Dasar privasi/Takrif

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Privacy policy/Definitions and the translation is 84% complete.
Outdated translations are marked like this.
Other languages:
Avañe'ẽ • ‎Bahasa Melayu • ‎Deutsch • ‎Deutsch (Sie-Form)‎ • ‎English • ‎Esperanto • ‎Nederlands • ‎Scots • ‎Tiếng Việt • ‎Türkçe • ‎bosanski • ‎català • ‎dansk • ‎eesti • ‎español • ‎euskara • ‎français • ‎galego • ‎italiano • ‎magyar • ‎norsk bokmål • ‎occitan • ‎polski • ‎português • ‎português do Brasil • ‎slovenčina • ‎suomi • ‎čeština • ‎Ελληνικά • ‎башҡортса • ‎български • ‎русский • ‎українська • ‎հայերեն • ‎ייִדיש • ‎اردو • ‎العربية • ‎فارسی • ‎مصرى • ‎پښتو • ‎नेपाली • ‎తెలుగు • ‎ไทย • ‎中文 • ‎日本語 • ‎한국어

Ingin membantu menterjemah? Terjemah mesej hilang.

Apabila kami sebut... ... maksud kami:
"Yayasan Wikimedia" / "Yayasan" / "kami" Yayasan Wikimedia, pertubuhan bukan untung yang mengendalikan Tapak-Tapak Wikimedia.
"Tapak-Tapak Wikimedia" / "perkhidmatan kami" Tapak-tapak web dan perkhidmatan Wikimedia (tanpa mengira bahasa), termasuk projek-projek utama kami, seperti Wikipedia dan Wikimedia Commons, begitu juga perisian-perisian mudah alih, API, e-mel, dan pemberitahuan; kecuali tapak-tapak web dan perkhidmatan yang disenaraikan dalam seksyen "Apa Yang Tidak Diliputi Oleh Dasar Privasi Ini" di bawah.
"anda" / "saya" Anda, tanpa mengira sama ada anda adalah seorang individu, sebuah kumpulan, atau sebuah pertubuan, dan tanpa mengira sama ada anda menggunakan Tapak-Tapak Wikimedia atau perkhidmatan kami bagi pihak anda sendiri atau orang lain.
"Dasar ini" / "Dasar Privasi ini" Dokumen ini, bertajuk "Dasar Privasi Yayasan Wikimedia".
"sumbangan" Kandungan yang anda tambah atau perubahan yang anda buat kepada mana-mana Tapak Wikimedia.
"maklumat peribadi"

Maklumat yang anda sediakan kepada kami atau maklumat yang kami kumpul daripada anda yang boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda. Sebagai penjelasan, walaupun kami tidak semestinya mengumpul semua jenis maklumat berikut, kami menganggap yang berikut adalah sekurang-kurangnya "maklumat peribadi" jika ia sebaliknya bukan awam dan boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda:

(a) nama sebenar, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, kata laluan, nombor pengenalan diri dalam dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan, alamat IP, maklumat ejen pengguna, nombor kad kredit anda;

(b) apabila dikaitkan dengan satu daripada perkara-perkara dalam subseksyen (a), mana-mana data sensitif seperti tarikh lahir, jantina, haluan seks, asal-usul kaum atau etnik, status perkahwinan atau kekeluargaan, masalah perubatan atau kekurangan upaya, fahaman politik, dan agama; serta

"pihak ketiga" / "pihak-pihak ketiga" Individu, entiti, tapak web, perkhidmatan, produk, dan perisian yang tidak dikawal, diuruskan, atau dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia. Ini termasuklah pengguna Wikimedia lain dan pertubuhan atau kumpulan bebas yang membantu mempromosikan gerakan Wikimedia seperti cawangan Wikimedia, pertubuhan bertema, dan kumpulan pengguna serta sukarelawan, pekerja, pengarah, pegawai, penerima dana, dan kontraktor bagi pertubuhan atau kumpulan itu.