Dasar Privasi/Glosari kata-kata kunci

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to: navigation, search
This page is a translated version of the page Privacy policy/Glossary of key terms and the translation is 100% complete.

Other languages:
تونسي/Tûnsî • ‎العربية • ‎مصرى • ‎تۆرکجه • ‎башҡортса • ‎беларуская • ‎български • ‎বাংলা • ‎bosanski • ‎català • ‎čeština • ‎dansk • ‎Deutsch • ‎Deutsch (Sie-Form)‎ • ‎Ελληνικά • ‎emiliàn e rumagnòl • ‎English • ‎Canadian English • ‎British English • ‎Esperanto • ‎español • ‎eesti • ‎فارسی • ‎suomi • ‎français • ‎Frysk • ‎galego • ‎עברית • ‎हिन्दी • ‎hrvatski • ‎magyar • ‎Հայերեն • ‎Bahasa Indonesia • ‎italiano • ‎日本語 • ‎한국어 • ‎Lëtzebuergesch • ‎lietuvių • ‎latviešu • ‎македонски • ‎Bahasa Melayu • ‎Malti • ‎norsk bokmål • ‎नेपाली • ‎Nederlands • ‎occitan • ‎ਪੰਜਾਬੀ • ‎polski • ‎پښتو • ‎português • ‎português do Brasil • ‎română • ‎русский • ‎slovenčina • ‎svenska • ‎தமிழ் • ‎తెలుగు • ‎Türkçe • ‎українська • ‎Tiếng Việt • ‎მარგალური • ‎ייִדיש • ‎Yorùbá • ‎粵語 • ‎中文 • ‎中文(中国大陆)‎ • ‎中文(简体)‎ • ‎中文(繁體)‎


Glosari ini bertujuan untuk membantu anda memahami kata-kata kunci yang tertera dalam Dasar Privasi yang anda mungkin tidak biasa dengannya dan ini bukanlah sebahagian daripada Dasar Privasi rasmi kami.
Rory glossary.png

Antara Muka Pengaturcaraan Penggunaan[edit]

“Antara muka pengaturcaraan penggunaan” atau “API” ialah satu protokol komunikasi yang membolehkan komponen-komponen perisian berkomunikasi sesama sendiri. Sebagai contoh, API MediaWiki membolehkan peralatan perisian pihak ketiga berkomunikasi dengan tapak-tapak MediaWiki (termasuk Tapak-Tapak Wikimedia) untuk menjalankan tugasan tertentu, seperti membaca atau menyunting laman, secara automatik dan dari jauh. Ketahui lebih lanjut di Wikipedia.

Pelayar[edit]

“Pelayar” ialah perisian penggunaan yang biasanya digunakan untuk mencapai Internet. Contoh pelayar popular termasuklah Chrome, Firefox, Safari, dan Internet Explorer. Ketahui lebih lanjut di Wikipedia.

Kuki[edit]

“Kuki” ialah satu fail data kecil yang dipindahkan ke dalam komputer, telefon bimbit, atau mana-mana peranti lain yang anda gunakan untuk mencapai Tapak-Tapak Wikimedia, biasanya digunakan untuk pengesahan identiti dan kadangkala penjejakan. Setiap kuki tamat selepas tempoh masa tertentu, tetapi tempoh itu berbeza-beza bergantung pada kuki yang digunakan dan tetapan pelayar anda. Kuki “sesi” ialah kuki yang biasanya tamat apabila anda menutup pelayar web atau perisian mudah alih. Kuki “berterusan” ialah kuki yang kekal dalam peranti anda, walaupun selepas anda menutup pelayar atau perisian mudah alih. Kuki berterusan tamat mengikut tempoh yang kami tetapkan (atau apabila anda memadamnya secara manual). Ketahui lebih lanjut di Wikipedia.

Anda boleh menyingkirkan atau melumpuhkan kuki melalui tetapan pelayar anda.

Jangan Jejak[edit]

"Jangan Jejak" atau "DNT" (Do Not Track) ialah satu cara untuk pelayar web anda memberitahu tapak web yang anda kunjungi bahawa anda tidak mahu dijejak oleh pihak ketiga yang tapak webnya anda tidak kunjungi, seperti perkhidmatan analitis, rangkaian pengiklanan, dan platform sosial. Apabila menggunakan mekanisme ini, satu isyarat akan dihantar oleh pelayar anda yang menyatakan keinginan anda bahawa maklumat peribadi anda, terutamanya mengenai aktiviti dalam talian dan interaksi rangkaian anda, tidak boleh disampaikan kepada pihak ketiga. Apabila isyarat DNT yang dihantar oleh pelayar anda diterima, orang atau entiti yang memiliki tapak web itu mempunyai pilihan untuk sama ada menghormati atau mengabaikan permintaan yang disebut di atas.

GPS[edit]

“Sistem kedudukan sejagat” atau “GPS” (global positioning system) ialah sistem pandu arah satelit berdasarkan angkasa lepas yang menyediakan maklumat lokasi dan waktu bagi lokasi peranti yang direka untuk menerima isyarat GPS seperti sistem pandu arah kereta atau telefon bimbit. Ketahui lebih lanjut di Wikipedia.

Alamat Protokol Internet[edit]

Alamat Protokol Internet (atau “alamat IP”) ialah satu nombor unik yang diberikan kepada peranti tertentu yang bersambung dengan Internet. Alamat IP anda mungkin tidak sentiasa sama pada peranti tertentu, bergantung pada beberapa faktor seperti penggunaan pelayan proksi atau rangkaian korporat. Walau bagaimanapun, secara amnya, alamat IP diberikan mengikut lokasi geografi peranti anda dan pembekal perkhidmatan Internet anda, dan mungkin berguna untuk menganggarkan lokasi sebenar anda. Ketahui lebih lanjut di Wikipedia.

JavaScript[edit]

"JavaScript" ialah bahasa pengaturcaraan perisian piawai yang digunakan dalam kebanyakan tapak web moden. Ketahui lebih lanjut di Wikipedia.

Storan Tempatan[edit]

“Storan Tempatan” (juga dikenali sebagai "Storan Web") ialah satu cara untuk tapak web mengumpul dan menyimpan maklumat "secara setempat" (iaitu pada peranti pengguna dan bukan pada pelayan tapak web tersebut) dan kemudian mendapatkannya sekali lagi. Sebagai contoh, dengan menggunakan Storan Tempatan, kunjungan pengguna boleh disimpan dalam komputer mereka sendiri, dihitung, dan kemudian diberikan kepada kami. Ini membolehkan kami menerima statistik kegunaan penting (bilangan kunjungan), manakala maklumat spesifik mengenai waktu kunjungan dibuat tidak sesekali akan dihantar kepada kami.

Metadata[edit]

“Metadata” bermaksud maklumat tambahan mengenai fail tertentu (seperti gambar atau video) yang biasanya mengandungi butiran seperti pengeluar dan model peranti yang mengambil gambar tersebut, tarikh dan masa gambar itu diambil, masa dedahan, kanta panjang fokus, penilaian kelajuan ISO, dan nombor F. Sesetengah metadata dimasukkan oleh peranti secara automatik dan sesetengah pula ditulis oleh pemilik peranti. Ketahui lebih lanjut di Wikipedia.

Sistem Pengendalian[edit]

“Sistem pengendalian” ialah sebuah atur cara perisian yang menguruskan sumber-sumber perkakasan peranti anda dan melakukan tugas-tugas asas seperti menjejak fail, mengesan apabila anda menaip sesuatu menggunakan papan kekunci, dan menghantar output ke skrin anda. Contoh sistem-sistem pengendalian umum termasuk Linux (juga dikenali sebagai GNU/Linux), iOS, Windows, Mac OS X, dan Android. Ketahui lebih lanjut di Wikipedia.

Pelayan Proksi[edit]

“Pelayan proksi” adalah pelayan yang bertindak sebagai perantara antara peranti anda dan pelayan peranti anda meminta maklumat dari (sambungan ke laman web, fail, dll). Ketahui lebih lanjut di Wikipedia.

Piksel Penjejak[edit]

“Piksel penjejak” (kadangkala dipanggil “suar web”, “GIF lut sinar”, “GIF jernih”, “GIF piksel”, atau “tag piksel”) ialah imej kecil yang halimunan yang membolehkan kami menjejak tingkah laku di Tapak-Tapak Wikimedia atau tingkah laku berdasarkan pemberitahuan e-mel yang kami hantar. Walaupun piksel penjejak selalunya dikaitkan dengan pengiklanan, kami tidak menggunakan piksel penjejak untuk pengiklanan dan kami tidak menjual atau menyewa maklumat yang dikumpulkan melalui piksel penjejak. Maklumat yang dikumpul melalui piksel penjejak hanya boleh dikongsi dengan pihak ketiga dalam bentuk agregat dan selaras dengan Dasar Privasi. Piksel penjejak membantu kami mengetahui sama ada ciri, pemberitahuan, dan produk tertentu adalah berkesan dan boleh diperbaiki lagi. Ketahui lebih lanjut di Wikipedia.

Laman-laman berkenaan privasi

Dasar privasi · Soalan-soalan lazim · Glosari istilah penting · Soalan-soalan lazim berkenaan sepina · Capaian kepada maklumat bukan awam (Perjanjian kerahsiaan · Bagaimana untuk serta) · Garis panduan pengekalan data · Dasar penderma