Dasar privasi/Soalan-soalan lazim berkenaan sepina

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to: navigation, search
This page is a translated version of the page Privacy policy/Subpoena FAQ and the translation is 100% complete.

Ingin membantu menterjemah? Terjemah perutusan yang hilang.

Other languages:
العربية • ‎башҡортса • ‎български • ‎čeština • ‎dansk • ‎Deutsch • ‎Deutsch (Sie-Form)‎ • ‎English • ‎British English • ‎Esperanto • ‎español • ‎فارسی • ‎suomi • ‎français • ‎galego • ‎עברית • ‎हिन्दी • ‎magyar • ‎Bahasa Indonesia • ‎italiano • ‎日本語 • ‎한국어 • ‎Lëtzebuergesch • ‎Bahasa Melayu • ‎नेपाली • ‎Nederlands • ‎ਪੰਜਾਬੀ • ‎polski • ‎português • ‎português do Brasil • ‎русский • ‎slovenčina • ‎தமிழ் • ‎తెలుగు • ‎ไทย • ‎Türkçe • ‎українська • ‎Tiếng Việt • ‎ייִדיש • ‎中文 • ‎中文(简体)‎

Soalan-Soalan Lazim ini bukanlah sebahagian daripada Dasar Privasi, mahupun satu dokumen guaman. Walau bagaimanapun, kami berharap bahawa anda mendapati ia berguna.

Apakah sepina?[edit]

Sepina ialah sebuah dokumen yang megarahkan seseorang hadir atau mengemukakan keterangan yang berkaitan dengan tindakan undang-undang. Satu bentuk sepina meminta pembekal perkhidmatan supaya mendedahkan maklumat peribadi mengenai pengguna berdasarkan tindak tanduk mereka dalam sesuatu tapak web. Sepina boleh dikeluarkan oleh peguam yang mewakili satu pihak dalam sesuatu kes, dan ia boleh mangandungi tuntutan-tuntutan yang berlebihan dalam kes-kes tertentu. Walau bagaimanapun, melainkan jika disekat dengan berkesan melalui cabaran segera, sesetengah bantahan terhadap sepina boleh diketepikan dan tidak boleh ditegaskan di mahkamah.

Kenapa seseorang mahu mencari maklumat identiti saya?[edit]

Biasanya, sepina yang bertujuan untuk membongkar identiti pembicara tanpa nama disampaikan dalam tapak web pihak ketiga ketika fasa penemuan (atau penghimpunan bukti) bagi tuntutan mahkamah. Plaintif biasanya mahu mengenal pasti pihak yang, menurut dakwaan plaintif, menyebabkan kemudaratan kepada plaintif. Kemudaratan yang didakwa itu boleh timbul daripada sejenis siaran dalam talian, umpamanya sebuah sumbangan rencana atau laman perbincangan, yang, sebagai contoh, didakwa oleh plaintif sebagai memfitnah atau melanggar hak cipta. Plaintif boleh mengenal pasti pengguna berdasarkan alamat Protokol Internet (IP) atau alamat e-mel berdaftar dengan berkongsi maklumat ini dengan Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP). Sebaik sahaja mereka mengetahui identiti sebenar pengguna, pengguna tersebut boleh disaman atau didakwa berhubungan dengan kemudaratan yang didakwa.

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak berbuat apa-apa?[edit]

Jika anda tidak mengambil sebarang langkah undang-undang yang perlu, maka Yayasan Wikimedia boleh dipaksa untuk menyerahkan maklumat peribadi anda yang boleh dikenal pasti atau maklumat lain yang dipinta. Sebaik sahaja pihak yang meminta itu mengetahui identiti anda, anda boleh dinamakan dalam satu tuntutan undang-undang.

Apa yang boleh saya lakukan untuk melawan sepina itu?[edit]

Oleh kerana kerumitan hujah undang-undang dan keperluan tatacara, serta kesukaran untuk kekal tanpa nama ketika memfailkan usul anda sendiri, adalah sangat disyorkan bahawa anda merujuk kepada seorang peguam dengan segera, terutamanya sebelum anda mahu mempertahankan diri terhadap sepina. Peraturan dan tatacara untuk melawan sepina bergantung pada bidang kuasa sepina itu dikeluarkan.

Dalam sesetengah bidang kuasa anda boleh menghantar bantahan bertulis kepada plaintif. Dalam bidang-bidang kuasa lain, anda mungkin hanya mempunyai pilihan untuk memfailkan satu usul pembatalan dengan mahkamah (meminta mahkamah membatalkan sepina tersebut). Dalam mana-mana kes, untuk melindungi maklumat peribadi anda dan lain-lain daripada dikeluarkan, adalah penting bahawa anda mengambil tindakan-tindakan perlu sebelum tarikh akhir tertentu.

Sebagai sebahagian daripada kajian anda, anda boleh merujuk tapak-tapak web ini:

Laman-laman berkenaan privasi

Dasar privasi · Soalan-soalan lazim · Glosari istilah penting · Soalan-soalan lazim berkenaan sepina · Capaian kepada maklumat bukan awam (Perjanjian kerahsiaan · Bagaimana untuk serta) · Garis panduan pengekalan data · Dasar penderma