Jump to content

Event:WikiKaamatan 2024/About

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki

Matlamat[edit]

Matlamat Wiki Budaya adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti masyarakat Kadazandusun akan akses penyimpanan dan perkongsian pengetahuan secara percuma berkaitan dengan budaya masyarakat Kadazandusun melalui Wikimedia secara khususnya dalam Wikimedia Common dan Wikikamus. Selain itu, program ini membawa matlamat untuk melestarikan warisan budaya masyarakat Kadazandusun melalui pengaplikasian sumber digital agar dapat diakses luas. Akhir sekali, dengan adanya platform digital berkaitan budaya Kadazandusun, objektif menjadikan masyarakat Kadazandusun dikenali sehingga ke peringkat global sudah pasti akan dapat dicapai.

Objektif[edit]

  • Memberi pendedahan serta galakkan kepada komuniti dalam menyumbang pengetahuan berkaitan warisan budaya Kadazandusun melalui platform Wikimedia.
  • Memartabatkan bahasa Kadazandusun agar dikenali sehingga ke peringkat global.
  • Memelihara dan mendokumentasikan budaya masyarakat Bahasa Kadazandusun.
  • Menanamkan minat masyarakat Kadazandusun dalam memperluaskan lagi budaya dan bahasa Kadazandusun.
  • Memperkenalkan projek Wikimedia kepada komuniti sebagai salah satu medium pendigitalan yang berkesan dalam memelihara budaya Kadazandusun secara khususnya Wikimedia Common dan Wikikamus.