedia?

Di Wikipedia, sesiapa jua boleh mencipta dan mengubah sesebuah rencana dengan pantas, sekaligus tiada satu pun rencana yang mempunyai seorang pengarang. Sebaliknya, berpuluh-puluh, malah beratus-ratus orang bekerja bersama-sama, berkongsi pengetahuan mereka bagi menyunting dan memperbaiki kandungan Wikipedia. Hasilnya ialah ‘binaan’ yang tidak berkesudahan, dan saban hari menjadi lebih mendalam dan lebih baik daripada sebelumnya. Penyumbang boleh membuka akaun pengguna baru, dengan nama pengguna dan kata kunci, namun ini tidak wajib. Banyak juga karya terbaik di Wikipedia, disumbangkan oleh pengguna tanpa nama. Sebahagian besar daripada mereka, yang hanya lalu seketika, terjumpa sesuatu yang mereka boleh kemaskan. Kebanyakannya mula jatuh hati dan kemudiannya menjadi warga penting masyarakat sukarela Wikipedia. Dasar pandangan berkecuali yang kami dukung menggalakkan banyak orang dari pelbagai latar belakang untuk kerja bersama-sama. Bilamana perbalahan timbul, kami leraikan dengan baik melalui mekanisme yang sudah lama wujud.

"Anda boleh sunting laman ini sekarang juga!"

Kunci kejayaan Wikipedia ialah sebuah perisian baru yang inovatif dikenali sebagai "wiki". Direka oleh Ward Cunningham pada tahun 1995, perisisan ini membolehkan pengguna mencipta laman web dinamik, yang membenarkan semua pengguna menyuntingnya dengan pantas dan mudah menggunakan pelayan web peribadi mereka. Ia mudah, ia pantas, ia adalah wiki!

Wikiwiki— "pantas" dalam Bahasa Hawaii

Bahasa wiki, dikenali sebagai wikitext, sememangnya lebih mudah berbanding HTML. Dengan niat, supaya sesiapa jua boleh belajarnya dalam sekelumit masa. Sebagai contoh, untuk teks condong, apitkan sahaja dengan dua koma atas. Untuk huruf tebal gunakan tiga. Untuk pautan pula, apitkan sahaja teks dengan dua tanda kurungan ([[]]). Perisian digunakan oleh Wikipedia bernama Mediawiki yang dibangunkan dengan tujuan khusus untuk mencipta sebuah ensiklopedia. Hari ini, perisian ini diedarkan di bawah Lesen Awam Am GNU (GPL). Ia digunakan oleh pelbagai wiki yang lain, tetapi Wikipedia masih merupakan wiki terbesar yang wujud.

Bagaimanakah saya menjadi ahli Wikipedia?

Senang sahaja! Anda hanya perlu pergi ke Wikipedia dan mulalah menyunting. Tambahlah sesuatu yang anda tahu, kembangkan sesebuah rencana atau perbaiki sahaja gaya penulisannya. Kami pasti anda akan kembali lagi ke fenomena internet yang paling pesat berkembang di dunia ini!

Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GDFL)

Semua teks dan gambar yang disumbang ke dalam Wikipedia dianggap sebagai kandungan bebas dengan lesen GDFL. Maksudnya, semua kandungan boleh digunakan, disunting, disalin, dan diedarkan secara bebas dan percuma, namun tertakluk kepada beberapa kekangan kecil lesen ini.

Belakang[edit]

Projek berkembar Wikipedia

Sambil Wikipedia berkembang, projek-projek berkembar dibuka bagi menambah mutu kepada kandungan ensiklopedia. Kebanyakannya telah mengambil halatuju masing-masing. Namun, semuanya masih merupakan sebahagian daripada keluarga Wikimedia. Sehingga kini, mereka masih saling bekerja sama di antara satu sama lain. Projek-projek saudara kami termasuklah:

Wiktionary, sebuah projek kamus bebas dalam pelbagai bahasa http://www.wiktionary.org Wikibooks, sebuah koleksi buku teks dan manual bebas: http://www.wikibooks.org Wikiquote, sebuah koleksi petikan kata-kata: http://wikiquote.org Wikisource, pustaka dalam talian bebas: http://www.wikisource.org Wikinews, projek usaha sama berita dunia: http://www.wikinews.org Wikimedia Commons, gedung kongsi untuk gambar dan pelbagai media lain di bawah lesen-lesen bebas: http://commons.wikimedia.org Wiki Species, sebuah panduan bebas spesies-spesies: http://species.wikimedia.org Wikiversity, sebuah koleksi bahan-bahan dan aktiviti pembelajaran bebas: http://www.wikiversity.org/

Pertubuhan Wikimedia

Yayasan Wikimedia, yang berpusat di Florida, AS, ialah pertubuhan induk Wikipedia dan projek-projek saudaranya. Ia adalah sebuah pertubuhan bukan untuk dengan sasaran menyediakan pengetahuan percuma kepada setiap orang di seluruh dunia. Wikimedia turut menyediakan kelengkapan perkakas dan menampung perbelanjaan menyenggara muatannya. Sehingga tahun 2007, Wikipedia disenaraikan dalam sepuluh tapak web paling popular di Internet.

Bagaimanakah caranya membantu?

Yayasan Wikimedia bergantung kepada derma dan sumbangan orang awam untuk mengendalikan projek-projek berasaskan wiki ini. Jika anda mahu memastikan Wikipedia dan projek-projek Wikimedia lain terus tumbuh dan berkembang, dermalah sekarang melalui PayPal atau MoneyBookers. Akaun kami ialah donation@wikimedia.org PayPal menyediakan perkhidmatan bayaran sekali, bulanan dan tahunan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman kami di http://wikimediafoundation.org/wiki/Fundraising.

Derma melalaui pos

Anda juga boleh menderma melalui pos ke pejabat utama Wikimedia di alamat berikut:

Wikimedia Foundation Inc. 200 2nd Ave South, #358 St. Petersburg, FL 33701-4313

Jika menghantar derma dari luar Amerika Syarikat, gunakanlah kiriman wang antarabangsa dan cek yang boleh ditunaikan di bank-bank Amerika Syarikat, bagi mengelakkan bayaran kos. Tolong jangan hantar mata wang melalui pos.